Hari ke sepuluh Muharram yang penuh keberkatan

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, hari ke sepuluh Muharram atau dikenali juga sebagai Hari Asyura datang lagi seperti berulang-ulang setiap tahun sejak 1434 tahun lepas. Pernah kita kisah dengan kedatangan 10 Muharram setiap tahun atau ianya berlepas begitu sahaja tanpa kita sedari atau kita sibuk dengan makan bubur asyura sahaja.

Sepuluh Muharram banyak keistimewaan dan berbagai peristiwa berlaku sejak alam ini dicipta oleh Allah swt. Antara peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharram.

[box type=”shadow”]

  1. Allah menjadikan alam semesta.
  2. Nabi Adam a.s diampunkan setelah dihantar ke bumi setelah memakan buah khuldi.
  3. Kapal Nabi Noh mendarat di atas bukit setelah banjir besar melanda bumi dan menelan semua manusia yang tidak beriman.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan dari kekejaman Raja Namrud yang membakar baginda dengan unggun api yang besar.
  5. Nabi Sulaiman dinaikan tahta sebagai raja kepada manusi, jin dan haiwan.
  6. Nabi Yusof dibebaskan dari penjara kerana dituduh memperkosa Zulaikha.
  7. Nabi Yunus dimuntah dari perut ikan paus setelah berada dalam kegelapan selama 40 hari. [/box]

Banyak lagi peristiwa hebat yang berlaku pada sepuluh Muharram. Harap rakan pembaca dapat menambah diruang komen untuk perkongsian ilmu kita bersama. Ilmu yang baik memang bagus dipanjang-panjangkan.

[box type=”shadow”]Rasulullah SAW menjawab pertanyaan para sahabat; “Adakah Allah SWT telah melebihkan Hari Asyura dari hari-hari lain?”; “Memang benar! Hari Asyura (10 Muharam), Allah telah menjadikan langit dan bumi, bukit-bukau, laut, Syurga dan Neraka, menjadikan Adam dan Hawa, memasukkan Adam ke Syurga, Nabi Ibrahim a.s dilahirkan, Nabi Ibrahim diselamatkan daripada kepanasan api, menenggelamkan Fir’aun, Allah telah menyembuhkan penyakit Nabi Ayub, Allah memberikan taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman dan akan terjadinya Kiamat pada hari Jumaat 10 Muharam.” [/box]

Untuk meraikan kehebatan tarikh 10 Muharram perbanyakan amalan tanda syukur kita kepada Allah swt yang meminjamkan nyawa kita untuk kesekian tahun. Belum tentu sepuluh Muharram tahun depan kita masih bernyawa lagi.

amalan sunat hari asyura

Antara amalan sunat yang bagus diamalkan pada 10 Muharram :

[box type=”shadow”]

  1. Memberi sedekah, infaq dan hadiah
  2. Berbuat baik kepada anak yatim
  3. Berbuat baik kepada fakir miskin
  4. Membaca surah Al-Ikhlas 1,000 kali
  5. Mandi sunat
  6. Memakai celak
  7. Memberi makan pada keluarga
  8. Memotong kuku
  9. Solat sunat
  10. Melawat orang sakit
  11. Berpuasa sunat
  12. Banyak berdoa [/box]

Solat Sunat Asyura

Hari Asyura ( 10 Muharram ) adalah hari kegemilangan beberapa Rasul Allah. Maka disunatkan melakukan Solat Sunat empat (4) raka’at dengan dua salam. Lafaz niat “Usolli Sunnata ‘Asyura Rak’taini Lillahi Ta’ala”, yang maknanya “Sahaja aku solat sunat Asyura dua rakaat kerana Allah Ta’ala “.

  1. Rakaat pertama baca Al-fatihah dan selepas itu baca surah Al-ikhlas sebanyak 11 kali
  2. Rakaat kedua baca Al-fatihah selepas itu baca surah Al-ikhlas 11 kali juga
  3. Pada rakaat ketiga dan keempat, selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca lagi surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali.
  4. Membaca doa Asyura dengan dimulakan dengan Kalimat Hasbiyalla.

Bacaan Kalimat Hasbiyalla ialah :

Bacaa Kalimat Hasbiyalla hari asyura

Bacaan Doa Hari Asyura ialah :

Bacaa doa hari asyura

Fadhilat Doa Asyura: Sesiapa yang membaca zikir dan doa di atas, maka Allah tidak mematikannya pada tahun itu tetapi jika ajalnya sampai pada tahun tersebut, tidaklah ia diberi taufik untuk membacanya.

[box type=”shadow”]Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) [/box]

Puasa Sunat 10 Muharram

Hukum berpuasa pada hari ‘Asyura’ adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang amat dituntut. Anjuran berpuasa pada hari tersebut disebutkan dalam hadis Rasullullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Baginda bersabda:

“Sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Muharram dan sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang pada 2/3 waktu malam.”

“Rasulullah S.A.W ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura, beliau menjawab, ‘Menghapuskan dosa setahun yang lalu’, ini pahalanya lebih sedikit daripada puasa Arafah (yakni menghapuskan dosa setahun sebelum serta sesudahnya).

Sebaiknya seorang berpuasa ‘Asyura (10 Muharram) disertai dengan (sebelumnya) iaitu puasa Tasu’a (9 Muharram). Hal ini karena Nabi S.A.W bersabda, ‘Apabila (usia) ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada yang kesembilan’, maksudnya berpuasa pula pada hari Tasu’a.

Rasulullah S.A.W memerintahkan untuk berpuasa pada hari sebelum maupun setelah Asyura dalam untuk membezakan dengan amalan orang-orang Yahudi karena hari Asyura iaitu 10 Muharram adalah juga hari di mana Allah selamatkan Musa dan kaumnya, dan menenggelamkan Fir’aun dan para pengikutnya. Dahulu orang-orang Yahudi berpuasa pada hari tersebut sebagai syukur mereka kepada Allah atas nikmat yang agung tersebut. Allah telah memenangkan tentara-tentaranya dan mengalahkan tentara-tentara syaithan, menyelamatkan Musa dan kaumnya serta membinasakan Fir’aun dan para pengikutnya.

Niat puasa hari kesembilan Muharam (Hari Tasu’a)  ialah :

Niat puasa hari kesembilan Muharam (Hari Tasu’a)

Niat puasa sunat 10 Muharram (Hari Asyura) ialah :

Niat puasa sunat 10 Muharram (Hari Asyura)

Semuga kita dapat mengamalkan untuk mendapat redha ALLAH. Tak perlulah kita membantai badan sehingga berdarah seperti pengikut syiah untuk menyambut Hari Asyura.

(nota : entri ini adalah untuk rujukan sendiri yang diperolehi dari beberapa sumber yg telah diselitkan backlinks di antara fakta tersebut)

36 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!