Harga Gula dan RON97 naik apa kisah

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masa kecik dulu aku memang banyak minum air kosong berbanding air manis. Ketika belajar di U dulu pulak selalu jadi food taster untuk produk kopi dan teh yang memang tak letak walaupun sebiji gula. Dah berpuluh tahun memang aku minum teh, kopi, milo, nescafe dan sebagainya tanpa gula.

Minum di Starbucks, Secret Recipe, Coffee House hotel, Mc Donald juga gerai tepi jalan pun aku tak letak gula. Jadi bagi aku tak kisah lansung bila harga gula naik. Di rumah nak abiskan 1kg gula pun berminggu-minggu. Apa sangatlah yang taksubkan dengan gula ni yang lebih banyak mudarat dari baiknya. Cuma kena ingat semua sakit tu bukan sebab GULA tapi Allah yang beri asbab makan gula berlebihan.

Bajet-2014-rakyat-mengharap

RON97 pun naik harga pun apa kisah sebab tu minyak premium untuk kereta mewah yang orang mewah je boleh guna. Tapi kalau ada kesempatan cuba isi kereta dengan minyak RON97 20liter kemudian guna pulak RON95 bezakan jarak yang boleh capai nak best masa kita travel jauh kat highway.

Dah harga GULA dan RON97 naik harga kerana harga di pasaran dunia pun naik maka kita sebagai pengguna kena bijak. Kalau mamak naikan harga teh tarik kalau mak minah naikan harga kuih kalau kalau perniaga naikan harga maka janganlah kita beli. Banyak lagi pilihan lain paling utama nak jimat makan je di rumah.

Kita jerit sana jerit sini harga naik tapi kita tak mahu disiplinkan diri kita sendiri tu yang susah. Tu lah susah bila dah dapat subsidi nak tarik balik memang susah. Tu lah ekonomi dunia harga Gula dan RON97 akan terus naik.

82 Comments

  1. Ok, aku akan bagi pandangan berbeza sikit pasal isu RON97 dan RON95 ni. Tiada niat lain cuma untuk berfikir sekejap di luar kotak.

    Pandangan 1

    bila harga RON97 naik, pengguna RON95 kata takpe tak berkaitan dengan aku. Bila RON95 naik pengguna RON97 akan kata eloklah naik, baru rasa macammana. Maka berjaya naik dua-dua. Pecah dan perintah.

    Pandangan 2

    Sepatutnya RON97 naik sikit tapi RON95 naik juga, RON97 dinaikkan lebih sikit untuk menampung RON95 daripada naik. Sekurang-kurangnya pengguna RON95 terbela. Lagipun yang guna RON97 tu kan kereta orang kaya-kaya.

    Kalau berdasarkan kemungkinan 1 dan 2 (yang mungkin betul mungkin tidak), bila pengguna RON97 merungut, pengguna RON95 janganlah mengata diorang pula.

    ———–

    Berbalik kepada keadaan semasa, saya memang menggunakan RON97 sebab saya selalu travel jauh. Pada harga sebelum ni, memang saya masih mampu untuk menggunakan RON97. Tapi pada harga sekarang, saya kembali menggunakan RON95. Hilanglah sikit pick-up, sekali-sekala saya gunakan juga RON97 , sedap sikit enjin bunyi.

    ————

    Setakat ini belum lagi terbaca mana-mana kajian akademik berkenaan kesan minyak RON97 dan RON95 terhadap hayat enjin. Setakat dengar cakap-cakap je.
    Ada sesiapa pernah terbaca?
    Curahan rasa zuls @ ..Empire Avenue – Bagaimana Memulakan PermainanMy Profile

    1. minyak naik, gula naik …barang2 lain harga pun naik , harga hantaran pun naik, semua ai, lepas pilihan raya gerenti ada yang naik, semua naik tak ada ke harga barang yang turun?????

