Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap tahun pasti ada fenomena gerhana bulan dan untuk 2015 pada 4/4/2015 bermula jam 5.01 pm akan berlaku sekali lagi fenomena gerhana bulan penuh di Malaysia. Fenomena tersebut bermula pada 5.01 petang, iaitu bulan memasuki bayang-bayang penumbra. Kemuncak gerhana berlaku pada 8 malam dan fenomena itu berakhir pada 10.59 malam, iaitu bulan keluar dari bayang-bayang penumbra. Murut ANGKASA fenomena gerhana bulan penuh pada 4 April ini, satu-satunya gerhana bulan yang dapat dilihat di Malaysia pada tahun 2015.
Aku telah menyaksikan banyak fenomena gerhana bulan separa, gerhana bulan penuh dan gerhana bulan berdarah sebelum ini yang telah dikongsikan dalam entri-entri sebelum ini. Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabda Rasulullah SAW :
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).
Apabila terjadi gerhana bulan, umat Islam disunatkan mengerjakan solat sunat gerhana bulan atau solat kusuf sebanyak dua rakaat, dan sunat pula dikerjakan secara berjemaah. Waktu mengerjakan solat kusuf adalah sejak bulan mula gerhana sehingga terang semula sepenuhnya. Sekiranya bulan terbenam dalam keadaan masih gerhana, masa solat kusuf habis dengan terbenamnya itu. Boleh juga saksikan cara solat sunat gerhana di video solat sunat gerhana bulan.
Kita hamba yang Maha Kerdil. Semuga kita menjadi hamba ALLAH yang sentiasa ingat kepada ALLAH setiap masa. Selamat beramal.
83 Comments
sayang saya terlewat tadi malam, jadi nyesel, kalau ada lagi mau lihat jangan sampai terlewat
Curahan rasa Andi @ ..6 Health benefits of laughing
Setiap kejadian berkaitan cekrawala seperti Gerhana Bulan Penuh banyak terselindung rahsia tanda kebesaran Allah Taala. Kita sebagai hambanya wajib percaya dan perlu insaf dan terus beramal dan membuat terbaik agar kita mendapat rahmatnya di dunia dan akhirat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Helikopter Terhempas Di Semenyih, 6 Terkorban
Tak nampak pun gerhana bulan semalam.. Tapi seronok dapat solat sunat gerhana bulan..
Curahan rasa ReeN @ ..Kehamilan Luar Rahim | Simptom dan Kesannya
serius saya nak tgk gerhana ni, tp x sempat sebab saya menyertai majlis preview BESTMobile dengan kawan kawan, tp bersyukur juga sebab ada blogger yang rajin tangkap gambar gerhana bulan ni, tp tu la, kalau dapat lihat dengan mata sendiri lebih best, dah la dalam tahun ni sekali ni jer dapat tgk, rugi saya
Curahan rasa BESTMobile Telco Malaysia @ ..Saya Tiada Smartphone Untuk Sertai BESTMobile
Gerhana bulan ni lebih baik kita banyakkan istiqfar, semoga kita dipanjangkan umur untuk terus bertaubat
masukkan dalam kalendar tahun ini untuk buat solat sunat gerhana bulan.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan
Subhanaallah. Tapi tadi tak sempat tengok asyik duk tengok news helicopter crashed :-/
Curahan rasa Mrs. A @ ..Happy Birthday To You All
gerhana bulan total nampak sekitar pukul 18.30 WIB. di cilacap jawa tengah Indonesia
Allah beri peluang utk kita tgk kebesaran dia. Bukan selalu ni. Kena ambil kesempatan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Punca Bateri Smartphone Cepat Habis
kalau cuaca baik malam ni memang akan nampak fenomena gerhana bulan penuh ni… 😀
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Film Review – Fast & Furious 7
Allah maha besar kuasaNya.sebagai hambaNya yang kerdil ini,marilah sama2 kita beramal dah beribadat agar kita mendapat hidayah dariNya.Amin.
Semoga dpt menambahkan keimanan … ketaqwaan kita dgn melihat kebesaran Allah swt biiznillah
ini peluang terbaik untuk meyaksikan kejadian alam..memang best la macam nie.
Curahan rasa Hero Borneo @ ..3 Panduan Merangsang Pemikiran Positif
Harap cuaca baik hari ini. Ada hasrat hendak merakam gerhana bulan dengan kamera.
Curahan rasa akubiomed @ ..Gelang pintar Xiaomi Mi Band teman kesihatan peribadi
InsyaAllah. Sama. Nak ambil gambar juga harapnya. Mohon tak hujan.
Curahan rasa arnamee @ ..Al-Quran, kita & kesibukan
harap2 tak terlupa petang/malam nanti..sesuatu yg wajar jadi pengajaran utk kita semua tentang kebesaran yg Maha Pencipta.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Jalan-jalan ke Night Safari Singapore
Comments are closed.