Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah cuaca sangat baik untuk kita menyaksikan fenomena gerhana bulan berdarah bermula jam 7 pm sehingga 9.33 pm yang berlaku pada 8/10/2014. Menyaksikan satu lagi tanda kebesaran ALLAH yang mentadbir alam semesta menimbulkan rasa kerdilnya diri kita sebagai hamba Nya.
Fenomena gerhana bulan selalu dikaitan dengan berbagai misteri alam sehinggalah kejadian bencana alam. Banyak kejadian aneh dan bencana alam yang sudah berlaku pada gerhana bulan yang sebelum ini. Adakah ianya hanya suatu kebetulan atau suatu petanda hanya ALLAH sahaja yang mengetahui. Sebagai hamba-Nya kita mesti yakin segala kejadian adalah bukti kekuasaan ALLAH bukan jin atau syaitan seperti mitos tertentu.
Seorang teman yang berada di Mekah telah mengirim whatsapp :
“9.33 pm waktu Malaysia bersamaan 4.33 pm waktu Mekah tamatnya gerhana bulan di Malaysia. Pada jam 4.30 pm ni tadi guruh sangat kuat. Adakah ada apa-apa yg akan blaku? Wallahua’lam!”
Fenomena gerhana bulan dan gerhana matahari memang ada disebut dalam Al Quran sebagai tanda kebesaran ALLAH. Umat Islam disunatkan untuk solat sunat kusuf setiap kali berlaku gerhana bulan dan matahari sebagai tanda ketaqwaan kita kepada ALLAH. Bila kita renung bulan dan matahari di langit pasti terasa terlalu kerdil diri ibarat debu-debu berterbangan yang tidak akan dilihat sesiapa melainkan ALLAH. Manusia yang lupa pada Tuhan tidak pernah akan merasa diri mereka kerdil tetapi sentiasa memaparkan keegoan, kesombongan dan keangkuhan.
Adakah fenomena gerhana bulan berdarah tanda bahawa dunia ini sudah terlalu tua?
Dan adakah ia sebagai peringatan Allah kepada kita tentang akhir zaman?
442 Comments
merah macam darah, tapi ia sebenarnya salah satu daripada tanda tanda kekuasaan Allah.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Sunnah Yang Mana Satu Untuk Diutamakan?
subahannAllah. merahnyee bulan tu.
fenomena alam yang sangat mengagumkan kan
indahhhh sgt sgt
Curahan rasa Leyha @ ..Pengedar Shaklee Wangsa Maju : Selamat Tahun Baru
tahun ini ada banyak juga fenomena alam yang berlaku…itu semua keajaiban alam kuasa ciptaan yang Maha Kuasa
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Jom Aktifkan Mykad
Hanya Allah yang mengetahui hal-hal yang ghaib semoga tak ada yang terperososk ke bid”ah dan khurafat dengan hal ini
Curahan rasa Abdullah @ ..Islam Agama yang Sempurna (Bagian 7: Islam dan Politik)
masa tu, satu lagi fenomena di mana planet Uranus boleh dilihat dengan mata kasar.. ya allah
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Betul ke? Menarik tu! Saya tak sempat nak tengok fenomena gerhana bulan berdarah ni haritu.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
saya pun tak tengok sebab time tu hujan so tak nampak lindung dgn awan
Ye ke? Tak nampak pulak ada yang konsikan gambar uranus tuh? Nak tengok jugak camaner rupanya..
aah tak nampk gak gambar uranus.
nak gak tgk uranus. subannAllah indahnye ciptaan Allah s.w.t
Curahan rasa Leyha @ ..Pengedar Shaklee Wangsa Maju : Selamat Tahun Baru
Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 15 April tahun ini. next year bila?
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
kapan terjadi hanya Allah yang Maha Tahu semuanya semoga selalu menjadi pengajaran bagi kita semua
Curahan rasa Abdullah @ ..Islam Agama yang Sempurna (Bagian 7: Islam dan Politik)
iye hal yang ghaib di dunia ini hanyalah Allah SWT yang tahu yang lain tidak ada yang tahu
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Tips Bersabar [1]
tu la bila la pasni kan. hebat kekuasaan Allah.
kagum dan sgt indah ciptaannya. MasyaAllah
Curahan rasa Leyha @ ..Pengedar Shaklee Wangsa Maju : Selamat Tahun Baru
Kekuasaan Allah SWT semoga kita tidak terjerumus dari hal-hal yang tatayyur atau khurafat yang sering dilakukan orang bila terjadi gerhana seperti ini
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Tips Bersabar [1]
Comments are closed.