Hidup Untuk Memberi

Spread the love

Alhamdulillah ini adalah entri aku yang ke 200. Hari ini nak kongsi satu cerita yang berlaku pada zaman Nabi Musa a.s semuga menjadi peringatan untuk diri aku sendiri.

Seorang umat Nabi Musa yang sangat miskin telah bertemu Baginda dan memohon agar Nabi Musa berdoaka kepada Allah supaya menjadikan dia kaya. Nabi Musa pun berdoa kepada Allah memohon umatNya itu dikurniakan kekayaan setelah selama ini hidup dalam kemiskinan yang amat sangat. Allah memberitahu Nabi Musa bahawa umur umatNya itu hanya tinggal 100 tahun dan Allah hanya akan kurniakan kekayaan untuk 50 tahun sahaja. Allah memerintah Nabi Musa bertemu umatNya dan bertanya samada dia mahu menjadi kaya 50 tahun pertama atau 50 tahun terakhir. Umat Nabi Musa tersebut memilih untuk menjadi kaya 50 tahun pertama kerana tak sanggup lagi untuk menjadi miskin.

Apabila Allah kurniakan kekayaan maka si miskin menjadi si kaya. Si kaya telah mendirikan sebuah gudang yang sangat luas dengan pintu yang sangat banyak. Gudang tersebut diisi dengan keperluan harian dan ditambah setiap hari. Si kaya telah memberi semua umat yang miskin untuk mengambil keperluan harian dengan syarat iaitu hanya boleh mengambil keperluan untuk hari tersebut dan masuk melalui pintu lain dan keluar daripada pintu lain.

Kekayaan si kaya terus bertambah dan dia terus memberi sehingga suatu hari barulah dia sedar bahawa tempoh 50 tahun yang dijanjikan Allah telah terlebih 5 tahun. Maka si kaya bertemu Nabi Musa dan bertanya mengapa Allah memberi kekayaan melebihi daripada janjinya. Maka Allah memberitahu kepada Nabi Musa bahawa DIA malu untuk menarik balik kekayaan si kaya kerana Allah hanya membuka 1 daripada 300 pintu rezeki kepada si kaya tetapi si kaya telah membuka beribu pintu rezeki kepada umat miskin yang lain.

Orang Alim ada berkata bahawa sedekah yang paling afdal adalah sewaktu kita merasa kedekut dan merasa tidak cukup dengan kurniaan Allah berbanding ketika merasa tidak memerlukan wang ataupun ketika harta melimpah ruah.

Hari ini manusia hilang kebahagian kerana sikap suka memberi semakin terhakis. Ramai yang menganggap dengan mendapat sesuatu mereka akan lebih berjaya dan bahagia dalam hidup. Kita sering terlupa hikmah yang diungkap menerusi kata-kata : “KITA MEMBINA HIDUP DENGAN APA YANG KITA DAPAT TETAPI KITA MEMBINA KEHIDUPAN DENGAN APA YANG KITA BERIKAN”.


Spread the love

165 Comments

  1. sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik drp tangan yang menerima..

    tp kalau dah memberi tu jangan pula mengharapkan balasan…
    .-= Nadri aka Daddy Aiman´s last blog ..Hikmah Disebalik Musibah =-.

    1. @Nadri aka Daddy Aiman, Tapi masalahnya, ramai yang memberi dan mengharapkan gajaran yang lebih besar lagi. Ini tidak dapat dinafikan.
      .-= Steward John´s last blog ..Slug that fires love darts at its chosen mate | An Important Discovery =-.

  2. sebenarnya harta kita yg sebenar ialah harta yg kita sedekahkan kepada org yg memerlukan. 🙂

    harta yg tidak ditukar ke amalan, takleh bawak ke akhirat. Harta yg disedekahkan itu ialah harta yg dah convert jadi amalan & amalan itu kita bawa ke akhirat. camtu la kot.. hehe 😮
    .-= mr.eims @ perfume´s last blog ..Hugo Boss In Motion – Refreshening Active lifestyle =-.

    1. @mr.eims @ perfume, Memang betul kata saudara tu. Harta sebenar kita ialah harta yang disedekahkan kepada orang yang memerlukan. Orang selalu cakap yang kita kaya pun sebab duit, tapi kaya dengan budi dan kemurahan hati.
      .-= Steward John´s last blog ..Botak itu seksi? =-.

      1. @zuriey, Itu yang sebaiknya Zuriey. Sedia “harta” untuk akhirat nanti.
        .-= Steward John´s last blog ..Shopping in UK =-.

          1. @zuriey, Non-Muslim. Napa Zuriey? Nama pun dah mencerminkan saya nih non-muslim. Eh, sebelum ni ada juga orang tanya pasal benda ni dekat blog DH.
            .-= Steward John´s last blog ..Shopping in UK =-.

            1. @Zuriey, Ye la juga nama glamer kan. Tapi memang nih nama betul ikut IC ni.. haha. Mesti nama Zuriey tu pun nama betul kan?
              .-= Steward John´s last blog ..Shopping in UK =-.

  3. sgt setuju.. sbb tu kdg2 Allah uji dengan bg kekayaan n kemiskinan. adakah kita mampu berkongsi rezeki yg ada. dan jgn salahkan sesiapa andai duit atau harta kita d curi… Allah cuma mahu mengingtkan kita yg lupa 😉
    .-= atie´s last blog ..Mata Anugerah Terhebat… =-.

    1. @atie, Betul juga tu. Belum tentu harta yang kita dpt tu akan kekal sampai bila2. DIA boleh ambil balik semua harta tu.
      .-= Steward John´s last blog ..Shopping in UK =-.

