Blogger Sahabat Bukan Masa Senang Sahaja

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kalau mengikut Archives entri pertama yang aku tulis pada 13/7/2008 jam 18.22 pm. (Ni bestnya ada Archives kat blog .. kauorang ada?) Aku sendiri pun pelik kenapa aku pilih tajuk tersebut untuk entri pertama. Ketika itu aku masih lagi menggunakan platform blogspot. Blog Denaihati bukanlah blog pertama kerana sebelum tu aku dah ada beberapa blog peribadi yang masih ada sehingga sekarang tapi dah tak beberapa nak aktif.

Ada yang tanya macam mana aku boleh berubah dari Blogspot ke WordPress. Aku macam Blogger Ini juga ada bermacam-macam fikir untuk berubah ke WordPress … takut trafik jatuh lah … takut Page Rank hilang lah … takut Alexa Ranking kaput lah … dan macam-macam takut. Sebenarnya aku berubah ke WordPress kerana terpaksa rela. Pada akhir 2009 aku dah buat keputusan nak beli domain + hosting sendiri. Dengan bantuan Blogger Super Mom Ini maka aku telah diperkenalkan kepada web hosting terbaik Malaysia Serverfreak. Bila aku dah bayar baru tahu Serverfreak hanya handle blog WordPress je … kah kah kah … apa pilihan aku selain pejam mata hijrahlah dari Blogspot ke WordPress. Bagusnya semua proses hijrah sehingga setup blog wordpress baru Denaihati diuruskan oleh Serverfreak. Peeehhh memang legalah kalau tak siapa lah nak buat sebab masa tu aku tak kenal pun dengan Blogger Hebat Ini.

Seperti yand dijangka trafik blog jatuh, alexa ranking kaput dan paling tak syok Page Rank jadi zero. Tapi tapi tapi … semua tu hanya sebentar sahaja. Page Rank yang sebelum tu PR3 naik jadi PR4 sehinggalah sekarang … trafik yang dulu tak sampai 1k sekarang dah .. tengok lah sendiri kat sini. Jadi kepada Blogger hebat jangan risau nak berubah dari Blogspot ke WordPress melainkan kalau kauorang tergolong dalam 53 Blogger Wanita Jelita Malaysia yang tak perlu beli domain dan hosting sendiri tapi masih terkenal seantaro dunio.

Apa pulak aku dah merepek ni ..sebenarnya nak cerita lain. Apa yang sebenarnya aku nak tulis semenjak 13/7/2008 aku dah kenal ramai Blogger walaupun tak pernah jumpa. Aku dan Ariffshah mengambil masa bertahun-tahun untuk berjumpa secara bersemuka itu pun secara tak sengaja di Alamanda, Putrajaya. Bestnya bersahabat dengan Rakan Blogger ini bukan masa senang sahaja. 3-4 hari je blog Denaihati tak update entri baru pasti ramai yang akan DM dan email tanya khabar … tanya tak sihat ke … ada masalah ke? Memang terharulah rasa HATI ini.

Atas sebab kehebatan Rakan Blogger yang setia bersama selalu aku fikirkan bagaimana nak balas jasa dan kebaikan semua. Alhamdulillah baru-baru ini kita telah berjaya menganjurkan WordPress Private Training peringkat tinggi dengan yuran penyertaan yang sangat special. Biasa kalau WP private training ni kita kenakan bayaran RM250 tapi yang ini separuh pun tak.

Rakan Blogger Denaihati

Semuga Blogger Cikgu yang bukan Cikgu, Blogger Emas tapi bukan Genneva, Blogger Anak Dara, Blogger Tertinggal Lap Top, Blogger ni Ensem ke? dan Blogger Banyak Tanya mendapat manafaat daripada Sifu WordPress. Sebagai tanda terima kasih semua telah di masukan sebagai admin di FB Fanpage Denaihati Network. InsyaAllah ramai lagi akan dipilih untuk join dan berkongsi ilmu bermanafaat di Fanpage DHN (kalau kongsi yang majoriti tak suka maaf lah kalau kena tendang).

InsyaAllah di masa akan datang Denaihati Network akan berkongsi berbagai ilmu lain dengan Sifu-Sifu hebat yang lain antaranya ilmu Pelaburan Emas, Pelaburan BSKL, Asas Keluarga Bahagia untuk pasangan baru berkahwin dan macam-macam lagi aktiviti untuk kita jadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Kalau ada rezeki mana tahu boleh buat Blog TV khas untuk cerita aktiviti Blogger Nusantara.

Rakan Blogger pun boleh bagi cadangan apa sahaja aktiviti yang boleh meningkatkan ukhwah dan network antara kita.

177 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!