Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bukanlah yang pertama di dunia tetapi DS Najib Razak antara beberapa pemimpin dunia yang berani berinteraksi terus dengan rakyat melalui Google Hangout. DS Najib mengambil kesempatan untuk bersoal jawab isu Budget 2013 yang masih hangat dibincangkan oleh rakyat.
Apabila Kerajaan mengumumkan akan melaksanakan Google Hangout dengan hashtag #tanyaNajib maka berbagai soalan telah ditanya melalui Twitter dan Facebook oleh komuniti internet. Tidak kurang juga ramai yang menggunakan hashtag #tanyaNajib untuk mengutuk pemimpin negara sendiri dengan berbagai soalan dan kutukan yang nak baca pun tak sampai hati. Tetapi aku tabik pada DS Najib yang tidak tersentuh hati dengan semua kutukan dan kejian daripada rakyatnya sendiri.
Semua kutukan dan kejian kepada DS Najib melalui #tanyaNajib pastinya datang daripada rakyat yang tidak menyokong kepimpinan Kerajaan yang memerintah. Melalui #tanyaNajib ada yang cuba menasihati supaya tidak bersifat kurang ajar kepada pemimpin. Kepada yang dah tak suka apa diaorang kira janji dapat kutuk pasti puas hati. Yang baik pun akan dikutuk apatah lagi yang tak baik pasti juga dikutuk dan dikeji. DEMOKRASI akan menjadi prinsip yang digunakan untuk bebas bercakap dan bebas mengutuk dan mengeji.
Pihak yang tidak menyokong Kerajaan sedang menyerang habis-habisan Budget 2013 yang digambarkan lansung tidak ada nilai kepada Malaysia. Memang begitu sifatnya pembangkang di Malaysia yang sentiasa membangkang apa sahaja yang Kerajaan buat supaya kelihatan mereka buat kerja. Begitu juga pembangkang di negeri-negri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Apabila politik mengatasi agama maka hati telah tertutup untuk menunjukkan akhlak yang baik sebagaimana contoh yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Kita perlu menggunakan akal dan fikiran untuk bertidak bukan terpengaruh dengan ahli politik yang sentiasa sahaja berusaha mencari sokongan yang sebenarnya lebih mementingkan diri mereka sendiri. Di sisi ALLAH demokrasi ciptaan barat bukan tiket untuk bebas sebebasnya.
Bukannya semua Rakyat Malaysia suka dengan budaya mengutuk dan mengeji walaupun sebenarnya mereka juga bukan menyokong Kerajaan. Di saat akhir menjelang Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) strategi parti politik sangat penting kerana silap strategi boleh memakan diri. Serangan yang keterlaluan boleh memusnahkan harapan kerana penentu kemenangan mana-mana parti politik bukan terletak pada ahli parti tetapi pada pengundi atas pagar.
Semuga semua ahli politik Malaysia menggunakan sosial media seperti Twitter, Facebook dan Google Hangout untuk berinteraksi dengan rakyat bagi menyelesaikan berbagai masalah rakyat. Jangan biarkan hanya Perdana Menteri sahaja bekerja untuk Rakyat sedangkan yang lain senyap sunyi tidak kreatif mengikut trend masakini.
108 Comments
Setuju dengan pandangan DH mengenai PM kita yg sentiasa berusaha berinteraksi dengan rakyat. Memang perkara tersebut patut dicontohi dah diikuti oleh segenap pemimpin lain ..
Curahan rasa anastasyea @ ..Dugaan Untuk Puan Bee
yang tak suka tu tak yah la nak keji2..konon baik, walhal duk keji tu apa kes.. haha
Curahan rasa Man @ ..Cabaran Tun Hussein Onn
sabar separuh dari iman. cayalah. =)
Negara akan dilanda musibah sekiranya pihak pembangkang berterusan begini.
Curahan rasa ismailrich @ ..SBP atau MRSM atau Sekolah Sukan ataupun Sekolah Seni?? – Buatlah Pilihan yang Bijak
Aku x minat campur Hal politik tetapi respek cara PM berinteraksi dengan segenap lapisan rakyat
Curahan rasa hatiputera @ ..Blog Popular
ya begitulah kalau dunia politik,,,,yang ada hanyalah kepentingan pribadi
Curahan rasa agen herbalife @ ..Agen Herbalife Tasikmalaya
keren sekali,,kalau serba tekhnologi jadi cepat sampai informasinya,,,
Curahan rasa ade sunandar @ ..Agen Herbalife Tasikmalaya
Biasa dalam politik cara pandangnya subjektif
Curahan rasa Dadan @ ..Harapanku Untuk PLN
Artinya kalau sudah subjektif, mau benar apalagi salah kalau datangnya dari lawan politik tetap saja dianggap salah
Curahan rasa Dadan @ ..Harapanku Untuk PLN
Sebaliknya kalau datangnya dari kawan, mau salah apalagi benar tetap dianggap benar
Curahan rasa Dadan @ ..Harapanku Untuk PLN
Ini bertentangan dengan sebuah hadits nabi saw; “lihatlah apa yang dikatakannya, jangan melihat orang yang mengatakannya”
Curahan rasa Dadan @ ..Harapanku Untuk PLN
Suka dgn bajet 2013..byk manfaat..
Budget 2013 agak friendly dan tidak menekan rakyat. Masih boleh diperbaiki lagi dgn pengurangan deficit.
Curahan rasa Rem @ ..Rahsia Kekayaan Berganda
Dato Seri Najib adalah pemimpin terbaik..dia telah banyak memberi kesenangan kepada rakyat.. Tetapi Najib sudah lupa Orang India yang kerja di estet hingga kni mnderita. Gaji rendah, kemudah sekolah, air dan jalan rya tidap lengkap Dato Seri..panjangkan umor danfikir jauh sikit, Undi sudah dekat.
Kejayaan pemimpin diukur dari sumbangan yang diberi kepada negara dan bangsa. Biarpun ada kesalahan kecil terjadi tapi keseluruhan nya PM berjaya memberi sumbangan yang besar kepada negara.
Curahan rasa Rem @ ..Rahsia Kekayaan Berganda
Dato Seri Najib adalah pemimpin terbaik..dia telah bnyak memberi kesenangan kepada rakyat..hidup umno hidup Dato Seri..smoga allah s.w.t pnjangkan umor dan murah rezki..assalamualaikum… 🙂
Teknologi sudah sedemikian maju dan merambah dunia politik dan pemerintahan begitu jauhnya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Lengkap Liga Champions Matchday 2, Kamis 4 Oktober 2012
Apa yang dilakukan DS Najib Razak adalah yang ketiga setelah Presiden Barack Obama, dan PM Australia Julia Gillard
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Lengkap Liga Champions Matchday 2, Kamis 4 Oktober 2012
Ini merupakan sebuah revolusi dalam dunia politik dan bahwa jarak, waktu dan hirarki kekuasaan memang semestinya tidak menghalangi rakyat untuk menyampaikan suaranya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Lengkap Liga Champions Matchday 2, Kamis 4 Oktober 2012
Hanya saja di dalam berinteraksi tetap harus dijaga agar bisa bertutur dengan santun
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Dirgahayu 67 Tahun TNI
DS Najib…pemimpin yang telah mengangkat Malaysia untuk menjadi negara yang lebih berkebajikan terhadap rakyatnya..I love u DS..
Curahan rasa zack @ ..Bagaimana Memujuk Hati…..SENDIRI
Comments are closed.