Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini aku terima satu email dari wakil sebuah syarikat telefon pintar berjenama antarabangsa yang selalu menjadi penaja besar rancangan hiburan di Astro. Tujuan email tersebut adalah untuk bekerjasama projek promosi filem Hollywood yang sedang mereka usahakan. Memanglah menarik apabila mendapat jemputan untuk bekerjasama dengan syarikat berjenama besar untuk projek filem hollywood pulak tu.
Mengikut perancangan 2015 memang team Denaihati tidak akan menerima advetorial percuma melainkan untuk projek khas seperti isu status halal produk tertentu. Memandangkan projek ini dari syarikat smartphone terkenal walaupun pulangan hanya 2 keping tiket filem hollywood jadi aku pertimbangkan tetapi untuk advetorial di blog travel Denai.my. Trafik blog Denai.my ini boleh tahan juga melebih 500 ribu untuk tahun 2014 walaupun tiada promosi dan tidak banyak entri.
Nampaknya wakil syarikat lebih berminat untuk bekerjasama dengan blog Denaihati.com dari blog Denai.my dengan meningkatkan tawaran iaitu memberi lebih tiket dan produk merchandise filem Hollywood tersebut. Tawaran yang diberi kurang setimpal dengan kerja keras yang telah dilakukan oleh team Denaihati jadi email sebut harga telah dikirimkan sebagai membalas tawaran wakil syarikat tersebut. Sehingga entru ini ditulis pihak syarikat tersebut belum membalas email tersebut. Sebelum ini pernah juga berkerjasama mempromosi filem Batman The Dark Knight Rises dengan P1 tetapi konsep kerjasama berbeza dan ramai blogger yang dapat manafaat.
Iklan dan advetorial adalah salah satu cara blogger buat duit dengan blog. Memang agak sukar menetapkan harga sesebuah iklan di blog kerana ianya bergantung kepada capaian trafik blog dan interaksi sosial media yang memberi kesan kepada sesebuah pengiklanan. Tersentuh juga hati apabila syarikat besar yang sanggup habis berjuta-juta untuk pengiklanan di media yang lain tetapi tidak sanggup membayar kepada blog walaupun jumlahnya sangat jauh berbeza. Begitulah nasib apabila kita mengharap rezeki datang bergolek. Untuk blogger yang berjiwa besar kita mesti berubah menunjukkan kehebatan kita sebagaimana syarikat pengiklanan yang sentiasa menunjukkan kehebatan mereka kepada syarikat berjenama besar sehingga mendapat kontrak jutaan ringgit.
Alhamdulillah rezeki online tetap masuk dari berbagai sumber seperti affiliate yang semakin banyak. Rezeki datang dari ALLAH yang penting kita terus berusaha dan terus berusaha. Kepada yang nak jadi seperti aku terus buat duit dengan affiliate jangan lokek keluar sikit modal untuk beli buku cara buat duit dengan affiliate, memang tidak rugi malah akan dapat pulangan berganda. Jangan lupa follow fanpage Denaihati Network yang semakin meriah.
155 Comments
Kalau betul cara dan ikhlas dalam berkarya, kompem akan mendapat pulangan yang lumayan.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Atasi Sembelit Kanak-Kanak dengan Shaklee
mmg bukan senang untuk mencapai level denaihati skrg.. semua dengan kesabaran yang sanagt2 tinggi.. tahniah denai..
Curahan rasa MamaAlya @ ..Aduhhh Sakitnya Perut…. Apakah Penyelesaian Masalah Gastrik Jika Anda di Rumah?
terima kasih sudah sharing pada artikel ini… terus berjuang… semoga keberuntungan selalu menyertai.. amiiinn
Curahan rasa muhammad isra @ ..Penerapan Keyword Density Pada Artikel Atau Posting Blog
Wah, alhamdulillah..kalau sudah rejeki mah dari mana aja datangnya juga harus tetap disyukuri yah…
Mahu terkeluar biji mata bila lihat komisyen yang DH terima. Blog ambo seringgit pun belum dapat lagi. Entah bila agaknya?
Curahan rasa Papa Roq @ ..Domain Authority: Blog Malaysia Terunggul
itu baru komisen, belum kira payment job job lain tu,dapat RM10K sebulan pun rasanya takde masalah 😀
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Besar ye peranan blog dlm industri ni… blog denaihati pun byk info2 menarik…jadi rujukan saya jugak as a new blogger 🙂
Curahan rasa niza yusof @ ..Atasi Kulit Berminyak Dengan Sireh
salam kepada semua blogger..salam perkenalan,pengalaman masi agak baru dengan dunia blog..mohon tunjuk ajar ya semua.. 🙂
Curahan rasa zizimin @ ..BAHAYA JANGKITAN PENYAKIT KAKI, TANGAN DAN MULUT ( HFMD )
blog dah macam hartanah juga. Boleh generate pasif income. nak kena usaha tarik trafik lagi
betul tu, kena la kena dengan caranya,tak boleh membuta tuli buat tanpa arah tujuan
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Menghasilkan uang dari blog/web memang gampang2 susah yaa.
Tapi saya selalu menjadikan denaihati menjadi contoh dan panutan dalam konsistensinya untuk membuat dunia blogger semakin digemari.
Salam sukses selalu buat denaihati.com
Curahan rasa Webslim @ ..The Fact About Muslim Indonesia
Wow senang sekali ya rasanya kalau sudah bisa membuat blog yang bermanfaat dan menghasilkan uang seperti denaihati, saya terinspirasi dengan blog denaihati yang kaya artikel dan manfaat, terima kasih suda berbagi informasi menarik dan penting ini 🙂
Curahan rasa yandi @ ..Kaget Lucu Kesal Takut Sudah Pernah Ya?
Agak mencabar juga nak jadi top blogger ni kan sebab persaingan agak sengit terutamanya blog seperti saya ni yang baru mula bertatih dalam dunia blogging…
Curahan rasa Vander Good @ ..Tips untuk kurus
Bestnya kalau sudah jadi blogger yang company besar nak tawarkan job…nak kena usaha lebih ni…hehe… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Tips untuk kurus
Kerja sebagai blogger ni nampak senang tapi hakikatnya agak susah. Kena kuatkan hati untuk menghadapi segala cabaran.
Curahan rasa Vander Good @ ..Tips untuk kurus
salam dari blogger pemula om,., mohon bimbingannya yaaa,.,.
jgn lupa dukung aku di Tempat Kursus Website, SEO, Desain Grafis Favorit 2015 di Jakarta
Curahan rasa Tempat Kursus Website, SEO, Desain Grafis Favorit 2015 di Jakarta @ ..Tempat Kursus Website, SEO, Desain Grafis Favorit 2015 di Jakarta
blogger harus mendapat pengiktirafan sebagai golongan profesional yang memeriahkan lagi industri di negara ini….
Curahan rasa berita semasa online @ ..Jenazah Izzamir Nabihan Pelajar USM Selamat Tiba di Pulau Pinang
Comments are closed.