Khasiat yang ada pada pokok putat

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Siapa kenal pokok Putat? Bagaimana rasanya dan bentuknya? Dan apa khasiat yang kita boleh dapat daripada jenis pokok ini?

Perkongsian ini telah dikongsi oleh Puan Suzy Honey di facebook beliau berkenaan pokok kutat. Jom ikuti perkongsiannya di bawah ini;

Pokok Putat berasal dari Afrika Timur dan Indo-Malaysia. Di semenanjung Malaysia pokok putat lebih popular di negeri-negeri sebelah utara semenanjung seperti Kedah Perak dan Perlis.

Pokok putat ini biasanya hidup liar di tepi-tepi pantai berpasir atau berbatu, di tepi sungai dan di pinggir sawah.

Buah putat yang muda mempunyai rasa yang lemak dan rangup. Ia sering dicari untuk dibuat sebagai ulam.

Selain itu buah putat ini juga boleh menjadi ubat untuk merawat masalah kulit gatal. Anda boleh menumbuknya sehingga lumat dan kemudian tampalkannya pada kulit.

Pucuk putat lembut sesuai dibuat ulam dan sedap dimakan bersama sambal belacan dan budu. Ia juga boleh dihiris-hiris halus dan dibuat kerabu atau perencah laksa.

Pucuk putat dikatakan boleh melancarkan peredaran darah dan melicinkan kulit. Selain itu pucuk putat yang tumbuh di tebing sungai boleh dijadikan syampu pada zaman dahulu kerana ia menghasilkan buih apabila diramas bersama air.

Menarik kan?

Manakala daun putat pula boleh direbus untuk dijadikan dan diminum untuk menghilangkan keputihan, gatal-gatal kulit, bengkak-bengkak pada kulit dan cacar air.

Akar putat juga boleh direbus dan diminum air rebusannya untuk mengurangkan keputihan dan boleh menyejukkan badan disebabkan kandungan saponin.

Bukan itu sahaja kulit pokok putat juga ada khasiatnya. Kulit pokok putat dipercayai boleh mengurangkan masalah resdung.

Kulit pokok ini perlu dikopek dan dijemur sehingga kering kemudian ia dibakar dan asapnya disedut melalui hidung sehingga keluar air lendir. Rawatan ini boleh diulangi setiap hari sehingga penyakit resdung anda sembuh.

Semoga bermanfaat!

“Pucuk putat layu
Pucuk pauh kembang
Duduk dekat malu
Duduk jauh bimbang”

Suzy Honey


Spread the love

One Comment

  1. Biasa makan pucuknya sahaja. Buah putat belum pernah makan lagi. Pokoknya memang banyak di belah utara. Di sebelah lain pun ada sebenarnya, tapi orang belah utara yang biasa makan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!