Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, suka rasa hati melihat kejayaan rakan-rakan blogger terutama blogger lelaki generasi baru. Antara blogger lelaki yang paling ngetop sekarang adalah Hasrul Hassan lelaki kacak dari Nibong Tebal. Kalau mengikut URLScore blog Hasrulhassan.com baru berusia 2 tahun 10 bulan dengan nilai USD220,320.00. Memang hebat blog Hasrulhassaan.com yang telah lama mengambil alih kedudukan blog Denaihati sebagai blog peribadi no satu Malaysia mengikut Alexa Ranking.
Abang Ensem juga pakar SEO
Kejayaan Hasrul Hassan bukan datang bergolek tetapi dengan kerja kuat dan istiqamah mungkin belajar dari Blogger paling ensem di Malaysia Abangensem.com yang telah menguasai banyak keywords lucah di Google. Yang ini memang aku pelik macam manalah sebuah pakar hartanah dengan tulis-tulisan hebat tentang hartanah di blog dan majalah boleh menguasi keywords seperti “awek cun” dan “cerita lucah”. Ramai blogger sedang berusaha mencongkel kehebatan ilmu SEO dari Abang Ensem tetapi beliau yang baru menang anugerah “MSMW Best Business Blog 2014” sangat keberatan untuk berkongsi rahsia SEO tersebut.
Aku pasti Abang Ensem banyak memberi inspirasi kepada Hasrul Hassan bukan sahaja kepakaran SEO malah teknik kegedikan berkongsi ilmu hartanah di Facebook sehingga menarik beratus-ratus like. Aku yakin 2014 adalah tahun Hasrul Hassan yang akan berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan mendapat berbagai anugerah blog seperti Abang Ensem.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Pakar SEO Malaysia
Memang tidak dapat dinafikan lagi kalau sebut blog blogspot makanya Hasrul Hassan akan menjadi sumber inspirasi dan rujukan. Aku sendiri apabila mendapat pertanyaan masalah blog blogspot akan terus merujuk kepada Hasrul Hassan. Ilmu blogspot aku sudah semakin karat jadi biarlah yang pakar menjawab supaya terungkai segala masalah. Lagi pun bukan mudah nak mencari blogger yang mahir dengan selok belok blog platform blogspot kerana ramai yang pakar telah berhijrah ke wordpress. Aku memang tabik dengan kehebatan Hasrul Hassan yang dapat membina jenama dengan blog blogspot Hasrulhassan.com.
Aku memang mengikuti kebanyakan tulisan Hasrul terutama yang berkaitan dengan tips blogging. Paling hebat ilmu SEO yang dikongsikan dan paling penting diamalkan dalam setiap penulisan beliau. Dengan kepakaran ilmu SEO banyak kata kunci telah dikuasai oleh blog Hasrulhassan.com sehingga melonjakkan trafik setiap hari. Ini sangat jelas apabila alexa ranking blog ini meningkat setiap hari dan tidak mustahil akan melepasi ranking Malaysia bawah 100 sedikit masa lagi. Memang tidak rugi beliau memilih kerjaya sebagai seorang Blogger Profesional yang semakin mendapat perhatian.
Tips Menjadi Pakar SEO
Aku menulis cerita kejayaan Blogger Hasrul Hassan bukanlah sebab nama ayah dia sama dengan nama ayah aku. Kami buka adik beradik tetapi sahabat blogger yang mempunyai rasa hati dan cita-cita untuk berjaya yang sama. Nak jadi pakar SEO Malaysia seperti Hasrul Hassan buka susah hanya perlu mengikut tips SEO yang diajar dan paling penting amalkan dalam penulisan blog. Setakat teori SEO melambak tetapi tidak dipaktiskan dalam penulisan memang tiada maknanya dan jangan harap nak jadi Blogger berjaya seperti Abang Ensem dan Hasrul Hassan. Selain itu ilmu pakar SEO boleh dipelajari dariTeknik Merah Jambu Titan dan paling bagus berguru dengan Sifu SEO Malaysia, Blogger Eizil.
