Keputusan Final FA Cup 2014 Arsenal vs Hull City

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, musim BPL 2013/14 lebih banyak drama berbanding 5-6 musim yang lepas. Musim pertandingan yang lama benar-benar menguji bukan sahaja kepakaran pengurus dan pemain tetapi kesetiaan penyokong. Berapa ramai penyokong yang lari apabila kelab mereka tewas dan tewas dan tewas, ada juga yang tidak berani menunjuk muka apabila pasukan kesayangan mereka kalah. Paling tak best apabila pasukan mereka menang sanggup kutuk penyokong kelab lain macam mereka dah julang piala. Banyak yang kita boleh belajar untuk kehidupan dari sepak terajang bola sepak untuk kemajuan diri bukan sekadar menyokong tanpa hala tuju.

Arsenal vs Hull City FA Cup Final 2014

Pada awal musim kelihatan Arsenal seperti akan menjuari BPL 2013/14 walaupun keputusan perlawanan Arsenal bermula dengan kekalahan kepada Aston Villa tetapi akibat kecederaan ramai pemain utama seperti Walcott, Ramsey dan Welshere harapan tinggal harapan. Pada akhir musim kelihatan Liverpool pula bakal menjulang piala BPL yang sudah 24 tahun ditunggu tetapi kecewa setelah tewas persaingan dengan Manchester City. Paling mengecewakan apabila Manchester United terpelosok ke tangga ke tujuk sehingga terpaksa membuang David Moyes di akhir empat perlawanan akhir. Itulah drama bola sepak yang bulat tetapi menarik untuk diikuti sehingga keakhir musim kalau satu dua pasukan sahaja yang dominan pun tak seronok.

Keputusan Arsenal vs Hull City FA Cup Final 2014

Arsenal sudah sembilan tahun tidak menjulang piala yang menjadi ejekan penyokong kelab lain. Ejekan yang tidak adil kerana ada kelab lain yang lebih lama sehingga 24 tahun tak menjulang piala. Arsenal hampir menjulang piala liga pada musim 2011/12 tetapi tewas kepada Birmingham City. Kenapa Pengurus Arsenal tak kena buang seperti pengurus kelab lain, jawabannya mudah walaupun sembilan tahun tak julang piala tetapi selama 17 musim Arsenal tidak pernah tercicir Champions League yang pendapatan besar kepada kelab. Lihat sahaja musim ini MU kehilangan pendapatan RM130juta kerana tidak layak CL.

Arsenal vs Hull City FA Cup Final 2014

Badi sembilan tahun Arsenal pasti akan hilang malam ini apabila dapat menewaskan Hull City untuk perlawanan akhir FA Cup 2014. Hull City bukan pasukan yang mudah untuk ditewaskan di Wembley tetapi Arsenal tiada pilihan. Kemenangan Arsenal 3 – 0 menewaskan Hull City dalam perlawanan liga bukan rekod yang boleh menjanjikan kemenangan mutlak. Aku dan jutaan peminat setia Arsenal sangat mengharap semua pemain Arsenal yang beraksi akan bermain pada tahap maksima untuk menewaskan Hull City.

Keputusana Arsenal vs Hull City : 3 – 2

Gol Arsenal dijaringkan oleh Cazorla, Koscielny  dan Ramsey.

Video jaringan Arsenal dan Hull City di final FA Cup 2014

Tahniah Arsenal berjaya menjulang FA Cup 2014.

gambar arsenal menjulang FA Cup 2014

Aku dan rakan-rakan Blogger penyokong setia Arsenal yakin dengan kemampuan Arsenal menjulang piala FA 2014 dah tahniah kerana Arsenal masih menjadi pasukan empat terbaik England untuk 17 tahun berturut-turut. Ko ada??

Live Arsenal vs Hull City FA Cup Final 2014 @ Twitter



Spread the love

104 Comments

  1. Tahniah buat Arsenal…. usaha yang berterusan tanpa rasa jemu akhirnya membuahkan hasil yang mengembirakan. Semoga Arsenal labih berjaya dapat anugerah atau piala lain lagi selepas ini. Selamat maju jaya buat team Arsenal.
    Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Hati Ceria Di Secret RecipeMy Profile

  2. tahniah buat pasukan arsenal atas kejayaan yang menjulang piala fa setalah hampir 9 tahun tidak menjulang apa apa trofi. walaupun arsenal tidak berbelanja besar seperti kelab yang lain khusus buat Chelsea Dan Manchester city namun dengan strategi Dan teamwork adalah kunci utama kejayaan Telah dibuktikan penting dalam satu pasukan bukan Duit semata mata.. tahniah kerana berjaya menutup mulut pengkritik yang yakin dengan kuasa Duit bukan kekuatan teamwork .. luv u gunners tak Kira menang atau kalah ..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!