Itik Salai Masthar Kuala Selangor memang sedap tiada beza dengan Sg Merap

Hari ni Abang Denai makan tengah hari di kedai Itik Salai Masthar yang terletak di Sungai Gulang-Gulang, Kuala Selangor. Memang sedap sehingga licin pinggan.

Kalau nak pergi ke tempat makan popular ni, lokasinya sebelah kiri dari Tanjung Karang ke Kuala Selangor. Boleh waze Itik Salai Masthar Kuala Selangor.

itik-salai-masthar

Sudah beberapa kali nampak restoran ini setiap kali balik ke rumah mertua di Sabak Bernam tapi kali ini madam bersungguh-sungguh ajak makan kat sini.

Hajat hati Isteri nak jumpa toke sebab katanya kena mengena dengan sebelah bapak. Mereka pernah sponsor majlis berjumpaan atok sebelah bapak pada tahun 2018.

lokasi-itik-salai-masthar
Lokasi Itik Salai Masthar Kuala Selangor

Servis memang laju, tak sampai 5 minit beratur dan meja pun banyak. Saya order Itik salai dan telur itik. Madam order ayam salai dan siput sedut, semua hidangan ni berkuahkan masak lemak cili api. Rasanya sama tiada beza dengan hidangan di restoran itik salai Masthar Sg Merap.

daging-salai-masthar

Daging itik salai sangat lembut senang nak kunyah tak liat dan kuahnya lemak pekat dengan rasa pedas yang cukup. Tengok madam makan ayam salai dan siput sedut memang menyelerakan.

Kepada kalian yang lalu jalan Kuala Selangor bolehlah singgah, kalau tak pandai makan itik salai selain Daging Salai Masak Lemak Cili Api ada banyak lagi menu boleh tengok kat video ini

Harga hidangan tak lah mahal sangat. Harga Nasi putih, itik salai masak lemak, ayam salai cili api, telur itik masak lemak cili api, siput sedut masak lemak cili api, ulaman, air teh limau panas dan air limau panas cuma RM35. Murah kan.

Facebook Page : Itik Salai Masthar Sg Merab – HQ

Kepada pencinta itik salai kawasan Kuala Selangor lepas ni tahu mana nak pergi. Sedap sangat!

Lokasi restoran itik salai masthar ini tidak jauh dengan restoran mee udang banjir udang galah kuala selangor.

Kepada owner restoran yang nak kami review restoran kalian bolehlah email ke admin@denaihati.com

Banyak lagi restoran yang sedap bakal saya terokai, jom follow FB saya

Amir Hassan
Pencinta Itik Salai

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!