Selamat maju jaya kepada Hasrul Hassan. Kepada yang belum pernah kenal Top Blogger Malaysia yang menjadi idaman kalbu ramai blogger wanita Malaysia yang ramai menggunakan blogspot apa lagi jom terjah Hasrulhassan.com. Inilah rupanya rahsia kenapa blogger awek cun Malaysia sudah menjauhkan diri dari blog Abangensem sehingga seminarnya hanya dihadiri balaks sahaja.
Jadi apa pandangan ikhlas rakan blogger pada Blogger Hasrul Hassan?
540 Comments
SEO ni bukanlah satu perkara yang mudah bagi pengguna blogspot dan blogger saya rasa
saya sedang selongkar tips tipa SEO sebab banyak contest bases on SEO, kalau menang bagus juga
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
semoga lepas ni tips tips yang diberikan oleh bro HH saya dapat apply dan menang contest amin
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Saya sejak dari start berblogging, blog HH menjadi pilihan saya sebagai sumber rujukan. Memang terbaik dan sangat berhasil.
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
ya benar kata denai hati, belajar dan praktikkan. saya sudah belajar belom praktik
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Proses belajar ni perlu ada praktikal supaya teori yang kita dapat tu boleh di aplikasikan.
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
lepas saya google bro hasrul hassan semuanya top, terus saya buka tip tip nya
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Memang pun HH top blogger. Tidak perlu disangkal lagi. Jika kita baca kisah kejayaannya, memang sangat memberi inspirasi.
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
maaf bertanya, domain .com memang kena beli kan? tiada yang percuma . saya tak tahu sangay
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Apa yang saya tahu, domain tu perlu di beli terutamanya yang ingin menjadi blogger fulltime secara serius. Apapun, kena tanya yang lebih arif. 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
kebanyakkan yang top seo ni adalah yang memakai domain sendiri. saya tak guna domain .com
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
newbie nak lawan pakar, memang tak boleh, baru kenal SEO semalam
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Tidak apa. kena belajar perlahan-lahan. Bak kata pepatah, kota Rom bukannya terbina dalam masa sehari kan. 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
cakap senang tapi sebenarnya susah sekali. bro hasrul hassan pakar
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Tiada perkara yang mustahil di dunia ni. Asalkan ada usaha, semuanya pasti boleh.
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
percaya tak yang saya ada hati nak pecah rekod potong ranking contest bro hasrul hassan tu. heheheh
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Jadikan itu sebagai pembakar semangat untuk membuat yang terbaik. Semoga berjaya! 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
lepaas baru percaya benar orang kata bloggee hasrul hassan ni memang pakar seo
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Memang tidak perlu dipertikaikan lagi kehebatan beliau dalam dunia blogging di Malaysia ni.
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
contest shaklee nombor satu, contest ilancee beliau nombor satu setakat ini
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
saya tak dapat sangkal lagi , saya join beberapa contest SEO , bro hasrul hassan yang berada di atas
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Mungkin kerana beliau sudah berpengalaman mengikuti contest-contest hebat. Kita pun boleh jika kita benar-benar mahu.
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
masa bro HH belum popular, pernah dia buat review blog saya dan wife..
sekarang beliau dah terlajak popular…haha
Curahan rasa cikgu naman @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Wah, untunglah pernah di review oleh blogger yang hebat iaitu HH. Mesti bestkan. Trafik pun mesti naik.
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
seronoknya blog di review blogger femes. entah bila blog saya nak di review ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Samalah. Bilalah blog saya yang baru berkembang ni akan di review oleh blogger hebat…hehe…
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
abang ensem pun tak kurang hebatnya, selain pakar hartanah dia juga mahir dlm seo
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVIEW BUKU – More Than This
haha..abang ensem jugak mempunyai kepakaran dalam mengayat gadis gadis
Curahan rasa cikgu naman @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Wow, nampaknya abang ensem ni memang pandai serba serbi dalam semua hal…hehe…
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
Memang mantaplah Abang Ensem tu. Mesti banyak duit yang beliau jana melaui online kan.
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
Comments are closed.