Beberapa langkah mengekang jangkitan koronavirus

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tahun Baru Cina pun sudah bermula. Pelajar sekolah diberi cuti. Yang duduk asrama berpeluang bercuti dengan keluarga di rumah. Selain itu, ada juga ibu ayah yang pulang ke kampung halaman untuk melawat keluarganya di sana.

Bila cuti panjang untuk adik-adik aku, ‘soalan pertama’ mesti tanya nak ke mana cuti kali ini?

Pada awalnya memang ada perancangan nak bawa mereka bercuti tetapi apabila melihat perkembangan dunia semasa outbreak koronavirus rancangan tersebut dibatalkan.

Mengikut apa yang ditulis di artikel AWANI, jumlah jangkitan koronavirus yang kini dilaporkan sudah menyebabkan 25 kematian di China dengan lebih 830 kes jangkitan direkodkan setakat ini.

Lebih-lebih lagi apabila seorang warga China di negara jiran, Singapura disahkan positif dijangkiti virus itu.

Rakyat negara sudah mula mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan tidak dijangkiti koronavirus dan virus seumpamanya.

Dalam suasana begini mengikut Pakar Kesihatan lebih baik kita semua:

  • Mengelakkan untuk berada di kawasan yang sesak serta kawasan mempunyai rangkaian jangkitan.
  • Perlu mencuci tangan sekurang-kurangnya 30 saat. Penggunaan sabun anti-bakteria dan sabun berasaskan alkohol amat disarankan.
  • Meningkatkan daya ketahanan dengan menjaga pemakanan dan makan supplemen.
  • Banyakkan minum air kosong untuk mengurangkan dehidrasi.
  • Tidur yang secukupnya.
  • Jangan panik
  • Pakai topeng pembedahan
  • Mendapatkan vaksin

Mengikut kajian saintis Mardi, Kunyit Hitam boleh menambah ketahanan tubuh badan. Dapatkan maklumat lanjut di sini Penemuan saintis MARDI, berkesan cegah pelbagai penyakit moden.

Baca juga di: Koronavirus menyerang Asia dan Amerika Syarikat

Oleh yang demikian, kita sebagai orang Islam banyak doa yang boleh kita amalkan sebagai satu pendinding buat diri kita. Selain itu, boleh juga menambah amalan yang lain untuk mengelakkan terkena wabak ini. Antaranya;

  • Amalkan sunat beristinsyaq setiap kali sebelum berwuduk.
  • Makan kurma setiap hari dalam jumlah ganjil minima satu maksima tujuh.
  • Minum sesudu teh madu asli.
  • Istighfar 1000 x setiap hari.
  • Tidur ikut sunnah Rasulullah SAW.
  • Bila keluar rumah baca doa musafir.
  • Doa untuk umat supaya terlindung dari wabak ini.

Baca juga di: Khasiat kunyit hitam BlackG tiada tandingan

Baca juga di: Saintis bongkar rahsia kunyit hitam

Di nasihatkan kepada ramai orang supaya sentiasa ambil langkah berjaga-jaga di tempat yang terlalu ramai orang dan jaga diri sendiri dan ahli keluarga.

Semoga bermanfaat.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!