Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sangat beruntung untuk jemaah haji yang terpilih Allah SWT pada tahun ini apabila Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan wukuf jatuh pada hari Jumaat yang diyakini bakal menjadi Haji Akhbar (Hari Haji yang paling agung).
Haji Akhbar ini adalah haji yang ditunggu-tunggu umat Islam seluruh dunia. Para ulama’ menyatakan bahawa wuquf di Arafah yang mana jatuhnya pada hari Jumaat membawa kebaikan. Antara kebaikannya adalah seperti berikut:
- Haji yang dilakukan adalah seumpama haji yang telah dikerjakan oleh Rasulullah SAW kerana ketika Nabi menunaikan haji wada’ , wuquf di Arafah jatuh pada hari Jumaat.
- Jumaat merupakan penghulu bagi segala hari dan ia merupakan saat dan waktu yang doa seseorang mudah diperkenankan.
- Hari Arafah merupakan hari ‘raya’, dan begitu juga hari Jumaat dianggap sebagai hari ‘raya’. Jadi apabila Arafah berlaku pada hari Jumaat, maka sudah tentu kebaikannya amat banyak.
“Dan inilah satu makluman dari Allah SWT dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Akbar, bahawa Allah SWT melepaskan diri dari perjanjian dengan orang Musyrikin” – Surah at-Taubah ayat 3
Ibn al-Qayyim telah menyenaraikan beberapa kebaikan yang terdapat pada hari wuquf yang jatuh pada hari Jumaat. Antaranya ialah:
- Bertemunya dua hari (Arafah dan Jumaat) yang merupakan sebaik-baik hari.
- Hari yang mudah diperkenankan doa oleh Allah.
- Bersamaan dengan hari wuquf Rasulullah saw ketika mengerjakan haji wada’.
- Pertemuan besar manusia di Arafah pada hari wuquf, ditambah pula pertemuan pada hari Jumaat untuk khutbah dan solat Jumaat.
- Kedua-dua hari tersebut merupakan hari ‘raya’.
- Ketaatan dan amalan soleh yang dibuat pada hari Jumaat mempunyai nilaian dan kelebihannya yang tersendiri.
- Bersamaan dengan Hari Perhimpunan Agung di akhirat kelak. Rasulullah saw juga telah menyata
Bagaimanapun sesetengah ulama membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah. Setengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a yang menyatakan bahawa Haji Ahkbar itu adalah hari arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa, Ia juga disebut oleh Imam al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan.
Berdasarkan tulisan daripada Ustaz Noehas “Para Ulama’ mempunyai banyak pendapat tentang maksud dari haji Akhbar. Semua pendapat tersebut berasaskan hujah masing-masing dan termasuk dalam kategori khilaf muktabar yang boleh diterima.
Bersyukur kepada yang mendapat peluang mengerjakan Haji Akhbar dan paling bersyukur apabila Allah SWT pilih untuk kembara rohani membersihkan jiwa menyempurnakan rukun Islam yang ke lima.
Bukan semua yang mempunyai keinginan tinggi untuk berkusut masai mengerjakan ibadah haji dipilih oleh Allah SWT kerana itu kepada yang terpilih tiada nilai yang boleh dinilai dengan wang ringgit yang dibayar.
Semoga semua jemaah haji yang dipilih Allah SWT mendapat haji Mabrur dan mendapat keampunan daripada Yang Maha Esa.
Kepada yang tidak terpilih berazamlah kita untuk menyempurnakan ibadah korban biar pun hanya satu bahagian lembu sahaja. Semoga pengorbanan kita yang sedikit itu bakal dilihat terlalu besar di sisi Allah SWT.
Dan kepada siapa yang nak buat tempahan korban tahun ini, boleh klik di link di bawah.
Tempahan Korban Murah Tahun 2022/1443
421 Comments
Suasana ketika di Muzdalifah di sana sungguh meriah ramai pula bila tengok mereka ini berlumpul di suatu tempat
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
semua jemaah nampak begitu kusyuk. hampir menitis air mata melihat setiap satu gambar yang dikongsikan :’)
salam Eid al-Adha kepada anda 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
debaran umat islam di tanah suci semakin terasa sekarang ini…mudah-mudahan mereka dapat pahala haji akbar
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Apa Maksud Blogger Tu Bro?
bukan mudah ingin menunggu haji akbar ini ya. sungguh beruntunglah mereka dalam melaksanakannya
Curahan rasa cahayacinta @ ..The Boxtrolls
Teringat alunan Haji Untuk Allah daripada Raihan .. mendayu dayu je … dalam tu dahberitahu cara nak dapat haji abrar.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Doakan Mereka Haji Mabrur
Siapa yang tiada keinginan pergi ke Haji, penting kita pasang niat supaya dipermudahkan untuk ke sana.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Doakan Mereka Haji Mabrur
mudah mudahan begitu juga. kita sama sama doakan kesejahteraan rakyat malaysia di sana
salam Eid al-Adha kepada anda 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
teringin berada di sana. bukan apa untuk memohon kepada Allah di hadapan Kaabah untuk memperkenankan apa yang yeop hajatkan sekarang ini. cuma modal untuk ke sana saja yg perlu difikirkan.
