Bagaimana Nak Meraikan Majlis/Kenduri Semasa Suasana Wabak COVID19

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Bila tiba cuti sekolah, semakin ramailah pasangan yang memilih waktu ini untuk melangsungkan perkahwinan. Kalau dah jiran dan kawan-kawan yang ajak, mestilah kita wajib pergi betul tak?

Perancangan kenduri mungkin sudah dilakukan oleh tuan rumah lebih setahun dulu. Semestinya tanpa ada pengetahuan tentang wabak COVID19 ini.

Namun, dengan keadaan jumlah peningkatan kes jangkitan COVID19 mesti anda risau nak menghadiri majlis kenduri kahwin yang bercampur dengan ramai orang. Tuan rumah pula takkanlah nak batalkan sahaja majlis mereka yang sudah dirancang sejak tahun lepas, kan?

Jadi ini adalah respon dari Pensyarah Mikrobiologi Perubatan
Program Sains Bioperubatan Fakulti Sains Kesihatan UKM, Noraziah M Zin.

Untuk sebuah silaturrahim, untuk meraikan majlis, tuan rumah dan bakal pengantin (sekali seumur hidup), Saya berpandangan, sekiranya kita sihat dan tidak batuk/selsema, boleh hadir dengan beberapa langkah seperti berikut:

1. Seeloknya hadir hanya bersama pasangan, tidak membawa bersama anak-anak (bawah 12 tahun) kerana mereka berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan disebabkan sistem imun badan yang masih rendah.

2. Elakkan waktu puncak, mungkin awal waktu dan lewat waktu lebih sesuai.

3. Hadkan tempoh, tidak perlu berbual panjang.

Baca : Beberapa langkah mengekang jangkitan covid19

4. Teknik bersalam dengan meletakkan tangan di dada lebih selamat.

5. Elakkan duduk semeja dengan tetamu yg ber “mask” dan kelihatan tidak sihat.

6. Tuan rumah menyediakan hand sanitizer dalam bentuk spray beberapa botol.

7. Mungkin boleh diletakkan tabung berkunci di meja bahagian pintu utama menggantikan salam “kaut”.

Baca : Hukum Menggunakan Cecair Pembasmi Kuman Beralkohol Ketika Solat

Perlu di ingat virus ini tidak disebarkan melalui makanan. Jadi insyaAllah selamat untuk makan di kenduri.

Apa-apapun kita perlu lebih berhati-hati dan memastikan tangan kita sentiasa bersih dengan cara membasuh menggunakan sabun. Kurangkan aktiviti di luar dan juga melancong ke luar negara.

Dan sebagai umat Islam, kita perlu teruskan berdoa dan membuat solat hajat supaya virus yang menyerang ini dapat ditangani dengan cepat. Sesungguhnya, dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita akan kembali.

Nak tingkatkan daya tubuh badan kita, saya cadangkan boleh consume kapsul kunyit hitam kerana ia sangat banyak manfaatnya.

Baca: Kunyit Hitam BlackG Mardi, berkesan cegah pelbagai penyakit moden

Wallahu’alam. Semoga bermanfaat.


Spread the love

2 Comments

  1. untuk tempoh setahun, kena buat majlis dengan jemputan sedikit supaya senang social distancing.

    sediakan hand sanitiser dan sabun.

    new normal untuk semua orang.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!