Hari ke sepuluh Muharram yang penuh keberkatan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, hari ke sepuluh Muharram atau dikenali juga sebagai Hari Asyura datang lagi seperti berulang-ulang setiap tahun sejak 1434 tahun lepas. Pernah kita kisah dengan kedatangan 10 Muharram setiap tahun atau ianya berlepas begitu sahaja tanpa kita sedari atau kita sibuk dengan makan bubur asyura sahaja.

Sepuluh Muharram banyak keistimewaan dan berbagai peristiwa berlaku sejak alam ini dicipta oleh Allah swt. Antara peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharram.

[box type=”shadow”]

  1. Allah menjadikan alam semesta.
  2. Nabi Adam a.s diampunkan setelah dihantar ke bumi setelah memakan buah khuldi.
  3. Kapal Nabi Noh mendarat di atas bukit setelah banjir besar melanda bumi dan menelan semua manusia yang tidak beriman.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan dari kekejaman Raja Namrud yang membakar baginda dengan unggun api yang besar.
  5. Nabi Sulaiman dinaikan tahta sebagai raja kepada manusi, jin dan haiwan.
  6. Nabi Yusof dibebaskan dari penjara kerana dituduh memperkosa Zulaikha.
  7. Nabi Yunus dimuntah dari perut ikan paus setelah berada dalam kegelapan selama 40 hari. [/box]

Banyak lagi peristiwa hebat yang berlaku pada sepuluh Muharram. Harap rakan pembaca dapat menambah diruang komen untuk perkongsian ilmu kita bersama. Ilmu yang baik memang bagus dipanjang-panjangkan.

[box type=”shadow”]Rasulullah SAW menjawab pertanyaan para sahabat; “Adakah Allah SWT telah melebihkan Hari Asyura dari hari-hari lain?”; “Memang benar! Hari Asyura (10 Muharam), Allah telah menjadikan langit dan bumi, bukit-bukau, laut, Syurga dan Neraka, menjadikan Adam dan Hawa, memasukkan Adam ke Syurga, Nabi Ibrahim a.s dilahirkan, Nabi Ibrahim diselamatkan daripada kepanasan api, menenggelamkan Fir’aun, Allah telah menyembuhkan penyakit Nabi Ayub, Allah memberikan taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman dan akan terjadinya Kiamat pada hari Jumaat 10 Muharam.” [/box]

Untuk meraikan kehebatan tarikh 10 Muharram perbanyakan amalan tanda syukur kita kepada Allah swt yang meminjamkan nyawa kita untuk kesekian tahun. Belum tentu sepuluh Muharram tahun depan kita masih bernyawa lagi.

amalan sunat hari asyura

Antara amalan sunat yang bagus diamalkan pada 10 Muharram :

[box type=”shadow”]

  1. Memberi sedekah, infaq dan hadiah
  2. Berbuat baik kepada anak yatim
  3. Berbuat baik kepada fakir miskin
  4. Membaca surah Al-Ikhlas 1,000 kali
  5. Mandi sunat
  6. Memakai celak
  7. Memberi makan pada keluarga
  8. Memotong kuku
  9. Solat sunat
  10. Melawat orang sakit
  11. Berpuasa sunat
  12. Banyak berdoa [/box]

Solat Sunat Asyura

Hari Asyura ( 10 Muharram ) adalah hari kegemilangan beberapa Rasul Allah. Maka disunatkan melakukan Solat Sunat empat (4) raka’at dengan dua salam. Lafaz niat “Usolli Sunnata ‘Asyura Rak’taini Lillahi Ta’ala”, yang maknanya “Sahaja aku solat sunat Asyura dua rakaat kerana Allah Ta’ala “.

  1. Rakaat pertama baca Al-fatihah dan selepas itu baca surah Al-ikhlas sebanyak 11 kali
  2. Rakaat kedua baca Al-fatihah selepas itu baca surah Al-ikhlas 11 kali juga
  3. Pada rakaat ketiga dan keempat, selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca lagi surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali.
  4. Membaca doa Asyura dengan dimulakan dengan Kalimat Hasbiyalla.

