Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, enam individu antaranya pengarah dan pengurus besar syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva (M) Sdn. Bhd. mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 913 pertuduhan pengubahan wang haram dan 10 pertuduhan menerima deposit tanpa lesen melibatkan urus niaga bernilai hampir RM5.5 bilion, dua tahun lalu. (27/9/13)
Emas memanglah salah satu sumber menambah pendapatan seperti telah diterangkan dalam entri sebelum ini “Emas dan Perak Sumber Pendapatan Sampingan“. Terbaru pakar ekonomi menjangkakan harga emas akan melangkaui USD2000 atau RM6,158 se ounce dalam tempoh dua tahun. Memanglah sangat menarik untuk berinvestasi dengan emas.
Pada tahun 2005 aku telah didatangan oleh seorang teman yang mengajak untuk berinvestasi emas. Oleh kerana belum pernah mencuba jadi aku mengambil peluang yang diberi. Mengikut cerita sahabat tersebut pelaburan emas tersebut mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM). Dengan modal RM10,000 aku mendapat empat jongkong emas dengan pulangan 3% sebulan. Selepas 4 kali aku mendapat pulangan 3% sebulan syarikat tersebut telah diserbu oleh BNM kerana tidak mengikut peraturan perniagaan yang telah ditetapkan oleh BNM. Sehingga sekarang tak tahu apa jadi pada syarikat tersebut dan aku menghadapi masalah untuk mendapat modal semula kerana ketika join dulu empat jongkong emas yang aku dapat dinilai melebihi nilai harga pasaran. Ketika itu kalau nak jual balik hanya dapat RM3500 sahaja.
Selepas peristiwa tersebut banyak lagi syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh BNM dan harta syarikat dibekukan antaranya Golden Bright Sdn Bhd. Yang terbaru adalah Genneva Malaysia Sdn Bhd bersama dengan tiga syarikat yang lain.
Aku juga telah didatang beberapa orang kawan yang menawarkan peluang pelaburan emas syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd tetapi tidak tertarik atas sebab
1. Menggunakan nama Bank Negara Malaysia secara berlebih-lebihan.
2. Mana-mana syarikat yang berdaftar di Malaysia yang memberi pulangan pelaburan bulanan pasti akan diambil tindakan oleh BNM samada cepat atau lambat.
3. Jongkong emas yang diberi dinilai pada harga yang terlalu mahal melebihi harga pasaran dan dibeli balik pada harga yang terlalu rendah seperti ada unsur cekek darah. Contohnya kalau harga emas dipasaran 1 gram RM185 tetapi dinilai oleh syarikat sehingga RM250 dan beli balik pada harga RM145.
Sekarang ini ramai pelabur Genneva Malaysia Sdn Bhd yang mengeluh kerugian kerana kehilangan sumber pendapatan katanya. Aku dapat tahu ada pelabur emas bukan sahaja di Genneva Malaysia Sdn Bhd yang berhenti kerja dan tidak buat aktiviti lain untuk menjana pendapatan setelah mendapat pulangan bulanan daripada pelaburan emas yang mereka sertai.
Berhenti kerja dan mengharap seratus peratus pulangan daripada pelaburan emas adalah konsep yang salah. Pelaburan emas adalah salah satu cara mendapat pendapatan sampingan. Seandainya kita telah mendapat pulangan walau sebanyak dan sebesar mana pun … kita mesti berusaha mencari pendapatan daripada sumber-sumber yang lain. Bukankah mendapat income dari berbagai sumber itu lebih baik daripada mengharap hanya daripada satu sumber. Pelaburan pasti ada risikonya jadi jangan mengharap seratus peratus daripada satu pelaburan.
Sepatutnya dengan pulangan lumayan yang diperolehi daripada pelaburan emas tersebut boleh digunakan untuk menjana pendapatan lain. Contohnya seorang teman telah menggunakan hasil pendapatan untuk membeli emas fizikal yang kemudian diletakkan di Ar Rahnu, Bank Rakyat. Ada rakan lain yang menggunakan keuntungan untuk jual beli saham di BSKL. Ada juga yang membeli property untuk disewakan tapi jangan pulak beli property super mahal sebab susah nak disewa atau dijual balik.
Kalau bijak memang boleh kita kembangkan keuntungan pelaburan dan bolehlah bersara awal seperti Blogger Ini atau Blogger ini yang ada berbagai sumber pendapatan.
Ingat kata-kata orang tua “Dengar guruh di langit, Air di tempayan dibuang jangan”. Apa sahaja pelaburan sekecil mana pasti ada risikonya dan kita perlu bersedia apabila menjejaki kaki dalam dunia pelaburan. Jangan takut untuk melabur tetapi mesti melabur ikut kemampuan risiko.
