Harga Gula dan RON97 naik apa kisah

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masa kecik dulu aku memang banyak minum air kosong berbanding air manis. Ketika belajar di U dulu pulak selalu jadi food taster untuk produk kopi dan teh yang memang tak letak walaupun sebiji gula. Dah berpuluh tahun memang aku minum teh, kopi, milo, nescafe dan sebagainya tanpa gula.

Minum di Starbucks, Secret Recipe, Coffee House hotel, Mc Donald juga gerai tepi jalan pun aku tak letak gula. Jadi bagi aku tak kisah lansung bila harga gula naik. Di rumah nak abiskan 1kg gula pun berminggu-minggu. Apa sangatlah yang taksubkan dengan gula ni yang lebih banyak mudarat dari baiknya. Cuma kena ingat semua sakit tu bukan sebab GULA tapi Allah yang beri asbab makan gula berlebihan.

Bajet-2014-rakyat-mengharap

RON97 pun naik harga pun apa kisah sebab tu minyak premium untuk kereta mewah yang orang mewah je boleh guna. Tapi kalau ada kesempatan cuba isi kereta dengan minyak RON97 20liter kemudian guna pulak RON95 bezakan jarak yang boleh capai nak best masa kita travel jauh kat highway.

Dah harga GULA dan RON97 naik harga kerana harga di pasaran dunia pun naik maka kita sebagai pengguna kena bijak. Kalau mamak naikan harga teh tarik kalau mak minah naikan harga kuih kalau kalau perniaga naikan harga maka janganlah kita beli. Banyak lagi pilihan lain paling utama nak jimat makan je di rumah.

Kita jerit sana jerit sini harga naik tapi kita tak mahu disiplinkan diri kita sendiri tu yang susah. Tu lah susah bila dah dapat subsidi nak tarik balik memang susah. Tu lah ekonomi dunia harga Gula dan RON97 akan terus naik.


Spread the love

82 Comments

  1. Pasti Denai Hati ni ‘awet muda’. Selain jauh dari penyakit ‘sweet urine’. Hanyasanya jika saya dapat mencontohi. Namun pada saya kenaikan harga gula dan miyak itu tetap membebankan. Keduanya dah jadi barang wajib. Terutama bagi mereka yang menggunakannya dalam kuantiti yang banyak. Cth bagi orang berniaga makanan. Gula naik mereka naikkan harga barang, sudahnya ditolak kepada pengguna iaitu pembeli (kita). Nak suruh jangan beli, agak mustahil. Ini ada kaitan dengan gaya hidup masa kini. Perihal mengejar masa.

    Minyak naik pastinya membuat harga lainnya naik. Tak kira ron berapa lah!. Impak pasti ada. Jika cuma melihat pada penggunaan diri dan sekeluarga memang kecil impaknya. Bila melihat pada penggunaan orang ramai. Kita nampak bebanan itu. Sebenarnya ada gelombang inflasi…

  2. Minyak adalah ibu segala barang. Kalau harga minyak naik, barang semua akan naik. Tapi, rakyat selalu pertikaikan hak diorang sebagai orang biasa. Pada yang income tinggi, memang takde masalah tapi yang masalahnya pada mereka yang berpendapatan rendah. Pada saya, kalau kerajaan nak naikkan harga minyak tu memang boleh tetapi biarlah sikit2, jangan mendadak terus. yang tak boleh diterima akal, harga minyak kita dibandingkan dengan harga minyak di Thailand dan gaji kita dibandingkan dengan Bangladesh. hehehe..memang terbaekkkkk alasan tu.

    1. Kan kerajaan naik kan RON97 bukan RON95 dan disel jadi kenapa rakyat nak komplen bukan kah RON97 utk yg mewah je!!!

      1. sapa cakap untuk kereta mewah saja. tu la melayu mudah lupa. ingat tak dulu-dulu masa zaman pak lah jadi pm. minyak tu la kita dok guna hari-hari. tapi dato shahrir samad yang perkenal minyak gred yang lebih rendah macam sekarang. sekadar untuk mengelirukan rakyat dengan bagi anggapan ooo..minyak murah la. sedangkan tukar dan rendahkan gred minyak untk harga yang lebih rendah.

  3. Assalam…
    Bab gula naik harga, mmg tak kisah tp bab RON97 naik ni, mmg masalah.
    bukan x nk isi minyak RON95 tp kereta ni hanya sesuai utk RON97 je, minyak RON97 lebih elok dan baik utk enjin berbanding RON95 yg mudah terbakar..
    Curahan rasa iza @ ..Teratak Usang Bebas MalwareMy Profile

    1. Kalau bagi tau awal memang bagus utk rakyat terutama toke minyak n gula, diaorang akan simpan stok banyak2 bila naik je jual harga baru untuk lipat kali ganda tapi lebih malang 2 hari tu pasti stok susah nak dapat sebab kena sorok.

