Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, musim haji datang lagi maka berbondong-bondong umat Islam menuju ke rumah Allah, ada yang berjalan, bertongkat, dipapah dan berkerusi roda. Mereka datang ke tanah haram bukan kerana mereka kaya, bukan kerana mereka kuat, bukan kerana mereka sihat, bukan kerana ada masa lapang, bukan kerana mereka kenamaan tetapi kerana satu iaitu terpilih oleh ALLAH menjadi tetamu agung.
[box type=”shadow”]Klik untuk tempahan Qurban Kemboja secara Online hanya RM350 satu bahagian[/box]
Kembara Haji adalah kembara rohani untuk menyempurnakan rukun Islam ke lima yang wajib untuk setiap umat Islam yang mampu. Selagi belum sempurna ibadah haji maka belum sempurnalah Islam kita terutama kepada yang mampu. Mampu itu bukan bermaksud mampu kewangan tetapi mampu keimanan sehingga yang miskin akan berusaha sedaya upaya mencari sumber kewangan demi menyempurnakan Islamnya yang jauh lebih penting dari kehidupannya.
Untuk menyempurnakan Islam dan Imam bukan jalan yang mudah memerlukan mujahadah yang tinggi untuk mengerjakan ibadah Haji. Setiap jemaah haji mempunyai bahagian masing-masing di tanah haram bergantung pada niat dan usaha atas iman. Ujian pasti ada tidak boleh dielak bagi menguji tahap keimanan untuk memperolehi martabat tertinggi Haji Mabrur. Haji Mabrur bukan mudah tetapi menjadi impian semua jemaah haji yang pasti akan merubah kehidupan.
Apabila melangkah keluar dari pintu rumah menuju ke Tanah Haram bulatkan niat kerana Allah untuk Allah dan bersedia untuk diuji dengan segala macam ujian tanpa mengeloh. Panjatkan rasa syukur kepada Allah kerana kita telah terpilih menjadi tetamu-Nya. Buangkan rasa takut dengan dosa-dosa yang pernah kita lakukan kerana ini masa terbaik untuk kita membersihkan diri dan semuga Allah terus tutup hijap maksiat di hati kita.
Haji itu kusut masai pabila jemaah mengembara dari Padang Arafah, Muzdalifah, melontar jamrah di Mina dan berakhir tawaf & Saie di Masjidl Haram selama lima hari tanpa memikir pakaian cantik, bilik air yang lengkap dan tempat tidur yang selesa melainkan mencari redha ALLAH. Haji melatih manusia untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi tanpa melihat bangsa, pangkat dan kekayaan kerana di sisi ALLAH beza manusia hanya pada iman dan taqwa.
[box type=”shadow”]Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2016
- Penerbangan Pertama : 2 Ogos 2016
- Penerbangan Pertama dan berperingkat : 2 Ogos – 5 September 2016
- Tarikh wukuf : 11 September 2016
- Penerbangan Balik dari Mekah : 28 September 2016[/box]
Tidak kurang juga ramai jemaah yang gugur dalam perjuangan mengejar Haji Mabrur apabila tewas dengan ujian yang sudah bermula sejak melangkah keluar dari rumah. Ramai yang tidak dapat mengawal perasaan maka terhamburlah perkataan kasar sumpah seranah layak bukan jemaah haji kerana keegoan tak sanggup merendahkan diri kepada ALLAH. Haji itu mujahadah yang memerlukan kesabaran dan penyerahan diri total kepada ALLAH dengan melupakan dunia sementara. Lupakan niat untuk membeli-belah kerana itu boleh dilakukan di tempat lain. Apa je barang di Mekah dan Madinah yang tak ad di Malaysia sekarang.
Beruntunglah kepada mereka yang telah terpilih dan kepada yang belum berazam, berdoa dan berusahalah untuk menjadi tetamu Allah kerana belum sempurna Islam kita selagi belum sempurna ibadah rukun Islam yang ke lima. Haji 2013 pasti lebih mencabar kerana proses pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sedang rancak berlangsung.