Bacaan Kalimat Hasbiyalla ialah :

Bacaa Kalimat Hasbiyalla hari asyura

Bacaan Doa Hari Asyura ialah :

Bacaa doa hari asyura

Fadhilat Doa Asyura: Sesiapa yang membaca zikir dan doa di atas, maka Allah tidak mematikannya pada tahun itu tetapi jika ajalnya sampai pada tahun tersebut, tidaklah ia diberi taufik untuk membacanya.

[box type=”shadow”]Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) [/box]

Puasa Sunat 10 Muharram

Hukum berpuasa pada hari ‘Asyura’ adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang amat dituntut. Anjuran berpuasa pada hari tersebut disebutkan dalam hadis Rasullullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Baginda bersabda:

“Sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Muharram dan sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang pada 2/3 waktu malam.”

“Rasulullah S.A.W ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura, beliau menjawab, ‘Menghapuskan dosa setahun yang lalu’, ini pahalanya lebih sedikit daripada puasa Arafah (yakni menghapuskan dosa setahun sebelum serta sesudahnya).

Sebaiknya seorang berpuasa ‘Asyura (10 Muharram) disertai dengan (sebelumnya) iaitu puasa Tasu’a (9 Muharram). Hal ini karena Nabi S.A.W bersabda, ‘Apabila (usia) ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada yang kesembilan’, maksudnya berpuasa pula pada hari Tasu’a.

Rasulullah S.A.W memerintahkan untuk berpuasa pada hari sebelum maupun setelah Asyura dalam untuk membezakan dengan amalan orang-orang Yahudi karena hari Asyura iaitu 10 Muharram adalah juga hari di mana Allah selamatkan Musa dan kaumnya, dan menenggelamkan Fir’aun dan para pengikutnya. Dahulu orang-orang Yahudi berpuasa pada hari tersebut sebagai syukur mereka kepada Allah atas nikmat yang agung tersebut. Allah telah memenangkan tentara-tentaranya dan mengalahkan tentara-tentara syaithan, menyelamatkan Musa dan kaumnya serta membinasakan Fir’aun dan para pengikutnya.

Niat puasa hari kesembilan Muharam (Hari Tasu’a)  ialah :

Niat puasa hari kesembilan Muharam (Hari Tasu’a)

Niat puasa sunat 10 Muharram (Hari Asyura) ialah :

Niat puasa sunat 10 Muharram (Hari Asyura)

Semuga kita dapat mengamalkan untuk mendapat redha ALLAH. Tak perlulah kita membantai badan sehingga berdarah seperti pengikut syiah untuk menyambut Hari Asyura.

(nota : entri ini adalah untuk rujukan sendiri yang diperolehi dari beberapa sumber yg telah diselitkan backlinks di antara fakta tersebut)


Spread the love

36 Comments

  1. Salam bro, boleh tolong semak semula, adakah benar solat sunat 4 rakaat dengan 2 salam? Sebab penerangan bernombor di bawah pula seolah-olah macam Solat Sunat 4 rakaat dengan satu salam? Mungkin lebih mudah dicatat begini 1. Rakaat pertama….. 2. Rakaat kedua…. then salam (set pertama). 3. Rakaat pertama…. 4. Rakaat kedua…. then salam (utk set kedua). Wallahualam.
    Curahan rasa halif @ ..Jenayah ; Kemana Perginya Logik Akal Manusia?My Profile

  2. Umat Islam memang digalakkan untuk berpuasa-beribadat.
    lagi banyak amal ibadat lagi ALLAH suka.
    Ada hari-hari yang diwajibkan-disunatkan-diharuskan-dan-diharamkan untuk berpuasa.
    yang penting jangan puasa bila hari yang diharamkan sudahlah.
    jika kita betul-betul ikut sunnah nabi, tak kisahlah hari apapun, kita tetap beribadat dan berpuasa seperti biasa. kerana itu adalah ibadat kita.
    Curahan rasa Pendekar @ ..Siti Nurhaliza Tegur Khairy Jamaluddin Jangan BiadapMy Profile

  3. Berkata Imam Ibn Qayyim :

    “Hadith2 mengenai penggunaan celak pada hari ‘Asyura’, mencantikkan diri, membelanja keluarga, bersolat, dan lain2 yang mempunyai fadhilat, Tidak sahih apa2 mengenainya, dan tidak satu hadith pun, dan tidak datang dari Nabi saw apa-apa darinya, selain dari hadith2 puasanya, dan menganggapnya batil” dan misalnya : “Barangsiapa yang melapangkan (berbelanja) keatas keluarganya pada hari ‘Asyura’, Allah swt akan melapangkannya sepanjang tahun”, maka berkata Imam Ahmad : Hadith ini tidak sah.

