Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apa pendapat rakan blogger kalau aku kata Fatin Liyana adalah top blogger Malaysia? Satu lagi agaknya ada beza ke top blogger Malaysia dengan top blog Malaysia? Siapa nak jawab dua soalan ini.
Sepatut jadi Doktor macam Dr Fatin Liyana
Kenapa aku kata Dr. Fatin Liyana yang bakal menjadi doktor kelulusan UKM adalah top blogger Malaysia. Mengikut statistik keyword yang masuk ke blog Denaihati, Blogger Fatin Liyana adalah blogger yang paling banyak mendapat carian untuk tahun 2012 dan 2013. Bukan setakat itu sahaja pada tahun 2011, Fatin Liyana telah terpilih “Malaysia Faster Rising People” oleh Google Zeitgeist 2011 sebaris dengan Anwar Ibrahim, Hanis Zalikha dan Ustaz Kazim.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Selain keyword Fatin Liyana yang menjadi carian begitu juga blog beliau juga menjadi carian ramai. Blog Fatin Liyana dengan url Honeykoyuki.blogspot.com menjadi pilihan utama membaca blog Denaihati sebagai top blog Malaysia untuk tahun 2012 dan 2013. Lebih daripada 20,000 trafik blog mengalir keluar dari blog Denaihati ke blog Honeykoyuki. Pencapaian lebih hebat pada 2011 blog Fatin Liyana telah terpilih antara top 10 blog Malaysia oleh Google Zeitgeist sebaris dengan Blog Serius, Beautifulnara, Papagomo dan Jejariruncing.
[box type=”shadow”]Denaihati Top Outgoing Blog Links 2012
- Honeykoyuki.blogspot.com
- Bicaramakdara.com
- Paultan.org
- Fukkenlol.blogspot.com
- Rotikaya.com
Denaihati Top Outgoing Blog Links 2013
- Honeykoyuki.blogspot.com
- Bicaramakdara.com
- Paultan.org
- Fukkenlol.blogspot.com
- Rotikaya.com
Kalau nak dirujuk kepada Alexa Ranking blog Honeykoyuki memang ke laut sebab ketika entri ini ditulis alexa ranking berada pada 312,673 di dunia dan 2,952 di Malaysia. Kalau dirujuk pada trafik blog Fatin Liyana sudah melebihi 30 juta melawat blog tersebut jadi alexa ranking tersebut tidak mengambarkan kedudukan sebenar. Keadaan ini berlaku kerana blog Honeykoyuki tidak di set mengikut kehendak cara untuk meningkatkan Alexa Ranking.
Doktor Blogger Fatin Liyana pasti boleh dijadikan idola kepada blogger baru bagaimana seorang bakal doktor yang sibuk dengan pengajian masih sempat menulis blog, menulis advetorial, berkongsi kisah kembara serta menjadi cover berbagai majalah. Awek cun mungkin satu sebab tetapi bukan sebab utama kerana ada ramai lagi blogger yang lebih cun tetapi tidak mendapat trafik blog sehingga 30 juta. Kisah kejayaan Fatin Liyana sebagai blogger sambilan boleh dijadikan contoh kepada blogger sambilan yang lain. Rahsianya kejayaan pasti kesungguhan walaupun hanya sebagai blogger sambilan.
167 Comments
Fuhh power tu bakal doktor, blogger terkenal pula tu huhu
Tahniah2!
Hebat, dia dah lama berblogging walaupun masih muda, blog busuk den ni pun tak tahu bila akan capai hits macamtu
Seronok dpt bca pengalaman n perkongsian org yg lebih mude
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
sama lah dengan wawa. suka membaca pengalaman dan perkongsian yang diceritakan oleh orang muda.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI 12] : 5 WISHLIST ANDA
Mungkin gaya penulisan yang menarik hati. Pasti dia sangat sayangkan blog dia, jadi kekangan masa bukan alasan.
Tabik pada Dr Fatin Liyana!
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Vivix Shaklee Untuk Kesihatan Yang Premium
dia doktor, tapi still ade masa untuk update blog panjang berjela.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jadual Piala Malaysia Pasukan Kelantan 2014
Dr yg comel.. msti patient die semua trus baik kalo dirawat Dr fartin liyana ni.. hehe
Curahan rasa JMR @ ..Aidilfitri 2014
Sudah pasti dr. fatin liyana ni bijak dalam menguruskan masa beliau. Ada hari bersama keluarga, bersama pesakit dan bersama blognya. (menurut pandangan wawa)
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI 12] : 5 WISHLIST ANDA
selalu jugak singgah blog fatin liyana. suka baca vila dia pergi travel.
Curahan rasa nikkhazami @ ..BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK
Saya dah tak ingat bila kali terakhir saya singgah ke blog beliau hehe.
saya perlu bantuan anda semua sebagai pengguna internet di dalam kajian ini
https://docs.google.com/forms/d/1xhJoUFrAMXaE8VWmh_o_bP3aU-16xSsygkQlJggsJDw/viewform
seorang blogger yang cantik,ada karier dan sudah semestinya semakin popular pula
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
Tak apalah kalau tak popular macam beliau, bukan semua orang boleh merasa jadi popular kan.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Bagi saya menjadi penulis blog yang rendah diri sudah lebih bagus, janji berusaha bersungguh-sungguh.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Bertuah dia.. Dahla cantik, pandai pulak tuh. memang pakej yang lengkap untuk dijadikan isteri..hehe
Rezeki dia kan dapat menjadi popular. Mungkin sebab namanya yang unik, atau entri-entri personalnya yang menginspirasikan yang telah menarik berjuta pengunjung. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Yang paling penting, rupa yang lawa dan manis.. Memang menjadi perhatian la..
perkara ini satu kelebihan bagi fatin liyana..memang beruntunglah tu!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
Hmmm, tulah kan. Tiba-tiba teringatkan blog Zack Zukhairi yang juga kacak orangnya dan masih sempat update entri sepanjang pengajiannya di Jepun.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Saya suka dengan entrinya sebab lawak habis, sampai saya menangis terguling-guling. :3
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Apa rahsia Fatin Liyana sampai dapat trafik blog sehingga 30 juta? Kena banyak belajar dari die ni.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
salah satu darpadanya ialah penangan media sosila dan SEO
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kereta Peugeot Impian Sang Hero
rahsianya, adalah cantik dan kelakar.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jadual Piala Malaysia Pasukan Kelantan 2014
Suka baca blog fatin sebab gaya penulisan yang santai.. Kenal fatin pun sebab nampak dia bergambar dengan Aidijuma.. Memang sangat low profile..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Singkirkan Toxin Dengan Set Detox Shaklee
Apapun saya respek pada kesungguhan beliau.. Sedangkan saya yang bukan doktor pun terkial-kial.. Hahaha..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Vitamin vs Jamu: Mana Paling Sesuai Untuk Berpantang
Tu la.. Dia doktor pun ada masa untuk menulis. Saya yang takde apape ni pun entri seminggu sekali je keluar..
Btul tu.. Yang bukan doctor ni pn busy semacam je ha..
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
adore dgn fatin liyana ni..yela, dh la bakal doktor, boleh memblog lg..then slalu gk nmpk dia attend event2..multitasking tol
Curahan rasa JMR @ ..Pantang Larang Ambil Gambar Bertiga
blogger hebat…patut dicontohi kekentalan hati beliau….
Curahan rasa Nana @ ..GST? TERJEJASKAH KESTABILAN EKONOMI ANDA?
Comments are closed.