143 Comments
Itulah pentingnya kita mengenali consultant tersebut & latarbelakang compony tersebut. Saya baru tahu emas sekalipun masih ada grednya….harga pun lain-lain.
teringat kisah bakul dan telur …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Free Forex Systems and Expert Advisors
pelaburan emas memang ada bagusnya tapi kena pandai la pilih channel kan.hmmm
Curahan rasa arelan @ ..WeDDiNg oF tHe YeaR
Setakat ini saya buat pelaburandengan unti teras sahaja dengan mengunakan pengeluaran akaun 1 kwsp.
Curahan rasa akubiomed @ ..Pelancaran Z800 dan Ninja 250 baharu oleh Kawasaki Malaysia.
Kalau ikut logik harga ditawarkan memang boleh dipertikai sebab jauh beza dengan nilai pasaran
Curahan rasa SR @ ..Pelancaran Kawasaki Ninja 250R 2013 & Kawasaki Z800 2013
Emas sekarang menjadi alternatif untuk jadi invest di masa mendatang
Curahan rasa Kompilasi Pena @ ..Jenis Penyakit Jantung
tu la. aku dah takot. xseberani org lain. pulangan bulanan memang best. p kan..
Curahan rasa Jundullah Osman @ ..Mufti Perancis Kecek Kelate
belum terniat nak mencuba…
Curahan rasa Nana @ ..Ratusan Peminat Ucap Selamat Buat Bachchan
Banyak lagi syarikat-syarikat yang menawarkan pulangan bulanan yang giat beroperasi, pelaburan atas nama pelbagai perniagaan. Tapi dengar cerita, BNM memang tidak akan meluluskan syarikat yang menawarkan pulangan pelaburan bulanan, memang macam tu ke ya?
Curahan rasa Eizil @ ..Kisah bekerja sendiri yang jarang diceritakan.
Kalau return itu sangat tinggi, kenalah berhati-hati
Curahan rasa alantanblog @ ..Rich Dad Poor Dad Now A Bankrupt Dad| Robert Kiyosaki Files for a Corporate Bankruptcy
Kenaikan harga logam mulia (emas) cenderung melambat ketika kondisi ekonomi stabil. Ketika terjadi krisis ekonomi seperti saat ini, harga emas akan naik dengan pesat. Kenapa demikian? Karena pada saat terjadi kondisi ekonomi yang tidak jelas, para investor cenderung menempatkan dananya di instrumen investasi yang aman. Logam mulia (emas) dinilai sebagai instrumen investasi yang aman.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Loe Gue End | Kisah Pergaulan Anak Muda Kalangan Atas
Investasi emas idealnya untuk jangka waktu minimal satu tahun. Kurang dari satu tahun investasi ini umumnya kurang optimal karena ada perbedaan antara harga beli dan harga jualnya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Loe Gue End | Kisah Pergaulan Anak Muda Kalangan Atas
Wah… duit punya pasal la nie…
Curahan rasa farid108 @ ..Maklumat Daripada Parlimen Lebih Tepat (LIVE)
kasihan juga tgk yang mungkin belum dapat pulangan selepas keluarkan modal yg besar..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Gila..!! Macam Mana Kereta Ni Boleh Parking Di Luar Balkoni Apartment Tingkat Tiga Ni..??
Hehe..ilmu cetek, baik lupakan jer niat nak main saham ni..hehe…
Curahan rasa Hafizul @ ..Sambungan Review Buku ‘ Blog + Google Adsense = Duit ‘
menakutkan ek…kesian juga tgok mereka…
Curahan rasa Nana @ ..Ratusan Peminat Ucap Selamat Buat Bachchan
emas boleh buat kita kaya dangan emas juga boleh buat kita merana
ya..harap2 tiada la yg terkena lagi kan..
Curahan rasa LOLA KE NIE? @ ..Gila..!! Macam Mana Kereta Ni Boleh Parking Di Luar Balkoni Apartment Tingkat Tiga Ni..??
Yup betul tuh brother
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Penyakit Malaria
Lepas nie kena ingat mengigati lah.. yg tahu beritahu pada yag x tahu.. supaya xde org yg terinaya,
Curahan rasa Travel Website™ @ ..Alternatives for Business Travelers
Terima kasih berkongsikan pengalaman. Diharap dapat memberikan serba sedikit panduan kepada pembaca dan rakan2 sekalain.
Memang tidak disangkal lagi, dalam apa juga bentuk pelaburan termasuk perniagaan mempunyai risiko tersendiri. Orang lama pernah mengatakan “jika tidak ada risiko bukan berniaga namanya”….
Pentingnya kita membuat siasatan dan kajian terperinci jika benar2 ingin berkecimpungan. Dan perkongsian sebegini bukan sekadar iktibar malah buleh membuka minda readers dalam mencari alternatif dan rujukan sebelum sebarang perlaksanaan/persetujuan. Thks DH…
Curahan rasa irsah @ ..Google Menipu Pengguna Yang Menggunakan Teknik SEO?
setiap pelaburan mesti ada resikonya, tp kena lah kaji selidik dahulu sebelum melabur…
Curahan rasa Travel Website™ @ ..All You Need to Know About Travel Humidors
Comments are closed.