Jack Ma Derma RM58.92 Juta Bangunkan Vaksin Koronavirus

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Usahawan tersohor dunia, Jack Ma mendermakan 100 juta yuan (RM58.92 juta) melalui yayasannya bagi membantu membangunkan vaksin baharu melawan koronavirus yang telah menjangkiti ribuan orang dan membunuh sekurang-kurangnya 170 mangsa.

Media sosial milik Yayasan Jack Ma berkata, 40 juta yuan (RM23.57 juta) akan diberikan kepada dua buah organisasi penyelidikan kerajaan China.

“Baki daripada wang tersebut akan digunakan untuk menyokong langkah pencegahan dan rawatan,” katanya memetik laporan SBS News, hari ini.

Ia susulan pengumuman syarikat yang diasaskan Jack Ma, Alibaba, pada Sabtu lalu iaitu membangunkan dana sebanyak 1 bilion yuan (RM59 bilion) bagi membeli bekalan perubatan untuk Wuhan dan seluruh wilayah Hubei.

Baca juga : 3 Pesan Billionaire China, Jack Ma yang memberikan inspirasi hidup

Selain itu, Alibaba turut menawarkan kepakaran komputer kepada organisasi penyelidikan saintifik untuk menjalankan kajian merawat atau vaksin.

Pelaburan itu dibuat susulan kejayaan saintifik Australia yang berjaya mencipta koronavirus di dalam makmal sebagai langkah membangunkan vaksin.

Kajian dari Institut Peter Doherty Melbourne Untuk Jangkitan dan Imuniti itu merupakan penyelidikan pertama dibangunkan di luar China.

Ia akan dikongsi dengan pakar makmal lain yang bekerjasama rapat dengan Organisasi Kesihatan Dunia di Eropah termasuk makmal-makmal di Australia.

Perkongsian tersebut secara tidak langsung membantu dalam menilai keberkesanan cubaan vaksin itu.

Untuk mendapatkan kesihatan yang ideal, boleh baca mengenai Khasiat kunyit hitam BlackG tiada tandingan

Sumber : Astro Awani

Kronologi #Koronavirus

Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!