    Mengenai hadith memakai celak, berhias dan berwangi-wangian : maka ia adalah dari pembikinan pendusta, dan orang2 yang lain mengambilnya dijadikan hari tersebut sebagai hari penderitaan dan dukacita, kedua2 golongan ini merupakan ahli bid’ah dan mereka terkeluar dari al-sunnah.

    Ahli al-sunnah melakukan apa yang telah diperintahkan oleh Nabi saw dengan berpuasa, dan mengelak dari Syaitan yang mengarahkan kepada bid’ah. (al-Manar al Munif didalam Sahih da Dha’if, Dar al-Qalam, Beirut, ditahqiq oleh Abu Ghuddah, ms 111-113).

    Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah telah ditanya : berkenaan dengan amalan manusia di Hari ‘Asyura’ mengenai celak, mandi, bersolek, bersalaman (berjabat tangan), memasak biji-bijian, menunjukkan kegembiraan, dan yang lain2 dari syara’, apakah ia datang dari Nabi saw dengan hadith yang sahih atau tidak? Jika tidak datang dari hadith yang sahih apa2 mengenainya, apakah mereka melakukannya merupakan bid’ah atau tidak? Begitu juga yang dilakukan oleh kumpulan yang lain seperti menyakiti diri, bersedih dan berhaus-hausan, mengoyak2kan baju, Apakah perkara begitu ada asalnya atau Tidak?

    Beliau menjawab : Segala pujian bagi Allah yang memerintah sekelian alam, tidak datang apa2 dari hadith Nabi saw , dan tidak juga datang dari para sahabatnya, dan tidak disunatkan dari Imam2 Islam yang empat, dan tidak selain darinya, dan tidak ada didalam riwayat oleh pencatat2 kitab rujukan sesuatu mengenai hal sedemikian, tidak dari Nabi saw, tidak dari sahabat, tidak dari tabiin, tidak dari buku Shahih, tidak dari Sunan, tidak dari masanid, tidak diketahui apa2 mengenai hadith2 ini dari abad2 yang penting.

    Akan tetapi yang ada ialah hadith yang diriwayatkan kepada “sesiapa pada hari ‘Asyura’ memakai celak maka dia tidak merasa pedih mata sepanjang tahun, dan barangsiapa yang mandi pada hari ‘Asyura’ tidak akan sakit sepanjang tahun”, dan contoh2 yang serupa dengannya.

    Mereka meriwayatkan kelebihan (Fadhaa’il) menunaikan solat di hari ‘Asyura’, dan mereka meriwayatkan pada Hai ‘Asyura’ Adam bertaubat, berlabuhnya kapal di Bukit Judi, Yusuf kembali kepada Ya’kub, Ibrahim terselamat dari Api, Penyembelihan Kibas (Nabi Ismail) dan sebagainya.
    Curahan rasa profhariz @ ..Keperluan Asas Untuk Latihan Industri (Business Casual)My Profile

  4. Bahkan Nabi juga mensyariatkan kaum muslimin turut berpuasa pada 9 Muharram, agar tampak berbeza dari kaum musyrik Yahudi. Berkata ‘Abdullah ibn ‘Abbas:

    حِينَ صَامَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ» قَالَ: فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ، حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

    Terjemahan:

    “Ketika Rasulullah melakukan puasa ‘Asyura dan memerintahkan para Sahabat untuk turut berpuasa ‘Asyura, maka para Sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, ia adalah hari yang diagungkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani.”

    Maka baginda pun bersabda, “Jika begitu, pada tahun akan datang kita akan berpuasa juga pada hari kesembilan, inshaAllah.” Berkata perawi: namun belum sempat tahun berikutnya datang, Rasulullah telah wafat.” [Dikeluarkan Muslim, no. 1134]

    InshaAllah. Sama-sama berpuasa pada 9 dan 10hb. Semoga Allah Redha.
    Curahan rasa profhariz @ ..Keperluan Asas Untuk Latihan Industri (Business Casual)My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!