      1. Betul tu kalau bagitau awal semua barang penjual sorok last2 tak de stock harga naik baru penjual keluarkan stok. Nak bising pun tak guna sebab bukan Malaysia je harga naik, kalau banding negara lain bersyukur harga barang di Malaysia bole tahan lagi.

  4. kerja menunding jari kat orang tak baik.disebab gula dan Ron97 naik harga, kita dapat dosa tak pedah pedah.senang aje,gula naik,puasa makan manis,Ron97 naik guna Ron 95.biar lambat asal selamat.Ron97 boleh pecut laju2,klo kemalangan tunding jari lagi.semua yang baik hanya dari ALLAH,yang buruk itu perbuatan diri sendiri.aaaahai!

  5. mmg mudah nak menuduh dan meniding jari tentang kesalahan org dlm politik. Belum jadi pemerintah, mmgla ckp semua boleh turun, semua murah. semua keputusan kerajaan tak betul. Tp bila dah memerintah, ntah-ntah semua naik mencanak-canak..

    Harap pengurangan subsidi ini bakal memberi kebaikan kpd negara dan rakyat Malaysia.
    Curahan rasa razis @ ..Pemenang Pelawat Bertuah ke 84-321 adalah !!!!!!!!!!!!!!!!!!My Profile

    1. Contoh Dulu jadi pembangkang kata nak kebebasan surat khabar tapi bila dah memerintah surat khabar yg mengkritik kena ban tu pun bukti cakap tak serupa bikin.

      Cakap memang tak kena bayar tapi buat tak serupa bikin tu yg susah. Jangan cakap aku sokong kerajaan aku sokong mana yang betul dan kritik mana yg tak betul.

      1. mengkritik dan memfitnah 2 situasi yang berbeza. bandingkan maklumat sebenar dengan maklumat kerajaan negeri. buat blog kena la bagi manusia berfikir dengan kritis bukan mengikut saja.

    1. Subsidi ni yang banyak kat Malaysia je kat Indonesia tu pun tak ada. Subsidi utk jangka masa panjang tak baik jadi orang Melayu khasnya malas berharap bantuan je.

      Note : orang politik nak raih undi cakap macam2 lepas tu bila diaorang perintah buat benda yg sama je.

  6. harga minyak naik lepas tu harga gula naik…..
    kadang-kadang kesian dekat penjaja kecil…
    makcik-makcik yang jual kuih tepi jalan tu…
    nak buat kuih-kuih manis mesti kena ada gula, tepung dll…
    bila harga barang mentah naik nak taknak harga kuih kena naik..
    sekeping kuih sampai 50 sen
    tapi bila harga kuih naik….jualan tak laku pulak……
    kalau saya maybe tak terasa sangat setakat naik 20 sen je…ape ade hal..
    bagaimana dengan mereka?
    Curahan rasa hazwan @ ..Belajarlah Untuk Menerima Pendapat Orang LainMy Profile

    1. RON97 naik bukan RON95 lagi pun lori angkat tepung n gula guna disel kan. Mak cik tu kena adjust niaga ikut kehendak semasa contohnya lebihkan kuih tanpa/kurang gula seperti karipap dll.

      1. kalau peniaga abc cendol, pulak tepi jalan tu macam mane pulak
        takkan nak kurangkan gule jugak..tak sedap la nanti hehe….
        gurau-gurau je..sebab tadi baru pas tengok cerita seteguh waja dekat tv1
        kisah penjual cendol tepi jalan yang berkaki palsu…isteri pulak ada sakit..anak 2 orang masih bersekolah…
        kesian dorang…..
        Curahan rasa hazwan @ ..Belajarlah Untuk Menerima Pendapat Orang LainMy Profile

        1. Untuk peminat cendol tu kena korbanlah bayar lebih macam aku ni yg peminat cendol ni. Sanggup aku jalan jauh hanya kerana cendol. Tengok penghisap rokok berapa tunggi naik harga tetap beli juga no komplen heeee

      1. Manusia sekarang lebih sayang nafsu makan enak dan manis2 tapi tak takut diabetis yg sudah terbukti bisa membunuh dan telah membunuh ramai mangsanya.

    1. kenapa ya? di indo nggak ada milo ke bang iwan? dulu kawan aku dari indo juga sering bawa pulang milo dr malaysia

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!