Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 2012 telah melabuhkan tirainya tersimpan dalam lipatan sejarah dan tidak akan kembali lagi. Apa juga prestasi yang dicapai sepanjang 2012 tidak boleh diubah lagi tetapi boleh dibawa ketahun 2013. Yang baik kita tambah baik dan yang kurang baik kita muhasabah diri.
Alhamdulillah 2012 tahun cemerlang untuk blog Denaihati tetapi semuanya tidak akan berhasil tanpa sokongan pembaca setia yang tidak bosan kunjung datang berkongsi idea.
2012 blog Denaihati telah melancarkan dua plugin untuk kemudahan Rakan Blogger.
1. Plugin Waktu Solat : Terbuka untuk semua Blogger WP dan Blogspot. Sehingga hari ini sudah lebih daripada 3000 Rakan Blogger telah memasang plugin ini di blog mereka.
2. Plugin Retweet Count : Plugin berfungsi mengira siapa di antara Rakan Blogger yang suka retweet entri blog. Buat masa ini pengguna plugin tidak terbuka untuk umum. Rakan Blogger perlu memohon untuk untuk menggunakan seperti yang telah dilakukan oleh Blogger INI dan INI. In shaa Allah 2013 plugin ini akan dibuka untuk semua .. akan diumumkan. Buat masa ini kepada yang berminat boleh memohon.
2012 blog Denaihati telah mencalonkan diri untuk Anugerah MSMW 2012 dan DiGi 2012. Kegagalan untuk anugerah DiGi 2012 tidak lansung melemahkan semangat tetapi menjadi motivasi untuk terus lebih kreatif berkarya. Alhamdulillah blog Denaihati telah berjaya dianugerahkan sebagai Best of The Best Blog of The Year 2012 oleh MSMW 2012. Anugerah ini telah mengubah jalan cerita blog Denaihati untuk menjadi yang terbaik daripada yang terbaik.
2012 juga tahun yang merungkai misteri DENAIHATI. Keputusan untuk mula mengambil tempahan iklan daripada syarikat besar secara tidak lansung mendedahkan siapa sebenarnya DENAIHATI. Acara pertama yang dihadiri adalah Test Drive HONDA Insight adalah detik permulaan segala-galanya. Iklan terbesar sehingga viral video DENAIHATI di dunia siber adalah Projek Ultrabook Toshiba Portege Z830. Alhamdulillah blog Denaihati telah menang tempat pertama untuk cabaran Toshiba walaupun terpaksa menunggu sehingga akhir tahun 2012 untuk dapat hadiahnya. Banyak lagi syarikat telah bekerjasama dengan blog Denaihati seperti logo yang telah disenaraikan di footer blog ini.
2012 blog Denaihati banyak menghidangkan entri kembara berdasarkan pengalaman pengembara ke Frankfurt, Prague, Vienna, Venice, Rome, London, Paris, Bangkok, Phonm Penh, Pekanbaru, Macau, Hong Kong dan Doha. Dari maklumat ramai pembaca yang suka sangat dengan entri travelog kerana ianya kisah benar. Blog khas kembara telah lama tersedia di SINI, in shaa Allah akan menjadi salah satu projek besar untuk 2013.
Banyak lagi kisah manis 2012 yang semua terjadi dengan izin Allah dan paling penting sokongan daripada keluarga dan team Denaihati. Terima kasih kepada Anarm, Eizil, Shahril juga kepada Jaws (semuga berjaya dalam dunia bisnis yang diuruskan) dan tidak lupa kepada Kak Jie, Ariff Shah, Abang Ensem, Azman Ishak, Kak Sweetkurma, Abang Khai dan semua Rakan Setia Denaihati lagi yang sentiasa sahaja ada bila perlu untuk membantu DENAIHATI. Tanpa kalian siapalah DENAIHATI tidak dapat diganti dengan semua hadiah, rewards, insentif dan gadget impian.
