Isu PKFZ : DUIT! DUIT! kemana kau DUIT!

Spread the love

Firman ALLAH swt surah Al-Ankabut ayat 62 yang ertinya :

ALLAH melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia pula yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu.

Ringgit, Dollar, Dinar, Riyal, Peso, Rupiah, Euro, Renmimbi, Dong, Dirham, Franc, Pound, Rupee, Yen dan banyak lagi adalah panggilan kepada DUIT untuk sesebuah negara. Dalam zaman moden ini manusia menganggap DUIT itu sebagai rezeki yang diusahakan, dicari dan dikejar setiap saat. Kenapa aku cakap setiap saat lihatlah pada pasaran saham akan ditutup mengikut waktu pasaran sesebuah negara tetapi pasaran DUIT atau lebih dikenali sebagai FOREX tak pernah tutup bergerak setiap saat 365 hari setahun.

Dari DUIT lah timbul istilah kekayaan dan kemiskinan. Manusia sanggup menipu kerana DUIT. Perkataan RASUAH juga wujud kerana adanya DUIT. POLITIK WANG untuk mengejar jawatan di dalam parti-parti politik juga kerana DUIT. Isu PKFZ yang hangat sekarang ni pun akibat DUIT. Manusia lupa keluarga dan lebih parah lupa ALLAH kerana DUIT.

DUIT ini rezeki dari ALLAH untuk ALLAH. Manusia ini hanyalah perantara sahaja. Setiap DUIT yang kita dapat bukanlah hak kita kesemuanya. Sebahagiannya adalah untuk yang memerlukan melalui zakat, sedekah dan infak. Janji ALLAH setiap DUIT yang kita zakat, sedekah dan infak dengan ikhlas insyallah rezeki yang berlipat kali ganda menunggu kita jika tidak di dunia PASTI di akhirat.

Firman ALLAH swt surah Al-Baqarah ayat 212 yang ertinya :


Dan Dia memberi rezeki kepada orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.

DUIT! DUIT! kemana kau DUIT!


[ad#advertlets336]


Spread the love

16 Comments

  1. setuju ngan denaihati, duit kalau dilihat dari pandangan mata kasar, hanyalah sekeping kertas berwarna. tp nilainya melebihi segala2 nya. skrg ni pn duit dikatakan sudah boleh membeli cinta, aigooo….

    tp encik denaihati, ape isu PKFZ tu? ❓
    .-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.

    1. @Dya, Hahaha. Duit boleh beli cinta.. Setuju sangat dengan pernyataan tu. Tidak dinafikan duit sangat penting di dunia ni.. manusia berkejaran semata2 kerana duit tapi lupa untuk kejar “duit” untuk dunia akhirat nanti.
      .-= Steward John´s last blog ..Slug that fires love darts at its chosen mate | An Important Discovery =-.

        1. @Dya, hehe.. Yer Dya. Beramal banyak-banyak sekiranya kita tu mampu.
          .-= Steward John´s last blog ..Slug that fires love darts at its chosen mate | An Important Discovery =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!