Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap tahun pasti ada fenomena gerhana bulan dan untuk 2015 pada 4/4/2015 bermula jam 5.01 pm akan berlaku sekali lagi fenomena gerhana bulan penuh di Malaysia. Fenomena tersebut bermula pada 5.01 petang, iaitu bulan memasuki bayang-bayang penumbra. Kemuncak gerhana berlaku pada 8 malam dan fenomena itu berakhir pada 10.59 malam, iaitu bulan keluar dari bayang-bayang penumbra. Murut ANGKASA fenomena gerhana bulan penuh pada 4 April ini, satu-satunya gerhana bulan yang dapat dilihat di Malaysia pada tahun 2015.
Aku telah menyaksikan banyak fenomena gerhana bulan separa, gerhana bulan penuh dan gerhana bulan berdarah sebelum ini yang telah dikongsikan dalam entri-entri sebelum ini. Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabda Rasulullah SAW :
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).
Apabila terjadi gerhana bulan, umat Islam disunatkan mengerjakan solat sunat gerhana bulan atau solat kusuf sebanyak dua rakaat, dan sunat pula dikerjakan secara berjemaah. Waktu mengerjakan solat kusuf adalah sejak bulan mula gerhana sehingga terang semula sepenuhnya. Sekiranya bulan terbenam dalam keadaan masih gerhana, masa solat kusuf habis dengan terbenamnya itu. Boleh juga saksikan cara solat sunat gerhana di video solat sunat gerhana bulan.
Kita hamba yang Maha Kerdil. Semuga kita menjadi hamba ALLAH yang sentiasa ingat kepada ALLAH setiap masa. Selamat beramal.
83 Comments
Bukti kebesaran Allah Swt…yang patut menjadi renungan kita semua..
Curahan rasa Sepatu Kets @ ..Sepatu Kerja Pria Model Terbaru tahun 2015 MP 091
Menyaksikan fenomena ini dengan rasa syukur di atas setiap aturan ilahi dan kebesarannya mampu mengadakan sesuatu dan meniadakan sesuatu. Fenomena ini bukti keagungan Allah S.W.T. Mudah-mudahan kita berfikir.
Curahan rasa Inspirasi Huda @ ..Promosi Shaklee April 2015
tak sempat nak tengok bulan..hehehe..leka berborak-borak dengan membe bila balik kampung..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Official Apple Malaysia Prices After GST
Saya dah tunggu nak tengok tetapi dilindungi oleh awan. Mungkin Allah tidak izinkan untuk lihat gerhana bulan penuh ini
Curahan rasa profhariz @ ..Dijemput Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ?
memang ada menyaksikan kejadian ini..cuma tak ada peluang ambik gambar..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..3 Panduan Merangsang Pemikiran Positif
Alangkah ruginya. Kenapa tuan tidak sempat? Lainkali pastikan kamera bersama ya. Untuk kongsikan dengan ramai orang yang tak dapat tengok ni
Ada tengok Bulan tapi tak perasan itu gerhana bulan .. ruginya tidak ambil gambar waktu itu
Subhanallah..
Tapi Aya x dapat lihat.. terlupa..huhuhu
Mesti seronok kalau dapat tengok gerhana ni..
Curahan rasa Aya @ ..10 Soalan Tentang Kerjaya Doktor Pelatih
semoga terus diberi kesempatan utk tgk fenomena gerhana lepas ni. selalu tak sempat nak tgk..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Harga Pos Laju Selepas GST
InshaAllah. Semoga Allah rezekikan saya tuan dan semua orang untuk melihat kebesaranNYA
Curahan rasa profhariz @ ..Dijemput Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ?
Alhamdulillah,dapat menyaksikan Gerhana Bulan Semalam,cuma tak sempat untuk merakam kannya..tetapi akan di ingati sampai bila-bila 🙂
Curahan rasa ohpilihanku @ ..TUTORIAL REKA APLIKASI PLAYSTORE
MashaAllah. Cuba kongsi sedikit pengalaman tuan dengan kami yang tidak berkesempatan ini?
Curahan rasa profhariz @ ..Dijemput Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ?
Alhamdulillah smalam dapat juga tengok gerhana bulan ni di area lahad datu, sabah
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Contest petua dan herba Kongsibersamanora
MashaAllah cuba kongsikan pengalaman tuan dengan kami yang tak berkesempatan ini?
Curahan rasa profhariz @ ..Dijemput Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ?
Ko ke Indonesia ga ada ya? Atau mungkin cuaca sedang mendung jadi tidak terlihat gerhananya …
Curahan rasa InfoMenarik.NET @ ..Cara Membuat Efek Asap Di Photoshop
Cuaca mendung memang dapat lihat awan sajalah. Apa boleh buat? Pasrah sajalah.
Curahan rasa profhariz @ ..Dijemput Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ?
saya x sempat tengok smalam..bz dengan kenduri kwain..ruginye ..tgk gmbr jee la..
Curahan rasa Pakej Umrah @ ..Pakej Umrah 2015
tak sempat tengok tpi kawan ada amik gmbr. subhanallah. salah satu bukti kebesaran Allah. 🙂
Subhanallah walhamdulillah wala ilahaillahwallahuakhbar….Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang disembah selain Allah…
Curahan rasa KERJA TERKINI @ ..PELUANG KERJAYA COURTS MALAYSIA
Alhamdulillah, diberi kesempatan melihat gerhana bulan, sebagai salah satu tanda kebesaran Allah Taala, semalam
Curahan rasa myliferia @ ..Cara Mudah Bercerai Susu Dengan Anak
Bertuah siapa yg dpt tgk. Fenomena ni bukan berlaku setiap hari. Saya tak berkesempatan nak tgk
Curahan rasa nikkhazami @ ..Harga Pos Laju Selepas GST
Comments are closed.