Kini kita sama-sama melangkah ke tahun 2013 dengan berbagai perancangan. Kepada Rakan BLogger yang belum ada perancangan waspada kerana “Fail to Plan, Plan to Fail“. Langkah pertama 2013 adalah permulaan seribu langkah menuju 31/12/2013. 2013 adalah tahun untuk bekerjasama dengan Rakan Blogger yang lebih berjaya untuk untuk membawa blog DENAIHATI kesatu peringkat yang lebih tinggi yang akhirnya akan membawa manafaat kepada seramai mungkin Rakan Blogger Baru dan Lama.
Semuga ALLAH SWT meredhai segala usaha.
Goodbye 2012, Welcome 2013
110 Comments
semoga 2013 membawa lebih byk kejayaan dan perubahan mentaliti kearah yg lebih maju dan efisien …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Teknologi IKS – Pengusaha Perabut
harapan semoga penglibatan bumiputra semakin rancak dalam sektor inovasi perniagaan …samada online atau offline …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Teknologi IKS – Pengusaha Perabut
semoga Malaysia terus aman damai dan diberkati Allah hendaknya …in shaa Allah
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Teknologi IKS – Pengusaha Perabut
selamat tahun baru bro.. semoga tahun ini akan memberi lebih banyak kejayaan buat bro dan kita semua..amin..
Curahan rasa boni kacak @ ..Cerita Lawak : Malam Tahun Baru 2013
Diawal tahun 2013 kita jadikan momen kearah yang lebih baik, berjuang lebih keras, karena persaingan blog akan lebih berat
Curahan rasa Suwono @ ..Herbalife untuk Orang Sakit
semoga tahun baru ini akan membuka lebih banyak peluang untuk kita lebih maju dan melangkah ke hadapan, insyaAllah 🙂
Curahan rasa khairil @ ..Suasana Pertembungan 3 Agama Di Baitul Maqdis Palestin (20 Gambar)
Marilah sama-sama kita berganding bahu, tenaga, masa, keadaan untuk terus ke destinasi yang dicari selama ini. Satu tahap yang memberi sinar harapan. Agar tahun 2013, lebih berjaya drps tahun-tahun yang lepas. Insha Allah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Tahun Baru 2013
Nampak jelas sebuah kejyaan memerlukan team sokongan yg hebat! terbaiklah…
Curahan rasa hafizmd @ ..Edisi Blogger:Ucapan Selamat Tahun Baru 2013
Ameen. Sama2 kita berdoa semoga kita diberkati dan diredhai Allah jua…
Curahan rasa hafizmd @ ..Edisi Blogger:Ucapan Selamat Tahun Baru 2013
Assalam, memang pengalamn di tahun 2012 yg tak dapat dilupakan.. memang sentiasa mengikut perkembangan DENAIHATI… Semoga DH akan terus berjaya…
Curahan rasa Noorikmal @ ..Bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) Dilaksanakan Pada Februari 2013
Mmg sebuah blog penuh manfaat utk semua…terbaiklah blog dh!
Curahan rasa hafizmd @ ..Edisi Blogger:Ucapan Selamat Tahun Baru 2013
insha-Allah, tahun baru akan berjalan dengan lebih baik lagi…
Curahan rasa Farid Adam @ ..Siaran Langsung – Wigan vs Manchester United
Datang sini nak mengucapkan Selamat Tahun baru 2013….semoga persahabatan kita kekal berkekalan
Curahan rasa Hanif @ ..Tahun Baru 2013 Di Melaka
terbaik 2012, semoga lebih baik lagi untuk 2013 🙂
Curahan rasa yangbaik @ ..Selamat Tahun Baru 2013
Semoga tahun 2013 memberi sinar yang lebih gemilang.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Wordless New Year | Welcome 2013
ahhaaaa…. yang paling best pasal travel.. kitorang semua tertunggu2 cerita DH.. heheheh
Curahan rasa KiD @ ..Insentif TOP COMMENTATOR blog shakiddo.com
Selamat datang harapan baru dan kejayaan yang lebih
kejayaan buat semua yang rajin berusaha.. In Sha Allah…
Curahan rasa KiD @ ..Insentif TOP COMMENTATOR blog shakiddo.com
Harapan agar blog DH akan bertambah suksess lagi.Saya sentiasa menyokong blog ini 🙂
Curahan rasa azman @ ..Sembang tahun baru 2013
Comments are closed.