Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bagi aku tidak pernah salah untuk menjadi pembangkang tetapi yang salah bila semua nak dibangkang. Bila aku tidak bersetuju Anwar Ibrahim secara jelas menyokong Isreal dan bersedia mengiktiraf jika Isreal bertolak ansur dengan Palestine ada penyokong tegar PAKATAN yang marah-marah dan minta aku diam kalau tak faham. Akhirnya Tok Guru Nik Aziz keluar kenyataan di media bukan Kerajaan menyatakan bahawa PAS tidak akan mengiktiraf Isreal. Jadi adakah pendapat Tok Guru Nik Aziz juga salah?
Isu Lynas juga bagi aku dipolitikkan lebih daripada sepatutnya. Pakar Nuklear Malaysia yang juga Wakil Rakyat PAS Hulu Langat YB Dr Rosli Che Mat dari awal bersetuju dengan projek Lynas dengan syarat syarikat pengendali Lynas iaitu Lynas Malaysia Sdn Bhd mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan tetapi ramai pemimpin PAKATAN yang tidak bersetuju dengan beliau. Tok Guru Hj Hadi, Presiden PAS pernah bercakap kalau nak tahu ilmu getah jangan tanya pada pakar kelapa sawit. Tetapi apabila Pakar Nuklear YB Dr Rosli Che Mat memberi pandangan kenapa ramai tidak bersetuju dan masih nak anjurkan Himpunan Hijau 2.0. YB Dr. ROsli Che Mat kata yang lebih-lebih PKR bukan PAKATAN.
Politik menjadi kita buta menentang segalanya ibarat apabila pilihanraya akan menang 100%. Yang salah tetap kita tentang seperti kes NFC melibatkan keluarga Menteri Kerajaan DS Sahrizat Abdul Jalil tetapi yang membawa kebaikan kepada Rakyat mesti sokong. Sebagai rakyat yang bijak kita mesti pandai menilai jangan sampai digunakan oleh pemimpin politik yang mempunyai kepentingan peribadi. Mereka jadi kaya raya tetapi kita penyokong tegar tetap sama macam ini. Kuasa politik dan duit sudah biasa menjadikan manusi terlupa dan lalai.
Nota : Jangan setuju dengan apa yang aku tulis kerana ini hanya pendapat peribadi. Tidak salah jika ANDA ingin kongsikan pandangan walaupun ianya berbeza kan Malaysia negara demokrasi tak kan kita mesti harap orang setuju dengan pandangan kita dan jangan pula kita paksa orang setuju dengan pandangan kita.
Gambar Himpunan Hijau 2.0 @ Himpunan Hijau 2.0
Update Terkini Projek Lynas
132 Comments
bagaimana sekarang himpunan ini apa masih berlanjut
Curahan rasa munir ardi @ ..SMS Ucapan Selamat Tahun Baru 2013
Politik dan kepentingan bisa merubah pandangan seseorang
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Presiden Menengahi Konflik KPK Polri
ya betul demokrasi harus bisa menerima semua pendapat orang lain
Curahan rasa Berita Satu @ ..Eropa terancam Krisis Besar/Badai Perekonomian Kuatkah Indonesia?
Salam DH
Uang bisa membutakan mata hati manusia yang kemudian akan menjerumuskan banyak orang.
Curahan rasa Mas Gie @ ..Iklan Internet Murah Efektif Berkualitas Indonesia
Setiap orang berhak untuk berpendapat masing2 memiliki penilaian yang berbeda berdasarkan pandangan mereka masing2 begitulah.
Curahan rasa Mas Gie @ ..Betwin188.com Agen Bola Terbaik Dukung Anti Rasisme EURO 2012
Hmmm untuk sekarang uang adalah segalanya, tapi menurut saya tidak.
Curahan rasa Ibang S R @ ..Icandy Stroller
Saya sependapat dengan Ibang S R, masih banyak hal2 yang tak bisa dibeli dengan uang
Curahan rasa Mas Gie @ ..Iklan Internet Murah Efektif Berkualitas Indonesia
http://info4thetruth.blogspot.com/2012/02/demi-kebenaran-kami-terpaksa-dedahkan.html
Sila baca blog di atas utk cerita lebih mendalam…
Curahan rasa eXception @ ..Kes Khalwat Badrul Amin. Konspirasi Terancang UMNO?
Yang penting calon tsb tak bersekedudukan dgn bini orang…
Curahan rasa eXception @ ..Kes Khalwat Badrul Amin. Konspirasi Terancang UMNO?
Setiap apa di sekitar kita mempunyai radioaktif serta toksik… Tetapi kita tak sedar… Kita lebih memikirkan Lynas dek kerana cetek pengetahuan…
Curahan rasa eXception @ ..Kes Khalwat Badrul Amin. Konspirasi Terancang UMNO?
Ramai tak faham dan menganggap Lynas ialah Loji Nuklear… Walaupun dalam paper dok berbuih kata ianya kilang memproses nadir bumi yang bernama Thorium… Kadar keradioaktifan Thorium adalah sangat kecil berbanding dengan kadar pendedahan gelombang elektromagnet telefon… Malah gas yang terbebas ke udara juga tidak merbahaya… Ianya telah disahkan oleh IAEA… IAEA bukan badan kerajaan Malaysia, tetapi badan antarabangsa… Hal ini sengaja dipolitikkan atas banyak sebab… antaranya…
1) Lynas diusahakan oleh syarikat bumiputera. Jika cina yang handle, dah tentu isu ni takkan timbul.
2) Banyak kilang memproses nadir bumi seperti Lynas telah dibina termasuk di Amerika. Tetapi sengaja disembunyikan fakta tersebut.
3) Mengalihkan tumpuan isu sokongan terhadap keselamatan Israel oleh pemimpin pembangkang.
Curahan rasa eXception @ ..Kes Khalwat Badrul Amin. Konspirasi Terancang UMNO?
Gomen dah terangkan… dah berbuih mulut… Tapi masih ramai tak nak faham… Ye lah Lynas dihandle oleh company Bumiputera… Apa kata jika serah kat company cina… Gerenti senyap punya…
Curahan rasa eXception @ ..Kes Khalwat Badrul Amin. Konspirasi Terancang UMNO?
Comments are closed.