‘Hello Kitty Carrier’ McDonald’s habis, pembeli jual harga berlipat kali ganda

Spread the love

Peminat Hello Kitty di McDonalds.

Baru-baru ini, Hello Kitty Carrier ini telah habis dijual di setiap cawangan McDonald’s di Singapura selama satu hari sahaja. Dan sejak semalam 27 November, ramai berpeluang untuk mendapatkan barang limited edition ini di semua cawangan McDonald’s di Malaysia.

McDonald’s Malaysia telah mengeluarkan Hello Kitty Carrier yang dinanti-nantikan oleh peminatnya dengan harga RM29.90

Seperti biasa, ada sahaja yang membeli set khas ini lebih daripada satu, namun dijual pada harga yang lebih tinggi.

Tinjauan dibuat di aplikasi Lazada dan Shopee, rata-rata set khas Hello Kitty Carrier ini dijual dalam lingkungan harga RM49.90 hingga RM200.

Bagi yang berkesempatan semalam, ada yang beratur beberapa kali dan mengambil nombor berulang kali. Ada yang hanya membeli untuk koleksi peribadi sendiri.

Dan sudah tentu bila barang limited edition ini, akan ada pembeli yang membeli dan menjualnya dengan harga berkali ganda kepada peminat barang-barang tersebut.

Bagi yang terlepas atau tidak sempat membeli Hello Kitty Carrier McDonalds ni, sudah pasti ada yang akan mencarinya juga. Mungkin untuk anak-anak atau mereka yang inginkannya sebagai koleksi juga.

Musim cuti sekolah dan minggu gaji, habis diborongnya. Dahsyat juga penangannya.


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!