Perubahan 8 minit waktu solat subuh Negeri Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya 29 Nov hingga 31 Disember 2019

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan terdapat perubahan waktu solat subuh bagi seluruh kawasan di negeri ini mulai esok dengan tambahan lapan minit daripada waktu asal semasa.

JAIS dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, perubahan waktu solat subuh itu dibuat hasil kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan penyelidik daripada Universiti Malaya (UM) berdasarkan kepada kecerahan langit pada tempoh masa berkenaan.

Perubahan waktu solat subuh itu juga telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MZI) kali ke-116.

Adalah dimaklumkan bermula 29 November 2019 beraamaan 2 Rabi’ul Akhir 1441 nilai kedudukan matahari dalam hitungan waktu Subuh daripada 20 darjah di bawah utuk telah ditukar kepada nilai 18 darjah di bawah ufuk bagi Negeri Selangor.

Perkara ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan diperkenankan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada hari ini untuk dikuatkuasakan bagi negeri Selangor.

Mengikut laman web JAIS, waktu solat subuh hari ini bagi kawasan Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Rawang dan Shah Alam adalah pada 5.43 pagi; Kuala Selangor dan Sabak Bernam (5.46 pagi); manakala Klang dan Kuala Langat (5.43 pagi).

Waktu solat terkini bagi tahun 2020 /1441H-1442H bagi negeri Selangor boleh dimuat turun melalui laman sesawang Jabatan Mufti Negeri Selangor di http://www.muftiselangor.gov.my


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!