[customgallery]
38 Comments
Semoga semua jamaah haji akan dapat haji mabrur…
tahun ini ramai juga kenalan saya yang menunaikan ibadah haji…semoga semuanya selamat dan dapat haji mabrur…
Curahan rasa daddydee @ ..Hormati Orang Lain Untuk Dihormati
alhamdulillah kedua-dua ibu bapa dan datuk serta nenek aku bakal menunaikan fardu haji tahun nie selepas banyak tahun menunggu…
Curahan rasa Razak @ ..Ayam Jadi Inspirasi Teknologi Kestabilan
selalu berdoa dan berharap agar Allah menjemput utk menjadi tetamunya dlm masa terdekat
Curahan rasa sohoque @ ..Kempen Digi: Win 60 Vespas in 60 Days
Terima kasih bro di atas info ini,satu hari nanti saya teringin juga menunaikan umrah dan haji bersama keluarga
Curahan rasa wazy @ ..Kontes Review Klinik Cinta
Terus berusaha dan berdoa agar suatu hari nanti akan menjadi tetamu Allah SWT
Curahan rasa Ustazah Ain @ ..Kursus Koperasi KD1, KD2 dan KD4 Anjuran ANGKASA
Musim haji telah tiba lagi Berbahagialah Muslimin yang telah mendapat panggilan Dari Nya, Yang telah pergipun selalu ingin kembali kesana berhaji atau Berumrah apalagi yang belum, Semoga Allah memberi Kami Kesanggupan untuk menginjakkan kaki di Tanah Suci Mekkah Amin
Curahan rasa munir ardi @ ..Empowering Yourself
Terima kasih di atas perkongsian info… Sempena penerbangan pertama pada 7 September 2013, pihak Tabung Haji telah bermurah hati untuk menaja sepenuhnya Program Seminar SPM Didik Berita Harian Di Daerah Sabak Bernam Selangor… Tajaan diberikan sendiri oleh Pengurus Besar Tabung Haji Sungai Besar iaitu Tuan Haji Ghazali… Saya sangat berterima kasih kepada beliau dan seluruh kakitangan Tabung Haji… Malah beliau sendiri sudi bersama kami di sepanjang program tersebut diadakan walaupun pada malamnya beliau bertengkus lumus menguruskan jemaah Haji yang bakal berangkat ke tanah suci Mekah….
Semoga seluruh jemaah beroleh Haji Yang Mabrur, dan saya juga terasa lebih bersemangat untuk berusaha menambahkan rezeki supaya dapat segera menunaikan jemaah Haji… In Shaa Allah…
Curahan rasa Anuar @ ..Pendapatan RM20K Sebulan dengan menjadi Ejen Affiliate
tinggi harapan suatu masa nanti..lambaian Kaabah akan menjemput aku kesana..tiap2 hari duk tengok dlm tv je..
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Usaha Dan Kejayaan
moga semua Jemaah Haji tahun ini di kurniakan haji mabrur oleh Allah SWT
amin Ya Allah
Wajib bagi orang islam bercita-cita untuk sampai ke mekah menunaikan ibadah haji
Curahan rasa weschairs @ ..ULTRABIKE – Basikal untuk cacat penglihatan
Mudah-mudah dipermudahkan jalan ke sana…
Curahan rasa AUC @ ..EKSPO Buku Islam Pahang
bro pergi buat haji ke tahun ni?
Bagi mereka yang mempunyai kesempatan melaksanakan ibadah haji, semoga diberi kesehatan jasmani dan rohani sehingga dapat menunaikan ibadah haji secara sempurna dan mendapatkan haji mabrur, Aamiin!
Curahan rasa Edi – aura ide @ ..Grup Band Animasi Blog Aura Ide
Senantiasa berazam, berdo’a dan berusaha sehingga terpilih menjadi tamu Alloh untuk melaksanakan rukun Islam yang kelima ini
Curahan rasa Abi Bewara @ ..Inikah Spesifikasi Google Nexus 5
insyaAllah dengan berazam, berdoa dan berusaha akan jadi tetamunya nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Ibadah Haji Kembara Rohani
Semoga suatu saat nanti akan menginjakkan kaki di tanah suci untuk menunaikan ibadah haji aamiin…aamiin ya Allah
Curahan rasa Ferry @ ..Puasa Arafah Bulan Dzulhijjah
Amin, semoga bang ferry akan menjadi tetamunya nanti, insyaAllah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Ibadah Haji Kembara Rohani
Comments are closed.