Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 2012 telah melabuhkan tirainya tersimpan dalam lipatan sejarah dan tidak akan kembali lagi. Apa juga prestasi yang dicapai sepanjang 2012 tidak boleh diubah lagi tetapi boleh dibawa ketahun 2013. Yang baik kita tambah baik dan yang kurang baik kita muhasabah diri.
Alhamdulillah 2012 tahun cemerlang untuk blog Denaihati tetapi semuanya tidak akan berhasil tanpa sokongan pembaca setia yang tidak bosan kunjung datang berkongsi idea.
2012 blog Denaihati telah melancarkan dua plugin untuk kemudahan Rakan Blogger.
1. Plugin Waktu Solat : Terbuka untuk semua Blogger WP dan Blogspot. Sehingga hari ini sudah lebih daripada 3000 Rakan Blogger telah memasang plugin ini di blog mereka.
2. Plugin Retweet Count : Plugin berfungsi mengira siapa di antara Rakan Blogger yang suka retweet entri blog. Buat masa ini pengguna plugin tidak terbuka untuk umum. Rakan Blogger perlu memohon untuk untuk menggunakan seperti yang telah dilakukan oleh Blogger INI dan INI. In shaa Allah 2013 plugin ini akan dibuka untuk semua .. akan diumumkan. Buat masa ini kepada yang berminat boleh memohon.
2012 blog Denaihati telah mencalonkan diri untuk Anugerah MSMW 2012 dan DiGi 2012. Kegagalan untuk anugerah DiGi 2012 tidak lansung melemahkan semangat tetapi menjadi motivasi untuk terus lebih kreatif berkarya. Alhamdulillah blog Denaihati telah berjaya dianugerahkan sebagai Best of The Best Blog of The Year 2012 oleh MSMW 2012. Anugerah ini telah mengubah jalan cerita blog Denaihati untuk menjadi yang terbaik daripada yang terbaik.
2012 juga tahun yang merungkai misteri DENAIHATI. Keputusan untuk mula mengambil tempahan iklan daripada syarikat besar secara tidak lansung mendedahkan siapa sebenarnya DENAIHATI. Acara pertama yang dihadiri adalah Test Drive HONDA Insight adalah detik permulaan segala-galanya. Iklan terbesar sehingga viral video DENAIHATI di dunia siber adalah Projek Ultrabook Toshiba Portege Z830. Alhamdulillah blog Denaihati telah menang tempat pertama untuk cabaran Toshiba walaupun terpaksa menunggu sehingga akhir tahun 2012 untuk dapat hadiahnya. Banyak lagi syarikat telah bekerjasama dengan blog Denaihati seperti logo yang telah disenaraikan di footer blog ini.
2012 blog Denaihati banyak menghidangkan entri kembara berdasarkan pengalaman pengembara ke Frankfurt, Prague, Vienna, Venice, Rome, London, Paris, Bangkok, Phonm Penh, Pekanbaru, Macau, Hong Kong dan Doha. Dari maklumat ramai pembaca yang suka sangat dengan entri travelog kerana ianya kisah benar. Blog khas kembara telah lama tersedia di SINI, in shaa Allah akan menjadi salah satu projek besar untuk 2013.
Banyak lagi kisah manis 2012 yang semua terjadi dengan izin Allah dan paling penting sokongan daripada keluarga dan team Denaihati. Terima kasih kepada Anarm, Eizil, Shahril juga kepada Jaws (semuga berjaya dalam dunia bisnis yang diuruskan) dan tidak lupa kepada Kak Jie, Ariff Shah, Abang Ensem, Azman Ishak, Kak Sweetkurma, Abang Khai dan semua Rakan Setia Denaihati lagi yang sentiasa sahaja ada bila perlu untuk membantu DENAIHATI. Tanpa kalian siapalah DENAIHATI tidak dapat diganti dengan semua hadiah, rewards, insentif dan gadget impian.
