Assalamualaikum dan Salam Digital,
harini tim Denaihati bermusafir ke Muar, Johor untuk melihat sendiri kemeriahan karnival Ghazal@Muar yang bermula pada hari ini dan akan berakhir pada hari esok, Sabtu 8 April 2017. Karnival ini adalah anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) peringkat negeri Johor.
Pelbagai aktiviti disediakan untuk para pengunjung. Antara aktiviti utama adalah seperti butiran berikut
Sepanjang hari ini, berlangsung banyak aktiviti di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor ini. Pelbagai gerai menjual pakaian, makanan, kasut, hasil seni, buah-buahan dan pelbagai lagi turut berada dalam karnival kali ini. Untuk kanak-kanak, ada juga tapak permainan yang disediakan.
Memang meriah suasana di Dataran Tanjung Emas. Para tetamu turut dapat menikmati persembahan ghazal daripada kumpulan kesenian yang mendendangkan pelbagai jenis lagu dan irama ghazal. Memang menyeronokkan.
Kepada semua yang berada di sekitar daerah Muar, jemput untuk hadir pada hari esok, Sabtu 8hb April. Acara akan bermula pada jam 8.00 pagi. Boleh bawa keluarga anda bersama-sama untuk pelbagai aktiviti yang disediakan.
38 Comments
best la orang johor boleh main dam besar mcam tu.. bila lagi kan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Taman Tema Di Malaysia
wah program yang menarik, irama ghazal terkenal di kalangan orang johor kan. dam haji gergasi pun ada
Curahan rasa raihanah @ ..Kesan Dialisis Bagi Penyakit Buah Pinggang Kronik CKD
Lepas sudah tarikhnya… Dulu duduk melaka suka jalan2 di muar mesti dah singgah ke karnival tersebut…
tak tahu pula ada karnival ni.dah terlepas tarikh. kesenian ghazal ni untuk memartabatkan melayu johor. ghazal terkenal di tanah johor suatu ketika, moga ia berterusan.
JanjiKita
Ghazal ni memang kuat pengaruh dari belah padang pasir tu
.
Masa zaman dinasti islam, di bawa ke nusantara
.
Sekarang ni mungkin dah tak mainstream
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Set Kehamilan Shaklee Untuk Ibu Mengandung Bijak 2017
sejarah asalnya dari sana kot, bila dah masuk tanah melayu, diubah ikut citarasa orang kita.
Curahan rasa Denaihati @ ..Zarul Husin memang best dalam Cik Serba Tahu
Walaupun anak jati Kedah, tetap sukakan irama ghazal. Mengasyikkan irama gambus yang dimainkan.
Curahan rasa cikpinz @ ..Pameran Artifak Rasulullah SAW di Muzium Negeri Kedah
Irama Ghazal memang mengasyikkan..
Malah hingga ke hari ini..
Ghazal menjadi satu trademark orang Johor..
Oh ya..
adik saya ada bekerja di Johor
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik
Saya suka Ghazal kerana petikan gambusnya. Petikan gambus kepada saya cukup ‘berhantu’. Seperti sihir yang boleh menguasai fikiran dan jiwa seseorang.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Jom Bisnes Air Balang Pada Ramadan Ini Dan Jana Keuntungan RM7,000!
alamak..nama je orang johor, tapi tak tahu pun ada karnival ghazal nie. moga ghazal tak pupus dan terus segar untuk tahun-tahun mendatang.
Curahan rasa Oja Samid @ ..8 Kebaikan Detoks Kita Kena Tahu Kalau Mahu Badan Sihat
apalah orang Johor…heee. harapnya gitulah ghazal dan lain-lain tak tenggelam masa akan datang,
Curahan rasa Denaihati @ ..Kesusahan atau bencana adalah disebabkan apa yang kita lakukan
wah tak tahu la plak kg saya ada buat event ghazal kat sini.. mesti meriah dengan ghazal yang sedap… teringat kisah lama..
Curahan rasa Bahrain @ ..Review Movie The Baby Boss Yang Comel
Masa belajar dekat Johor dulu rajin juga join aktiviti kesenian.. tapi bukan sebagai peserta.. cuma jadi penonton dan ajk penganjur jer..
Curahan rasa anuar @ ..Kos Repair Bamper kereta Nissan Sylphy. Murah ke?
Sekarang ni dah lama tak pergi ke Johor.. semuanya hanya tinggal kenangan sahaja..
Curahan rasa anuar @ ..Kos Repair Bamper kereta Nissan Sylphy. Murah ke?
Masa dekat Johor dulu suka tengok orang menari Zapin, kompang, ghazal, marhaban dll..
Curahan rasa anuar @ ..Kos Repair Bamper kereta Nissan Sylphy. Murah ke?
kat Johor boleh kata memang banyak lagi aktiviti kesenian masih ada, adalah pelapis.
Curahan rasa Denaihati @ ..Penjelasan Tuan Guru Hj Hadi maksud pindaan Akta 355
Kalau tak ada komitmen kerja boleh la singgah , tapi apa kan daya tak ada rezeki nak ke sana dan jumpa blogger-blogger hebat ni
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Bagaimana Hendak Menjadi ” Good Leader “
Irama Ghazal sangat menarik…
sedap didengar dan menusuk kalbu..
terbaik semuanya..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Portal Senarai Kerja Kosong Terkini
Kak Ramlah Ram orang Johor rupanya, berbanggalah rakyat Johor ada artis irama Malaysia di sini 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Soalan Temuduga Penguasa Kastam
tengok persipan tu memang menarik, pasti meriah.
masa sek sy penari zapin, mmg jatuh hati dgn irama zapin ni. tp dah tua2 ni x dgr lagu cukup a…hihiihihi
Curahan rasa seri @ ..5 Perkara Wajib Buat Ketika Keputihan Semasa Hamil
Penari Zapin jugak rupanya puan Seri kita ni..
Baru tahu.. hehehe..
Curahan rasa anuar @ ..Kos Repair Bamper kereta Nissan Sylphy. Murah ke?
wah ada bekas penari zapin kat sini rupanya, sekarang kira boleh jadi exerxise kat rumah lah….
Curahan rasa Denaihati @ ..Misteri perempuan berkereta MPV Honda merah
Comments are closed.