Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bukanlah yang pertama di dunia tetapi DS Najib Razak antara beberapa pemimpin dunia yang berani berinteraksi terus dengan rakyat melalui Google Hangout. DS Najib mengambil kesempatan untuk bersoal jawab isu Budget 2013 yang masih hangat dibincangkan oleh rakyat.
Apabila Kerajaan mengumumkan akan melaksanakan Google Hangout dengan hashtag #tanyaNajib maka berbagai soalan telah ditanya melalui Twitter dan Facebook oleh komuniti internet. Tidak kurang juga ramai yang menggunakan hashtag #tanyaNajib untuk mengutuk pemimpin negara sendiri dengan berbagai soalan dan kutukan yang nak baca pun tak sampai hati. Tetapi aku tabik pada DS Najib yang tidak tersentuh hati dengan semua kutukan dan kejian daripada rakyatnya sendiri.
Semua kutukan dan kejian kepada DS Najib melalui #tanyaNajib pastinya datang daripada rakyat yang tidak menyokong kepimpinan Kerajaan yang memerintah. Melalui #tanyaNajib ada yang cuba menasihati supaya tidak bersifat kurang ajar kepada pemimpin. Kepada yang dah tak suka apa diaorang kira janji dapat kutuk pasti puas hati. Yang baik pun akan dikutuk apatah lagi yang tak baik pasti juga dikutuk dan dikeji. DEMOKRASI akan menjadi prinsip yang digunakan untuk bebas bercakap dan bebas mengutuk dan mengeji.
Pihak yang tidak menyokong Kerajaan sedang menyerang habis-habisan Budget 2013 yang digambarkan lansung tidak ada nilai kepada Malaysia. Memang begitu sifatnya pembangkang di Malaysia yang sentiasa membangkang apa sahaja yang Kerajaan buat supaya kelihatan mereka buat kerja. Begitu juga pembangkang di negeri-negri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Apabila politik mengatasi agama maka hati telah tertutup untuk menunjukkan akhlak yang baik sebagaimana contoh yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Kita perlu menggunakan akal dan fikiran untuk bertidak bukan terpengaruh dengan ahli politik yang sentiasa sahaja berusaha mencari sokongan yang sebenarnya lebih mementingkan diri mereka sendiri. Di sisi ALLAH demokrasi ciptaan barat bukan tiket untuk bebas sebebasnya.
Bukannya semua Rakyat Malaysia suka dengan budaya mengutuk dan mengeji walaupun sebenarnya mereka juga bukan menyokong Kerajaan. Di saat akhir menjelang Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) strategi parti politik sangat penting kerana silap strategi boleh memakan diri. Serangan yang keterlaluan boleh memusnahkan harapan kerana penentu kemenangan mana-mana parti politik bukan terletak pada ahli parti tetapi pada pengundi atas pagar.
Semuga semua ahli politik Malaysia menggunakan sosial media seperti Twitter, Facebook dan Google Hangout untuk berinteraksi dengan rakyat bagi menyelesaikan berbagai masalah rakyat. Jangan biarkan hanya Perdana Menteri sahaja bekerja untuk Rakyat sedangkan yang lain senyap sunyi tidak kreatif mengikut trend masakini.
108 Comments
Emm lepas ni boleh la nak bersua kata dgn PM terus..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Antara Mak Cik Monopos & Anak Dara
Platform baru untuk dekatkan diri dengan rakyat…
Curahan rasa Nurul @ ..Buah Delima Baik untuk Mata
hmmm belum pernah lagi guna google hangout ni
guna sebijaknya utk mendekati rakyat 🙂
Curahan rasa auc dot com @ ..Habis Paip Masjid Kena Curi!
kesempatan yang sangat langka langsung bertanya kepada kepala Negara tentang budget negara
Curahan rasa munir ardi @ ..Champions League results Matchday 2. Wednesday 3rd Oktober 2012
Bisa jadi rujukan untuk pemerintah Indonesia
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Lengkap Liga Champions Matchday 2, Kamis 4 Oktober 2012
pembangkang nk memerintah juga. tu sbb dorang x hbs2 hentm kerajaan
Curahan rasa poruman @ ..Blogger tercantik pernah wujud di Alam Semesta
syabas kepada Najib, lps ni blh la buat lg
Curahan rasa Shahrul @ ..8 Aplikasi Rangkaian Sosial Terbaik
hidup mesti diteruskan..jadi kalau pemerintah itu telah dipilih dengan betul dan adil mengapa kita harus kutuk atau menentang? kalau nak buat keputusan apa pun masa pilihanraya la baru betul.
Curahan rasa Syarih @ ..Tips Untuk Mendapatkan Anak Kembar.
KITA MESTI BERSATU UNTUK MEMAJUKAN NEGARA KITA DI MASA DEPAN. JANGAN KERANA POLITIK NEGARA KITA JATUH MERUDUM DI PIJAK PULA OLEH PIHAK LUAR YANG SEMAKIN RAMAI..
ramai yg dislike
bila perkara ini berlaku kita boleh lihat dan nilai semua jenis manusia dengan pandangan mata hati melalui ilmu. .. semua semua yang kita lihat baik adalah baik. bukan semua yang kita lihat jahat adalah jahat…seperti dalam diri kita sendiri… pagi baik petang jahat. malam menyesal…
Curahan rasa hisham @ ..Nuffnang Penipu Besar?
Tahniah dengan inisiatif yang dilakukan jika memberi kebaikan dan untung kepada rakyat. Semoga suara rakyat didengari dan rintihan rakyat dapat dibantu dengan segera. Kini rakyat lebih pandai menilai dan memberi pendapat agar kerajaan lebih prihatin terhadap kemaslahatan dan kebajikan rakyat.
Curahan rasa Mummy Akmar @ ..Aromaterapi – Untuk Menghilangkan Tekanan Perasaan
Dimana-mana politik dan demokrasi akan bela kepentingan golongan sendiri
Curahan rasa suwono @ ..Agen Herbalife Makasar
kalau face to face tak berani pun
Curahan rasa hafizrahim @ ..Top 6 Gitaris Pujaan Hati
islam ada ajar kita ke untuk kutuk dan caci sesama umat?..nama je penyokong parti islam, tapi perangai tak menunjukkan sikap islam pun
Curahan rasa hafizrahim @ ..Top 6 Gitaris Pujaan Hati
betul tu saya pun tak setuju dengan blogger yang berpolitik dan kutuk mengutuk di blog mereka..
Curahan rasa fandyzblog @ ..Syed Mokhtar Al-Bukhary Biography
yang mengutuk tu cuma berani cakap belakang je
Curahan rasa hafizrahim @ ..Top 6 Gitaris Pujaan Hati
Tahniah kepada PM kerana berani bersemuka dengan rakyat walau pun secara maya.Apa pun pandangan politik kita mestilah agama diutamakan.Tak semestinya apa kerajaan buat salah dan pembangkang buat salah.Tapi betul kata DH kalau pembangkang tak bangkang kerajaaan dia tak buat kerjalah.hehehe
Curahan rasa Ahmad Tarmizi @ ..Biar Masa Menentukan_Neelofa
Comments are closed.