    1. @wanmus, Setuju sangat dengan pernyataan Saudara ni. Macam juga kalau kita share ilmu tu, bertambah pandailah kita nanti. tapi kalau nak memberi tu, kena dengan hati yang ikhlas.
      .-= Steward John´s last blog ..Slug that fires love darts at its chosen mate | An Important Discovery =-.

        1. @Bang Iwan, Betul tu saudara. Kalau ramai orang yang berfikiran seperti ini, memang aman dunia ni nanti.
          .-= Steward John´s last blog ..Slug that fires love darts at its chosen mate | An Important Discovery =-.

  4. @umar, perkara yang ghaib ni memang susah nak dirasai melainkan kita pernah melalai pengalaman sendiri.

    Memberi bukan sahaja harta juga ILMU, bantuan, tenaga, doa dan sebagainya. Apabila kita lebihkan doa untuk orang lain maka Malaikat akan doakan apa yang kita doakan untuk orang untuk diri kita insyallah.

      1. @zuriey, Terima Kasih kerana bagitahu pasal benda ni. Mengingatkan saya agar hidup ni kena juga memaafkan kesilapan orang lain.
        .-= Steward John´s last blog ..Slug that fires love darts at its chosen mate | An Important Discovery =-.

  5. nice one..
    bila kita memberi.kita makin bersyukur. susah nak dijelaskan ayat ni guna perkataan.

    kita kena try buat.

    bila kita beri,hati akan lapang,takkan risau pasal harta melebih2.dan kita akan sentiasa rasa cukup dengan harta kita.

    salah satu perkara yang nabi suka buat adalah apabila diminta oleh orang sesuatu ,dia akan cuba memberinya (jika tidak silap saya).ini bermaksud pemurah.

    macam ilmu juga.kalau ada ilmu,berilah.sure makin pandai. yang penting ikhlas.jangan pikir sebab nama/balasan.

    insya-Allah.

    assalamualaikum

    1. @umar, Setuju sangat dengan komen saudara ni. Lebih banyak kita beri, lebih banyak akan kita terima.. Tapi sebaiknya jangan la sangat mengharapkan kita mendapat balasan atas apa yang diberi.
      .-= Steward John´s last blog ..Slug that fires love darts at its chosen mate | An Important Discovery =-.

  6. Alhamdulillah, “jika engkau bersyukur niscaya akan Ku-tambahkan nikamat-Ku atas mu, namun jikalau engkau kufur sesungguhnya sikasa neraka itu sangat pedih” memberi sebenarnya bukanlah mengurangi apa yang menjadi kepunyaan kita tapi malah menambah apa yang sudah menjadi milik kita, artikel yang sangat dan sarat dengan pesan yang tak ternilai dengan uang mas, terimakasih, salam sukses dan semoga selalu sehat, amin 😉
    .-= Muklis´s last blog ..Paid Surveys Indonesia =-.

  7. tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.rezeki ada di mana-mana.tolongla orang memerlukan pertolongan seupaya kita
    .-= eyriqazz´s last blog ..Ada apa dengan Cik Epal =-.

  8. Salam encik denai.

    memang2, tapi kena mujahadah, awak dah buktikan pun,alhamdulillah, smeoga berterusan 🙂
    .-= arnamee´s last blog ..Anugerah Juara Lagu 24 – AJL 2010 =-.

      1. @zuriey, Lupa tu memang dah perkara biasa bagi setiap insan. Tapi melalui ruangan macam ni la kita disedarkan balik. Terima Kasih en.DH.
        .-= Steward John´s last blog ..Shopping in UK =-.

        1. @Steward John, “Hiduplah untuk memberi
          sebanyak-banyaknya..bukan menerima
          sebanyak-banyaknya”
          So..mulailah memberikan
          sesuatu yang bermanfaat bagi hidup ini

          1. Memberi itu indah, seindah sungai-sungai cantik di surga dan tenangnya hati ketika bermunajat pada Rabb Semesta Alam. Bagaimana tidak, ketika Allah menjanjikan, Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah sebaik-baik Pemberi Rizki. (QS. 34:39).

            1. Kemudian Allah memberi kabar gembira kepada orang-orang yang mau berjihad dengan harta dan jiwa bahwa Allah akan mengampuni dosa-dosa dan di masukkan ke Jannah-Nya yang mengalir dibawahnya sungai-sungai.

    1. @arnamee, En.Dh dah buktikan. Sekarang kita pula cuba praktikkan benda ni.
      .-= Steward John´s last blog ..Shopping in UK =-.

  9. Terkadang tu, apa yang kita beri kepada seseorang, langsung tidak dihargai sedangkan yang diberi itu cukup berharga bagi kita.

    Banyakkanlah bersabar sebab lain orang lainlah hati budinya..
    .-= AJ´s last blog ..Wawwi Minisite | Express | Save Time | Cost =-.

    1. @AJ, Niatkan pemberian kerana Allah dan balasannya juga daripada Allah jadi kita tidak akan terasa walaupun penerima tidak menghargai pemberian kita.

      1. @denaihati,

        Ya, ada benarnya apa yang denaihati katakan nih. Pas ini nak kena lebihkan muhasabah diri.. Mindset mesti betul. Segala apa yang kita ada ini Milik Allah semuanya. So tak perlu lagi nak bimbang/rasa kecewa ker apa.. huhuhu
        .-= AJ´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

    1. @Dak Wan, Tapi kadang kala ada juga orang memberi dan mengharapkan balasan. Lebih penting, memberi tu biar ikhlas dari hati.
      .-= Steward John´s last blog ..Rumah Kedua? =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!