Kini kita sama-sama melangkah ke tahun 2013 dengan berbagai perancangan. Kepada Rakan BLogger yang belum ada perancangan waspada kerana “Fail to Plan, Plan to Fail“. Langkah pertama 2013 adalah permulaan seribu langkah menuju 31/12/2013. 2013 adalah tahun untuk bekerjasama dengan Rakan Blogger yang lebih berjaya untuk untuk membawa blog DENAIHATI kesatu peringkat yang lebih tinggi yang akhirnya akan membawa manafaat kepada seramai mungkin Rakan Blogger Baru dan Lama.
Semuga ALLAH SWT meredhai segala usaha.
Goodbye 2012, Welcome 2013
110 Comments
InsyaAllah, mudah-mudahan tahun 2012 Denaihati akan terus cemerlang..
MJ pun ada target untuk blog, tp takpe plan dulu, mudah-mudahan tercapai 😀
Curahan rasa Myra Jay @ ..Potluck : Bila blogger bertemu
dipenghujung tahun 2012, DH penuh dengan kejutan/Surprise dan ditahun 2013 sesuatu yang baru menanti
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Melihat Mata Lebih Dekat Dan Keajaibannya
salam..
tahniah atas kejayaan sepanjang 2012
semoga lebih berjaya di tahun 2013
Curahan rasa Bro Zulkbo @ ..Senarai Model Telefon Yang Mendapat Rebat RM200 Telefon Pintar Belia – Budget 2013
Wah besarnya impian tuan Denaihati. Saya menyokong segala usaha yang tuan lakukan.
Curahan rasa Arrazi @ ..Gelaran Haji Bagi Orang Yang Menunaikan Haji
Selamat Tahun Baru 2013.
Semoga Denaihati.com makin jaya dan memberikan artikel yang berbobot buat para pembaca setia.
PnC Oto Shop
Curahan rasa PnC Oto Shop @ ..Lampu Rem Model F1
Selalu optimis menghadapi cabaran di masa datang
Curahan rasa Dawaihati @ ..Google Zeitgeist Tempat Berbagi Harapan Baru 2013
Selamat Tahun baru Bro…
Semoga 2013 lebih menjanjikan keceria utk kita semua
lebih diberkati dunia dan akhirat 🙂
Curahan rasa auc @ ..Tops 10 Blogger Bulan Disember 2012
Semoga keberkahan dan kebaikan akan kita dapatkan di tahun 2013 sahabat-sahabat semuanya.
Kebaikan di tahun 2012 ditingkatkan, keburukannya ditinggalkan.
Semoga harapan akan bisa dicapai dalam 2013 nantinya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tanda Gejala Penyakit Asma
selamat tahun baru DH. semoga lebih sukses lagi
Curahan rasa hairulafiz @ ..Selamat Tahun Baru 2013
Tahniah tuan DH utk kejayaan sepanjang tahun 2012. Semoga terus kekal komited dalam berkongsi manfaat bersama. Moga terus dimurahkan rezki dan sihat sejahtera…ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..Edisi Blogger:Ucapan Selamat Tahun Baru 2013
Selamat tahun baru 2013.
Setiap tahun follow cerita kat blog ni memang ada sahaja perubahan yang berlaku. tahun ni mesti ada perancangan untuk buat lebih banyak apps kan? Good luck bro. 😉
Curahan rasa Malaysia Coin @ ..Sejarah: Asal-usul nama Malaysia
Salam 2013. Semoga sukses slalu
Curahan rasa drsir @ ..Kadar Baru Bayaran Pasport Malaysia
saya pom dah terus beralih ke blog travel…ramai pembaca suka entry travel..tapi x kurg jugak feedback negatif yg saya terima dan ramai yg cemburu setip kali saya terbitkan entry travel saya…semoga tahun 2013 kita lagi cemerlang dr 2012..
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..The Best of 2012 – Travelog Faizal Fredley Sepanjang 2012
projek kembara 2013? heeeee marilah bekerjasama dgn sha 🙂
Comments are closed.