  2. Diorang bising kalau gula naik, nanti barang2 berkaitan pun akan naik harganya.. Tapi kalau fikir balik, tak payah makan gula sangat pun tak apa. Barulah sihat sikit. Takde la potong kaki sana sini. Bertukar pada gula sihat (stevia) pun okay. Walaupun rasanya tak lemak macam gula tebu, tapi tak ada kesan buruk macam gula. 🙂
    Curahan rasa Maisarah @ ..When I Was a Little Girl… Part 2My Profile

  3. Ada juga kebaikkanya kalau gula naik harga
    boleh je minum air masak,lagi berkhasiat dan baik untuk kesihatan
    bab minyak naik tu rasa-rasanya dah umum sangat
    lepas ni ,mungkin ramai yang pergi kerja naik basikal atau jalan kaki
    sebab tu juga adalah senaman,dapat juga menyihatkan tubuh badan dengan keluar peluh
    Curahan rasa wazy @ ..Slot Akasia Nora Elena Di TV3My Profile

  4. saya minum air manis, tak letak gula abang Denai gantilah dengan susu manis…gula dengan susu manis dua-dua saya beli…bab minyak saya isi kat shell, lebih kilometer katanya, minyak ron97 saya isi time senang, time susah isi ron95 kat shell…
    Curahan rasa azura @ ..Terima kasih TransnasionalMy Profile

  5. kat kawasan sempadan senyum je bila minyak naik…minyak naik maka nak seludup minyak pon harga perlu tinggi wooo…kalo tak percaya try le melawat pengkalan kubor…berderet2 kereta isi minyak…dah macam teksi tunggu turn nak isi NGV je…skali di serbu, skali yang lari..pastu buat balik.. jual balik kat negara asing…sampai orang asing pon bleh dapat subsidi kerajaan MALAYSIA. Apa kes????
    Curahan rasa kuyie @ ..Motivasi – Siapa Dulu!My Profile

  6. Aki pun mmg tak guna kedua2nya,memng tak ambil kisah pun. Jangan naik kan harga susu dahlah

      1. yg obesiti pn banyak. hahaha kawan2 dr negara luar semua ckp malaysia ni banyak makanan sangat. semua sedap2 tapi tak sihat

  7. ini bukan pasal minyak naik melibatkan harga minyk je…tapi melibatkan kenaikan harga barang lain..jgn fikir ttg diri kita je..fikir jugak kat org lain yang susah tu…pasal harga gula aku tak ada nak komen sebab boleh elak…walaupn akan menyebabkn brg makanan naik… 2 hri lepas harga minyak dunia jatuh tapi knpa harga minyak mlaysia tak trun jugak?,,kata di apungkan?
    Curahan rasa yusri @ ..Jangan Gelak ini amatur punya laguMy Profile

    1. Harga minyak RON97 tu pun masih subsidi kalau nak ikut harga minyak dunia up n down kena tiru singapore no subsidi jadi bila harga minyak naik harga minyak singapore pun naik bila turun harga pun turun.

  8. abang aku tak habis2 dengan perangai anti kerajaan dier tu…isu minyak la…toll la, harga barang…semua salah kerajaan..tak sedar ke yang dier tu kerja kerajaan huhuhu keciwa

    1. semasa kempen pilihanraya orang kerajaan di pejabat2 dan di kantin2 banyak bicara dan ungkit pasal kerajaan.tak lain, bilakah kerajaan nak naik gaji.petrol dan gula, beberapa tahun kebelakang telah menjadi isu besar rakyat.buat masa ini masih bertahan 2 ringgit lebih.kejam celek sampai mencecah 5.00, bagaimana pula.

    2. kerja kerajaan tak semestinya ikut ja apa yang kerajaan buat. kerajaan juga nakkan komen daripada rakyat. kalau ada mata tapi tak melihat tak guna. kalau ada akal tapi tak tau berfikir tak guna juga. jangan jadi pak turut saja. duit kerajaan adalah duit dari rakyat bukan dari poket DS Najib atau DS Anwar.

    3. kerja kerajaan tak semestinya ikut ja apa yang kerajaan buat. kerajaan juga nakkan komen daripada rakyat. kalau ada mata tapi tak melihat tak guna. kalau ada akal tapi tak tau berfikir tak guna juga. jangan jadi pak turut saja. duit kerajaan adalah duit dari rakyat bukan dari poket DS Najib atau DS Anwar.

  9. Subsidi perlu ditarik sebenarnya, sebab kalau ikutkan subsidi ni melemahkan kita. Sebab disogok je dengan kemudahan, jadinya, kita tak terasa atau tergerak untuk usaha lebih. Tak nafi, sy pun suka subsidi. But then, sampai bila?
    Curahan rasa Nurfaiz Shaidan @ ..Final Exam RamblingsMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!