Peminat Hello Kitty di McDonalds.
Baru-baru ini, Hello Kitty Carrier ini telah habis dijual di setiap cawangan McDonald’s di Singapura selama satu hari sahaja. Dan sejak semalam 27 November, ramai berpeluang untuk mendapatkan barang limited edition ini di semua cawangan McDonald’s di Malaysia.
McDonald’s Malaysia telah mengeluarkan Hello Kitty Carrier yang dinanti-nantikan oleh peminatnya dengan harga RM29.90
Seperti biasa, ada sahaja yang membeli set khas ini lebih daripada satu, namun dijual pada harga yang lebih tinggi.
Tinjauan dibuat di aplikasi Lazada dan Shopee, rata-rata set khas Hello Kitty Carrier ini dijual dalam lingkungan harga RM49.90 hingga RM200.
Bagi yang berkesempatan semalam, ada yang beratur beberapa kali dan mengambil nombor berulang kali. Ada yang hanya membeli untuk koleksi peribadi sendiri.
Dan sudah tentu bila barang limited edition ini, akan ada pembeli yang membeli dan menjualnya dengan harga berkali ganda kepada peminat barang-barang tersebut.
Bagi yang terlepas atau tidak sempat membeli Hello Kitty Carrier McDonalds ni, sudah pasti ada yang akan mencarinya juga. Mungkin untuk anak-anak atau mereka yang inginkannya sebagai koleksi juga.
Musim cuti sekolah dan minggu gaji, habis diborongnya. Dahsyat juga penangannya.
3 Comments
Beli rendah, jual harga tinggi berlipat kali ganda. Maklumlah benda edisi terhad, siapa yang tak nak.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Cara Mudah Buat Duit Dengan Lazada
Pelik gak..ramai betul yang update pasal carrier ni. Mungkin sebab kami takde anak perempuan, so tak ambil port sangat..selamat duit haha
Curahan rasa JMR @ ..The Chicken Rice Shop Grilled Butter Chicken Sedap Giler!!!
Kalau orang islam dah kira riba tu.
Semalam penuh status WhatsApp up-date pasal benda nih! hahaha…
Mujurlah Mrs. A tak taksub sangat, sampai sanggup que kat McD tu
Curahan rasa Mrs. A @ ..Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019
Comments are closed.