Facebook memusnahkan rumah tangga

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sekadar nak kongsikan kisah yang tertera di Harian Metro yang mungkin boleh menjadi teladan kepada semua yang kaki Facebook tetapi untuk aktiviti yang boleh meruntuhkan keluarga. Kisah ini adalah sebahagian dari ribuan kisah sedih kehancuran rumahtangga akibat salahguna Facebook.

Samseng Facebook – Sistem Trafik Percuma FaceBook!

Berikut adalah kisahnya :

Saya sebenarnya isteri bertuah tetapi tidak tahu menghargainya. Saya berkahwin hampir tujuh tahun lalu mempunyai dua anak. Suami saya baik, penyayang dan sangat mencintai saya, baik dengan anak, tidak pernah tinggal solat, malah boleh saya katakan dia miliki ciri-ciri suami yang susah dicari pada zaman ini. Pada saat kawan lain merungut dan kecewa dengan sikap suami masing-masing yang bermata keranjang, panas baran dan pelbagai sifat negatif lain, saya hanya tersenyum dan bertuah kerana suami tidak bersikap begitu.

Segala-galanya berubah apabila saya menghubungi kenalan pada zaman sekolah yang saya panggil Z melalui facebook (FB). Pada awalnya, saya cuma ingin bertanya khabar tetapi semakin lama semakin melarat. Betul kata seorang ustaz, bila umpan syaitan sudah mengena, yang haram dianggap halal. Daripada berhubung melalui mesej di FB, hubungan kami melarat melalui telefon dan sesekali bila ada peluang, kami berjumpa di luar.

Rahsia Menambat Nafsu Suami – Ebook terbaik buat para isteri yang ingin memuaskan suami dengan cara yang sensasi

Saya tidak segan lagi mengucapkan perkataan rindu, sayang dan ingin hidup bersamanya. Biasanya kami berhubungan pada tengah malam ketika orang lain tidur. Saya sering memberi alasan kepada suami yang saya lambat tidur untuk menyiapkan kerja pejabat.
Saya mula mengabaikan keperluan batin suami. Saya benar-benar bahagia. Dalam sehari, tujuh hingga lapan kali saya menghubungi Z kerana merinduinya. Saya juga rela menghabiskan wang untuk membayar bil telefon kerana biasanya kami bergayut lama setiap kali ada peluang.

Seks Suami Isteri

Hubungan ini akhirnya dapat dikesan isterinya. Walaupun isterinya merayu supaya tidak mengganggu suaminya, saya tetap teruskan hubungan ini.  Akhirnya perkara ini sampai juga ke pengetahuan suami saya. Ketika membasuh kereta saya, suami terjumpa sampul surat mengandungi foto Z dan surat cintanya. Suami saya hampir pengsan apabila membaca surat berkenaan.

Gandakan Trafik & Prospek 300%

Dia langsung tidak menyangka saya tergamak berbuat begitu padanya. Malah, suami tidak boleh menerima kenyataan saya sanggup memusnahkan rumah tangga orang lain.  Sejak itu, saya benar-benar insaf. Sikap suami terhadap saya mula berubah walaupun sikapnya dengan anak masih sama. Saya juga tidak lagi menghubungi Z selepas itu.

Saya juga beberapa kali menangis di depan suami untuk meminta maaf daripadanya. Walaupun mulutnya berkata maaf, saya tahu dalam hatinya dia belum memaafkan saya.  Suami semakin menjauhi saya dan sering tidur bersama-sama anak. Tolonglah saya Dang Setia, saya benar-benar bertaubat.  Saya tidak mahu kehilangan suami. Dia terlalu baik kepada saya. Kepada pembaca lain, jadikan kisah saya sebagai pengajaran. Kini saya merindui senda gurauan suami. Sehingga hari ini saya belum dapat memaafkan diri saya.

SITI
Kelantan

Aku juga pengguna Facebook tetapi untuk promosi produk dan blog serta berkomunikasi dengan keluarga dan teman-teman bila perlu. Aku telah berjaya menjual produk bernilai berpuluh ribu ringgit dengan mengiklankan di Facebook. Facebook boleh diibaratkan seperti pisau kalau diguna untuk baik maka baiklah hasilnya tetapi jika digunakan untuk buruk maka buruklah hasilnya.

Mungkin teman-teman mempunyai pengalaman baik buruk menggunakan Facebook yang mungkin ingin dikongsikan sebagai pengajaran kita bersama.


Spread the love

60 Comments

  1. As salam..
    FB memang bahaya kalau salah guna. Dulu rajin main game dlm FB sampaikan susah nak tinggal, skrg ni dah tak nak mula lagi. Skrg ni sekadar promosikan link blog je la…
    Curahan rasa iza @ ..Contest Anjung StreamyxMy Profile

    1. Betul tu,FB bukan masalah.yang jahat perbuatan manusia sendiri.alat untuk berkomunikasi adalah untuk kebaikan dan bukan merosakkan.

  2. astagfirullah..punyalah baik si suami tue..buruk juga yang si isteri balas..kalau sayalah, saya pun akan rasa apa yang si suami tue rasa..nak memaafkan boleh tapi mungkin akan ambil masa yang lama..sayang masih ada tapi tak seperti dulu..salah si isteri juga, tak jaga batas..kesian si suami tue, mungkin luar nampak okey..tapi dalam..aduh payah nak cakap..bagai disiat-siat jer hati tue..entah2 dah tak ada rupa hati dah..

  3. setuju dgn ayat ini “Facebook boleh diibaratkan seperti pisau kalau diguna untuk baik maka baiklah hasilnya tetapi jika digunakan untuk buruk maka buruklah hasilnya.”

    mudah-mudahan menjadi panduan kita bersama….
    Curahan rasa siTokei @ ..buffering earning ke-3My Profile

  4. Setuju dengan Bang Iwan bahawa penggunaan Facebook tergantung kepada individu. Facebook hanya sebagai pemudahcara, tetapi banyak faktor dari diri mempengaruhi.

    Untuk menolak terus bagi saya terlalu ekstrim. Pada masa yang sama perlu pupuk kembali iman dan nilai-nilai moral yang wujud dari zaman nenek moyang kita seperti batasan pergaulan, tahu malu, menjaga adab dan perkataan walaupun di dunia maya – tiada siapa melihat, tetapi Allah mengawasi.

    Secara peribadi, Facebook ada memberi kesan negatif kepada saya. Apabila bermuhasabah di penghujung hari, saya mendapati banyak masa saya telah ke situ. Masih kurang ampuh dalam penjagaan masa.

    Positifnya, tentulah ‘bonding’ dengan kawan-kawan dan up-to-date dengan perkembangan semasa.

    Salam singgah dari Tempat Berteduh.
    Curahan rasa heliantuse @ ..Kepada Perempuan – Kita Semua Ialah DoktorMy Profile

  5. jangan salahkan facebook. jadi je apa apa yang buruk, mesti salahkan facebook. bukan setakat facebook, medium lain juga. kita salah guna, kita jangan nak salahkan orang lain.
    Curahan rasa hazari @ ..the 89My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!