Hukum Menggunakan Cecair Pembasmi Kuman Beralkohol Ketika Solat

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Virus covid-19 yang melanda dunia ketika ini menjadikan manusia lebih berhati-hati untuk berjumpa dengan orang lain. Malah, ada beberapa negara yang sudah mengambil tindakan untuk lockdown negara mereka.

Virus covid-19 yang melanda dunia ketika ini menjadikan manusia lebih berhati-hati untuk berjumpa dengan orang lain. Malah, ada beberapa negara yang sudah mengambil tindakan untuk lockdown negara mereka.

Pihak KKM juga sarankan supaya aktiviti yang melibatkan kumpulan yang ramai mesti ditundakan. Orang ramai juga disarankan supaya mengikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh KKM untuk cegah wabak covid-19. Antaranya sentiasa basuh tangan dan gunakan Hand Sanitizer.

Baca: Beberapa langkah mengekang jangkitan koronavirus

Berikut beberapa pandangan Ulama’ berkenaan dengan hand sanitizer. Adakah ianya sah apabila dibawa solat?

Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, cecair pembasmi kuman beralkohol (Hand Sanitizer) boleh dibawa solat dan hukumnya adalah harus.

Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, alkohol yang terkandung di dalam cecair tersebut tidak melalui proses pembuatan arak dan hukumnya adalah tidak najis. Walau bagaimanapun, ia adalah haram diminum.

Apa yang diputuskan oleh Muzakarah tersebut menunjukkan bahawa ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

Menurut pakar kesihatan, alkohol ialah bahan kimia yang terdiri daripada hidrogen, oksigen dan juga karbon. Tekstur alkohol yang asli merupakan sejenis cecair yang mempunyai bau dan warna.

Menurut al-Syeikh Atiyyah Saqar, hukum penggunaan alkohol untuk tempat dan tujuan tertentu adalah dibolehkan kerana sifatnya adalah suci. Majlis Fatwa al-Azhar juga telah berpegang kepada pendapat ulama yang mengatakan bahawa alkohol itu bersifat suci dan tidak najis seperti arak.

Oleh itu, jangan salah faham dengan alkohol yang terdapat di dalam sabun pembasmi kuman sebagai bahan yang haram kerana ia adalah bersifat suci dengan tujuan utamanya adalah untuk merawat dan mencegah kuman.

Menurut penjelasan yang diberikan lagi, ia boleh dibawa ke dalam solat suci dan bertujuan untuk mencegah daripada kuman tersebut terus tersebar untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Oleh itu, setiap daripada manusia mempunyai tanggungjawab ke atas diri sendiri untuk menjaga kesihatan dan berusaha mencegah daripada penyakit berjangkit tersebut dengan mengamalkan perkara-perkara disarankan oleh pihak-pihak kesihatan.

Jaga kesihatan diri dan keluarga ya. Cegah selagi mana kita boleh mencegahnya. Kurangkan aktiviti di luar dan buat masa sekarang jangan travel ke luar negara. Nak tingkatkan daya tubuh badan kita, saya cadangkan boleh consume kapsul kunyit hitam kerana ia sangat banyak manfaatnya.

Baca: Kunyit Hitam BlackG Mardi, berkesan cegah pelbagai penyakit moden

Baca: Langkah pencegahan yang wajar diambil oleh orang awam ketika wabak Koronavirus semakin menular

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!