Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bagi rakan blogger yang menggunakan gadget mudah alih seperti iPhone, iPad, Windows Phone, Android dan BlackBerry mungkin tahu tentang aplikasi Evernote, satu aplikasi yang berfungsi untuk mencatat teks ringkas sebagai nota untuk diri sendiri, petikan daripada laman web yang kita ingin simpan atau kandungan email yang diterima yang ingin diingati.
28 Nov 2012, hari Rabu lepas team Denaihati telah ke event Evernote x Moleskine di mana dalam event tersebut diterangkan fungsi aplikasi Evernote, kebaikan dan kelebihan menggunakan Evernote, perkongsian dari pengguna aplikasi Evernote dan pengenalan Evernote Smart Notebook oleh Moleskine yang baru masuk pasaran Malaysia.
Evernote Smart Notebook oleh Moleskine merupakan buku nota kertas pertama yang direka khusus untuk menukar nota fizikal menjadi bentuk digital ke akaun Evernote. Nota-nota berbentuk teks, lukisan dan sebagainya boleh dimuatkan ke dalam aplikasi Evernote secara digital dengan hanya mengambil gambar nota yang dibuat di Evernote Smart Notebook menggunakan fungsi kamera yang ada pada aplikasi Evernote.
Nota dari Evernote Smart Notebook yang dimuatkan ke dalam aplikasi Evernote boleh ditag dan disusun secara automatik menggunakan Smart Stickers pelbagai warna yang disertakan sekali dan Evernote akan mengenalpasti setiap nota mengikut jenis Stickers yang digunakan. Ini memudahkan pengguna mencari, berkongsi dan melihat nota-nota yang telah dibuat di aplikasi Evernote.
Cara menggunakan Evernote Smart Notebook oleh Moleskine boleh tengok di laman web evernote.com/getting_started/moleskine.
Harga Evernote Smart Notebook di Malaysia
Untuk pasaran Malaysia, Evernote Smart Notebook disediakan dalam 2 jenis iaitu bersaiz besar pada harga RM76 dan bersaiz poket (kecil) pada harga RM103. Evernote Smart Notebook ni boleh didapatkan di kedai buku Cziplee Books & Stationery atau boleh juga melalui online di laman web www.moleskineasia.com.
Setiap pembelian Evernote Smart Notebook didatangkan dengan kupon penebusan untuk dapatkan Evernote Premium secara percuma selama 3 bulan. Evernote Premium memberikan kuota muat naik bulanan yang lebih besar, lebih pilihan perkongsian, nota secara offline dan banyak lagi. Boleh baca kelebihan menggunakan Evernote Premium.
55 Comments
eh murah saja rupanya ..pakej mampu milik lah ni kot
Curahan rasa syaifuddin alias @ ..Cara Mudah SKOR A SPM 2013
Menarik, lepas ni jaranglah guna photoshop
Curahan rasa Amirul @ ..Koleksi Kereta Mewah Justin Bieber
rupanya Evernote juga gadget, ingatkan apps dalam Android je
Curahan rasa zhazmi @ ..Cara Untuk Buat Sitemap WordPress menggunakan Plugin
ya… saya selalu menggunakan evernote android version utk catat idea-idea yg terlintas esp masa tgh drive. takut idea tu hilang nanti.
utk evernote smart notebook ni belum ada keperluan lagi setakat ni…
Curahan rasa sohoque @ ..Plugin Mesti Install – Instagrate to WordPress
Pada Pendapat saya….Generasi BARU sudah hamba tech…
Curahan rasa Dhanian @ ..Inilah Gambar Yang Boleh Buat Korang Gila
ALa Alat Technology .. nanti lagi HEBAT Datang..
teknologi memang mengujakan …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Teknologi Agro – Jeruk Buah Pala
tapi kadang2 pening juga di buatnya untuk memilih …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Teknologi Agro – Jeruk Buah Pala
cambest je. hohoho
Curahan rasa arelan @ ..WoRDLeSS WeDNesDaY : MiSS tHe acTioN
ada sesapa dah beli lom??
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 7 dari Jobdirumah.com
Apa kata bro titan beli dulu…bolehlah buat preview…hehee
Curahan rasa hafizmd @ ..Wordless Wednesday #27 Komisyen Pertama!
Semuanya sepertinya akan banyak digantikan dengan teknologi modern
Mungkin suatu saat kertas akan terganti dengan media digital semua
Curahan rasa munir ardi @ ..Wordless Wednesday /Ship in the Mall
Semuanya bakal didigitalkan…sentuhan asli mungkin bakal hilang tak lama lagi =)
Curahan rasa hafizmd @ ..9 Ciri Suami Idaman
canggih teknlogi sekarang..sy jer tak sempat nak merasainya lagi..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..10 Blogger Terbaik Malaysia
waahh…macam-macam sekaragn apps hebat-hebat.. boleh consider untuk cube ni…
Curahan rasa Nadot @ ..Yati Ayam Percik Seksyen 7 Shah Alam
Sayapun ada dijemput ke event tu, tapi tak dapat hadir. Terlepas peluang jumpa bro DH.
Curahan rasa GreenLava @ ..The Importance of Internal Linking for SEO
Wah makin canggih. Menarik. Senang kalau nak dokumentasikan sebarang tulisan kita. Memang menarik.
Curahan rasa daddydee @ ..Berani Kerana Benar
Comments are closed.