Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sangat beruntung untuk jemaah haji yang terpilih Allah SWT pada tahun ini apabila Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan wukuf jatuh pada hari Jumaat yang diyakini bakal menjadi Haji Akhbar (Hari Haji yang paling agung).
Haji Akhbar ini adalah haji yang ditunggu-tunggu umat Islam seluruh dunia. Para ulama’ menyatakan bahawa wuquf di Arafah yang mana jatuhnya pada hari Jumaat membawa kebaikan. Antara kebaikannya adalah seperti berikut:
- Haji yang dilakukan adalah seumpama haji yang telah dikerjakan oleh Rasulullah SAW kerana ketika Nabi menunaikan haji wada’ , wuquf di Arafah jatuh pada hari Jumaat.
- Jumaat merupakan penghulu bagi segala hari dan ia merupakan saat dan waktu yang doa seseorang mudah diperkenankan.
- Hari Arafah merupakan hari ‘raya’, dan begitu juga hari Jumaat dianggap sebagai hari ‘raya’. Jadi apabila Arafah berlaku pada hari Jumaat, maka sudah tentu kebaikannya amat banyak.
“Dan inilah satu makluman dari Allah SWT dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Akbar, bahawa Allah SWT melepaskan diri dari perjanjian dengan orang Musyrikin” – Surah at-Taubah ayat 3
Ibn al-Qayyim telah menyenaraikan beberapa kebaikan yang terdapat pada hari wuquf yang jatuh pada hari Jumaat. Antaranya ialah:
- Bertemunya dua hari (Arafah dan Jumaat) yang merupakan sebaik-baik hari.
- Hari yang mudah diperkenankan doa oleh Allah.
- Bersamaan dengan hari wuquf Rasulullah saw ketika mengerjakan haji wada’.
- Pertemuan besar manusia di Arafah pada hari wuquf, ditambah pula pertemuan pada hari Jumaat untuk khutbah dan solat Jumaat.
- Kedua-dua hari tersebut merupakan hari ‘raya’.
- Ketaatan dan amalan soleh yang dibuat pada hari Jumaat mempunyai nilaian dan kelebihannya yang tersendiri.
- Bersamaan dengan Hari Perhimpunan Agung di akhirat kelak. Rasulullah saw juga telah menyata
Bagaimanapun sesetengah ulama membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah. Setengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a yang menyatakan bahawa Haji Ahkbar itu adalah hari arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa, Ia juga disebut oleh Imam al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan.
Berdasarkan tulisan daripada Ustaz Noehas “Para Ulama’ mempunyai banyak pendapat tentang maksud dari haji Akhbar. Semua pendapat tersebut berasaskan hujah masing-masing dan termasuk dalam kategori khilaf muktabar yang boleh diterima.
Bersyukur kepada yang mendapat peluang mengerjakan Haji Akhbar dan paling bersyukur apabila Allah SWT pilih untuk kembara rohani membersihkan jiwa menyempurnakan rukun Islam yang ke lima.
Bukan semua yang mempunyai keinginan tinggi untuk berkusut masai mengerjakan ibadah haji dipilih oleh Allah SWT kerana itu kepada yang terpilih tiada nilai yang boleh dinilai dengan wang ringgit yang dibayar.
Semoga semua jemaah haji yang dipilih Allah SWT mendapat haji Mabrur dan mendapat keampunan daripada Yang Maha Esa.
Kepada yang tidak terpilih berazamlah kita untuk menyempurnakan ibadah korban biar pun hanya satu bahagian lembu sahaja. Semoga pengorbanan kita yang sedikit itu bakal dilihat terlalu besar di sisi Allah SWT.
Dan kepada siapa yang nak buat tempahan korban tahun ini, boleh klik di link di bawah.
Tempahan Korban Murah Tahun 2022/1443
421 Comments
Terlalu ingin untuk ke sana.
perkenankanlah wahai Allah yg Maha Mendengar. 🙂
Curahan rasa Irda Bay @ ..PELUANG BEKERJA & BUAT BISNES DARI RUMAH
Untungnya jemaah tahun ni.. 🙂
Sentiasa berdoa agar Allah mengizinkan saya & suami cepat2 dapat menjejakkan kaki ke Kota Suci ini.. Perkenankanlah Ya Allah.. 🙂
Curahan rasa Irda Bay @ ..TIPS PERSEDIAAN UNTUK PENYUSUAN BAYI BAGI IBU HAMIL
sangat beruntung para jemaah haji kali ni. Allahuakhbar. Ya Hanana
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kini Aku Seorang Penganggur
Subhanallah. Mudahan Allah memberi peluang untuk saya menjadi tetamuNya. Amiiinnnnn
Keinginan nik utk ke Kota Suci Mekkah makin kuat bila membaca entry ni….semoga Allah perkenan niat baik kita semua dan dpt menjejakan kaki kita di Tanah Suci tu suatu hari nanti..
bertuah sungguh jemaah haji tahun ni. berganda 70 kali pahala ibadah mereka. alhamdulillah. semoga mendapat haji mabrur
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
alhamdulillah…semoga suatu hari nanti saya pon diberikan peluang untuk mengerjakan haji lebih-lebih lagi haji akbar..aminn
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
bertuah sunggu mereka yang mengerjakan ib adah haji tahun ini. semoga ibadah mereka diterima Allah.aminn
Curahan rasa Aksara Biru @ ..GiveAway by Gobokita : Aksara Biru
Haji Akbar dari sudut bahasanya bermaksud haji yang besar iaitu ibadat haji yang akan memperoleh pahala yang besar…sesungguhnya sapa yg mendapat Haji Akbar begitu beruntung…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Amat beruntung mereka yang terpilih mengerjakan haji akbar tahun ni..semoga mabrur haji mereka
Curahan rasa nord @ ..Kebaikan Protein Soya Kepada Tubuh Badan
memang beruntung sangat para jemaah tahun ini. semoga saya juga dapat merasai nikmat haji akbar nanti
Curahan rasa ainun @ ..Ziarah Kematian
semoga suatu hari nanti sempat jugak untuk menunaikan haji dengan mak dan ayah
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Nasib
Insyaallah..sma lah kita..semoga satu hari impian suci berkenaan akan tercapai…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Menjadi tetamu Allah merupakan salah satu keinginan yang saya ingin capai. Kalau boleh nak menjadi tetamu Allah bersama keluarga. Biar satu keluarga sampai sana.
Curahan rasa Anies Msletoes @ ..Task 2: Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan
Bertuah sungguh panggilan Haji tahun ni. Dengan haji akbar dan hari jumaat jatuh pada hari wuquf memang sangat bertuah
Curahan rasa nord @ ..7 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee
Semua org teringin untuk mengunjungi rumah Allah seterusnya menjadi tetamu Allah…Insyaallah satu hari nanti niat suci itu akan tercapai…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Mesti seronok kalau dapat menjadi tetamu Allah di sana semasa usia muda.. masih larat mengerjakan haji…
Semoga jemaah selamat pulang ke tanah air nanti.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
semoga mereka yang berada di sana selamat kembali dengan haji mabrur
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6
semoga kita semua dipilih menjadi tetamu Allah pada haji akbar. Bukan semudah kata tentang qada qadar tapi kita boleh berusaha dan berdoa
Curahan rasa ainun @ ..Ziarah Kematian
isnyaallah satu hari nanti. semoga kita di beri kemudahan utk ke sana
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6
Comments are closed.