Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apa pendapat rakan blogger kalau aku kata Fatin Liyana adalah top blogger Malaysia? Satu lagi agaknya ada beza ke top blogger Malaysia dengan top blog Malaysia? Siapa nak jawab dua soalan ini.
Sepatut jadi Doktor macam Dr Fatin Liyana
Kenapa aku kata Dr. Fatin Liyana yang bakal menjadi doktor kelulusan UKM adalah top blogger Malaysia. Mengikut statistik keyword yang masuk ke blog Denaihati, Blogger Fatin Liyana adalah blogger yang paling banyak mendapat carian untuk tahun 2012 dan 2013. Bukan setakat itu sahaja pada tahun 2011, Fatin Liyana telah terpilih “Malaysia Faster Rising People” oleh Google Zeitgeist 2011 sebaris dengan Anwar Ibrahim, Hanis Zalikha dan Ustaz Kazim.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Selain keyword Fatin Liyana yang menjadi carian begitu juga blog beliau juga menjadi carian ramai. Blog Fatin Liyana dengan url Honeykoyuki.blogspot.com menjadi pilihan utama membaca blog Denaihati sebagai top blog Malaysia untuk tahun 2012 dan 2013. Lebih daripada 20,000 trafik blog mengalir keluar dari blog Denaihati ke blog Honeykoyuki. Pencapaian lebih hebat pada 2011 blog Fatin Liyana telah terpilih antara top 10 blog Malaysia oleh Google Zeitgeist sebaris dengan Blog Serius, Beautifulnara, Papagomo dan Jejariruncing.
[box type=”shadow”]Denaihati Top Outgoing Blog Links 2012
- Honeykoyuki.blogspot.com
- Bicaramakdara.com
- Paultan.org
- Fukkenlol.blogspot.com
- Rotikaya.com
Denaihati Top Outgoing Blog Links 2013
- Honeykoyuki.blogspot.com
- Bicaramakdara.com
- Paultan.org
- Fukkenlol.blogspot.com
- Rotikaya.com
Kalau nak dirujuk kepada Alexa Ranking blog Honeykoyuki memang ke laut sebab ketika entri ini ditulis alexa ranking berada pada 312,673 di dunia dan 2,952 di Malaysia. Kalau dirujuk pada trafik blog Fatin Liyana sudah melebihi 30 juta melawat blog tersebut jadi alexa ranking tersebut tidak mengambarkan kedudukan sebenar. Keadaan ini berlaku kerana blog Honeykoyuki tidak di set mengikut kehendak cara untuk meningkatkan Alexa Ranking.
Doktor Blogger Fatin Liyana pasti boleh dijadikan idola kepada blogger baru bagaimana seorang bakal doktor yang sibuk dengan pengajian masih sempat menulis blog, menulis advetorial, berkongsi kisah kembara serta menjadi cover berbagai majalah. Awek cun mungkin satu sebab tetapi bukan sebab utama kerana ada ramai lagi blogger yang lebih cun tetapi tidak mendapat trafik blog sehingga 30 juta. Kisah kejayaan Fatin Liyana sebagai blogger sambilan boleh dijadikan contoh kepada blogger sambilan yang lain. Rahsianya kejayaan pasti kesungguhan walaupun hanya sebagai blogger sambilan.
167 Comments
kejam dunia ni…
lelaki yang tak kacak tak dipandang atau dibaca blognya..
walaupun mempunyai update dan entri yang hampir sama seperti girls blogger yang cun serta comel…
sad but true…
ah..apa nak disedihkan, rezeki dia. rajin update blog walaupun sibuk kan.
Curahan rasa azwan @ ..Terlalu Awal Merehatkan Jiminez
Strategi jangan promosi personaliti tapi promosi blog macam blog Denaihati. Bertahun pembaca baru tahu penulis sebenar.
kelebihan seorang wanita cantik….
Curahan rasa hafiz @ ..Perlawanan JDT vs PKNS FC Liga Super 2014
Tidak di nafikan dengan semua kelebihan-kelebihan yang fatin liyana miliki menjadikan beliau ramai pengikut.Itu adalah satu bonus kan..pape pun..i loike fatin liyana..cara penulisannya…<3
Curahan rasa Diyanahani @ ..Produk Harum Malam Terbukti Berkesan!
