20 syarikat penerbangan terbaik dunia tahun 2020, Air New Zealand catat rekod

Spread the love

AirlineRatings.com, satu-satunya laman web penarafan keselamatan dan produk di dunia telah mengumumkan Air New Zealand sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik mereka untuk Tahun 2020.

Air New Zealand telah dipilih untuk kali keenam kerana prestasi mereka yang telah memecahkan rekod, pelbagai inovasi dalam penerbangan yang telah memenangi anugerah, keselamatan operasi, kepimpinan alam sekitar dan motivasi bagi kakitangan mereka.

Faktor-faktor ini telah membuktikan penerbangan itu sebagai sebuah pemimpin industri yang jelas.

Air New Zealand

Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan oleh AirlineRatings.com, telah diadili oleh tujuh editor yang mempunyai lebih 200 tahun pengalaman industri, dengan menggabungkan audit keselamatan utama dan kerajaan, dengan 12 kriteria utama yang termasuk: umur armada, ulasan penumpang, keuntungan, penarafan pelaburan, penawaran produk dan hubungan kakitangan.

Ketua Pengarang www.AirlineRatings.com Geoffrey Thomas berkata: “Dalam analisis kami Air New Zealand telah menduduki nombor satu di dalam kebanyakan kriteria audit kami, yang merupakan satu prestasi yang luar biasa apabila ia dibandingkan dengan syarikat-syarikat penerbangan yang mempunyai lebih banyak sumber dan skala.

“Komitmen Air New Zealand terhadap kecemerlangan dalam semua aspek perniagaan mereka bermula di peringkat paling atas dengan tadbir urus yang cemerlang dan satu daripada pasukan eksekutif yang terbaik di dalam penerbangan sehingga kepada sebuah tenaga kerja yang menyampaikan secara konsisten kepada strategi dan janji pelanggan bagi syarikat penerbangan itu,” kata Thomas.

Award 2020

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air New Zealand, Jeff McDowell berkata memenangi anugerah itu untuk rekod kali keenam adalah satu bukti mengenai usaha 12,500 kakitangan syarikat penerbangan itu yang memberi tumpuan kepada menyampaikan satu pengalaman Kiwi yang unik yang bertaraf dunia kepada pelanggan mereka pada setiap hari.

Air New Zealand juga memenangi Ekonomi Premium Terbaik, manakala Singapore Airlines memenangi Kelas Pertama Terbaik dan Qatar Airways meraih Katering Terbaik dan Kelas Perniagaan Terbaik.

Qantas, telah memenangi Perkhidmatan Syarikat Penerbangan Domestik Terbaik dan Ruang Istirahat Terbaik.

Virgin Australia telah memenangi Krew Kabin Terbaik dan Kelas Ekonomi Terbaik, Emirates; Hiburan Dalam Penerbangan Terbaik, Cebu Pacific; Syarikat penerbangan yang Paling Meningkat dan VietJet Air; Syarikat Penerbangan Tambang Ultra Rendah Terbaik.

Suite Singapore Airlines

Kecemerlangan dalam Perjalanan yang Jauh: Delta Air Lines (America), Lufthansa (Eropah), Emirates (Tengah Timur /Afrika) Cathay Pacific Airways (Asia)

Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik; JetBlue (America), Wizz (Eropah) Air Arabia, (Timur Tengah /Afrika) dan AirAsia / AirAsia X (Asia /Pasifik).

AirlineRatings.com juga menamakan Dua Puluh Syarikat Penerbangan Utama mereka:

  1. Air New Zealand
  2. Singapore Airlines
  3. All Nippon Airways
  4. Qantas
  5. Cathay Pacific
  6. Emirates
  7. Virgin Atlantic
  8. EVA Air
  9. Qatar Airways
  10. Virgin Australia
  11. Lufthansa
  12. Finnair
  13. Japan Airlines
  14. KLM
  15. Korean Airlines
  16. Hawaiian Airlines
  17. British Airways
  18. Alaska Airlines
  19. Delta Air Lines
  20. Etihad Airways.

Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!