Rasanya banyak pakej agensi umrah yang berpatutan dan berbaloi untuk mengerjakan umrah ke sana.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Saat paling bahagia apabila dapat memohon segala hajat kita di hadapan kaabah. Masha Allah.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Perasaan sebak dan sayu itu akan jelas terasa jika niat kita ikhlas kerana Allah.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Eloklah kita mengambil peluang untuk berpuasa sunat sekiranya berkemampuan sempena Hari Arafah ini.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
boleh sahaja semua atas usaha sendiri rezeki ada pada setiap manusia sabarlah dalam mengumpul wang
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
alhamdulillah dapat puasa sunat ya.moga permudahkan puasa awal hingga akhirnya
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 21/2014_ Sime Darby LPGA 2014
den tak berkemampuan untuk puasa sunat semalam. inshaAllah di masa akan datang, takkan lepaskan peluang untuk berpuasa
salam Eid al-Adha kepada anda 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
doa banyak banyak yeop. inshaAllah ada rezeki dapat ke sana FREE je 🙂
salam Eid al-Adha kepada anda 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
untunglah sesiapa yang diterima haji mereka oleh Allah Taala. Begitu juga dengan korban mereka. Insyaallah kita pon dalam kategori ini.
Curahan rasa Ira @ ..ESP terlaris di Malaysia bukan sekadar soya biasa
Marilah kita berusaha untuk memperbaik amalan ibadah kita agar amalan kita itu tidak sia-sia.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
kita ni walaupun solat 5 waktu, dan banyak solat sunat, belum tentu perfet solat kita tu. mari kita perbaiki mana yang boleh
salam Eid al-Adha kepada anda 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
untunglah sesiapa yang diterima haji mereka oleh Allah Taala. Begitu juga dengan korban mereka. Insyaallah kita pon dalam kategori ini
Beruntunglah bagi mereka dapat bertemu haji akbar. Alhamdulillah. Smoga kita juga dijemput menjadi tetamu allah di sana
Curahan rasa Nurul Huda MS @ ..Tips Hadapi Healing Crisis
Pasti. Yang penting, tetapkan niat awal-awal. In sha Allah, Dia pasti permudahkan urusan kita untuk bertemu dengan Haji Akhbar pada masa akan datang.
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
besarnya nikmat dari Allah kepada hamba-hambanya yang soleh..dapat menunaikan haji adalah keinginan utama tka ini..
Curahan rasa shamiera osment @ ..KidsNowaDays : Gurauan Maut
Sungguh, nikmat Allah itu terlalu indah, lantas nikmat manakah lagi yang manusia tak nak syukuri? 🙁
Curahan rasa Lekors @ ..Apabila Aku Masuk Berita Harian
Haji Akbar yang jatuh pada hari Jumaat dan pahalanya 70 kali pahala haji biasa. Hari ini hari Jumaat.. Bersyukurnya..
Semoga semua jemaah haji yang menunaikan ibadah haji pada tahun ini akan dipermudahkan dan diterima Allah SWT ibadahnya
moga ibadah mereka akan terima olehnya. semoga kita akan ada kesempatan di sana nanti
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Jubah Princess Cut Polka Dotku Renungan Matanya Tajam
amin, mga moga begitu juga ya.. mereka ke sana dengan niat beribadat kepadaNYA, inshaAllah dipermudahkanNYA
salam Eid al-Adha kepada anda 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Allah… Alangkah seronoknya jika kita berada di sana sama-sama dapat mengerjakan ibadah haji, tambahan pulak haji akbar yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam
inshaAllah, suatu hari nanti, anda juga akan dapat ke sana
salam Eid al-Adha kepada anda 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Kadang-kadang perasaan sedih pun ada bila kita terpilih untuk menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Suci.. Rasa bersyukur yang amat sangat.. Hm
pernah ke tanah suci ke? alhamdulillah, bertuah sungguh anda. harap ada rezeki dapat lagi anda ke sana
salam Eid al-Adha kepada anda 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
pasti musim haji kali ini akan lebih sesak daripada tahun kemudian
Curahan rasa onlajer @ ..Kipas Angin Murah dan Berkualiti Daripada KRONOS
alhamdulillah, setiap tahun, makin ramai yang mampu untuk kerjakan ibadah haji dan umrah
salam Eid al-Adha kepada anda 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
sangat beruntung sungguh umat islam yang Allah pilih sebagai tetamuNya di Tanah Suci
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Bagaimana Nak Ajak Isteri Bermesra?
jom ramai – ramai pakat mendaftar di tabung haji RM1300 sahaja untuk mendaftar
Curahan rasa onlajer @ ..Kipas Angin Murah dan Berkualiti Daripada KRONOS
den dah daftar. sekarang ni belum mampu bagi komitment untuk auto deduct setiap bulan, den masuk lump sum bila ada duit sahaja
salam Eid al-Adha kepada anda 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
kita pun boleh terpilih ke sana juga. banyakkan berdoa, minta dipermudahkan kepada NYA, inshaAllah 😀
salam Eid al-Adha kepada anda 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Allahuakbar.. Rezeki orang-orang yang terpilih oleh Allah untuk laksanakan Haji Akbar.. Cemburunya..
Curahan rasa Rara Zack @ ..A Night With Cadaver // Malam Bersama Mayat
bersabar dan saya juga cemburu kerana kesempatan itu ada pada mereka dan bukannya kepada saya..selamat melakukan hari akbar
Curahan rasa Hero Borneo @ ..7 Jenis Mimpi Yang Mesti Diketahui
saya juga cemburu , jika diizinkan mahu sahaja ingin kesana setiap tahun jika diizinkan, Insha Allah
Curahan rasa onlajer @ ..Kipas Angin Murah dan Berkualiti Daripada KRONOS
jangan cemburu akan mereka, sepatutnya kita jadikan ia satu determinasi untuk ke sana juga 🙂
salam Eid al-Adha kepada anda 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
ambil cemburu itu dan jadikan sebagai pemangkin untuk jadikan diri kita antara yang terpilih pada tahun depan
salam Eid al-Adha kepada anda 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
inshaAllah, suatu hari nanti, anda pula antara yang terpilih untuk ke tanah suci
salam Eid al-Adha kepada anda 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my
Comments are closed.