Fatin menjadi diri sendiri bila menulis. Tak fake dan dibuat – buat. Menulis dengan ikhlas. Cara penyampaian dalam entri pun simple dan menarik. Seolah bercerita kepada kawan-kawan. Itu yang buat pembaca engaged dan tertunggu entri baru dari beliau (termasuk saya hehe)
Curahan rasa Fina @ ..Rezeki betul lah
tidak dinafikan fatin liyana antara yang popular..cukup beruntung jadi doktor dan lepas tu blogger pulak!
Curahan rasa mrhanafi @ ..Fulltime Blogger
catik dan pandai menulis..1 pakej dh..mmg tidak dinafikan kalau ade pakej tu mmg senang nk naik..mcm Hanis Zalikha (inibelogsaya)
Curahan rasa Car Rental Kuala Lumpur @ ..Car Rental Kuala Lumpur (KL), Malaysia
Kalau Engineer Blogger macam mana pula?
Curahan rasa Wafi @ ..Terima Kasih Semua
Rasanya ramai adik2 blogger nak jadi mcm Fatin Liyana.
Nak jadi top blogger, kena jadi diri sendiri dan xperlu terikut2 dgn cara org lain. Kena ada Keunikan sendiri. Aya rasa adik Fatin tidak hipokrit dan dia jadi dirinya sendiri, thats why dia byk follower dan peminat… 🙂 selain cantik dan bakal bergelar sbg seorg doktor..
Curahan rasa Aya @ ..30 Tahun Hidup Di Dunia
salah satu pakejnya adalah kerana rupa dan cara penulisan.. blogger wanita memang senang naik nama mereka tapi adalah cara2nya..
kalau kita lihat sekarang. blogger wanita paling mudah popular(bujang) berbanding lelaki yang bujang. kita boleh lihat blogger lelaki umur 30 keatas lebih popular dari yang muda.
kesimpulan disini.. fatin liyana ada skills penulisannya trsendiri krn wanita mmg kreatif.
Curahan rasa Tengku Syukri @ ..Lelaki & Jam Tangan
Wah… kagum dengan beliau 🙂
Curahan rasa lina @ ..Breakfast With Love, With F&N Seasons NutriSoy
Blog Fatin Liyana memang tip top,banyak pengisian yang menarik untuk dibaca, kalau dapat saya ingin bersua muka dengan beliau sambil ambil berkat untuk menjadi top blogger
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #90
memang kagum dengan beliau … pandai dan hebat ^_^ blogger yang serba boleh
Curahan rasa Aku Penghibur @ ..Biar Kecewa Cinta Dengan Manusia Tapi Jangan Dengan ALLAH
Anugerah untuk FL seorang yg bijak dan comel, semoga beliau terus succes dlm pengajian dan berblogging
Curahan rasa Ustazah Ain @ ..Tema Hari Guru 2014
blogger berpakej hampir sempurna gitu..
sy nak jadi top blogger anak ramailah. azam… hehe tp sibuk dgn biz juga ni
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Wordless Wednesday #83: Western Housewife Vs. Eastern (Muslim) Housewife
Saya setuju sangat-sangat… Blog Fatin Liyana pernah berstatus PR4 pada awal tahun 2013… (Sumber : http://www.coretananuar.com/2013/01/10-blogger-terbaik-malaysia.html)
Sekarang ni saya kurang pasti apa status PR blog beliau… Samada masih kekal di PR4 ataupun dah jatuh disebabkan beliau harang update blog… Mungkin sibuk dengan sesi perkuliahan dan dunia peragaan…
Sehingga sekarang blog saya masih terkena tempias Fatin Liyana melalui keyword “fatin liyana delete irine nadia”… Saya pun tak tahu apa perkaitan antara kedua-dua top blogger ini sehingga ramai yang mencari keyword tersebut… 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Klinik UPSR Didik Berita Harian (Fasa 2) ?
2-3 bulan ni FL jarang update blog sebab sedang menghadap final exam untuk final year pengajian medikal di HUKM.
Curahan rasa denaihati @ ..Buku Panduan Blog Denaihati 2014
Comments are closed.