Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bagi rakan blogger yang menggunakan gadget mudah alih seperti iPhone, iPad, Windows Phone, Android dan BlackBerry mungkin tahu tentang aplikasi Evernote, satu aplikasi yang berfungsi untuk mencatat teks ringkas sebagai nota untuk diri sendiri, petikan daripada laman web yang kita ingin simpan atau kandungan email yang diterima yang ingin diingati.
28 Nov 2012, hari Rabu lepas team Denaihati telah ke event Evernote x Moleskine di mana dalam event tersebut diterangkan fungsi aplikasi Evernote, kebaikan dan kelebihan menggunakan Evernote, perkongsian dari pengguna aplikasi Evernote dan pengenalan Evernote Smart Notebook oleh Moleskine yang baru masuk pasaran Malaysia.
Evernote Smart Notebook oleh Moleskine merupakan buku nota kertas pertama yang direka khusus untuk menukar nota fizikal menjadi bentuk digital ke akaun Evernote. Nota-nota berbentuk teks, lukisan dan sebagainya boleh dimuatkan ke dalam aplikasi Evernote secara digital dengan hanya mengambil gambar nota yang dibuat di Evernote Smart Notebook menggunakan fungsi kamera yang ada pada aplikasi Evernote.
Nota dari Evernote Smart Notebook yang dimuatkan ke dalam aplikasi Evernote boleh ditag dan disusun secara automatik menggunakan Smart Stickers pelbagai warna yang disertakan sekali dan Evernote akan mengenalpasti setiap nota mengikut jenis Stickers yang digunakan. Ini memudahkan pengguna mencari, berkongsi dan melihat nota-nota yang telah dibuat di aplikasi Evernote.
Cara menggunakan Evernote Smart Notebook oleh Moleskine boleh tengok di laman web evernote.com/getting_started/moleskine.
Harga Evernote Smart Notebook di Malaysia
Untuk pasaran Malaysia, Evernote Smart Notebook disediakan dalam 2 jenis iaitu bersaiz besar pada harga RM76 dan bersaiz poket (kecil) pada harga RM103. Evernote Smart Notebook ni boleh didapatkan di kedai buku Cziplee Books & Stationery atau boleh juga melalui online di laman web www.moleskineasia.com.
Setiap pembelian Evernote Smart Notebook didatangkan dengan kupon penebusan untuk dapatkan Evernote Premium secara percuma selama 3 bulan. Evernote Premium memberikan kuota muat naik bulanan yang lebih besar, lebih pilihan perkongsian, nota secara offline dan banyak lagi. Boleh baca kelebihan menggunakan Evernote Premium.
55 Comments
memang bagus evernote nie cuma belum pakai yang premium lagi
Ada samrtphone sekarang ada produk teknologi smart notebook
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Menghilangkan Rasa Cemburu
Perlu belajar dulu untuk menggunakannya, tahunya juga baru sekarang
tampak menarik juga evernote ni 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Ranking Google (SERP) terkini top 10 peserta contest iPhone 5 gadget impian
pada pendapat sha mungkin ia lebih praktikal untuk digunakan oleh sales people dan org yg involve dlm marketing .
Curahan rasa sha @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Memang menarik Moleskin Smart Notebook ni, cuma bak kata sesetengah website lain semasa review, tak jauh beza pun catit nota diatas Moleskin Smart Notebook ni dengan college pad yang berharga rm 4.90 tu. Hehe
Mungkin pada gaya hardcover dia kot yang mahal tu. Haha.
Curahan rasa Omar @ ..Selamat Tinggal 2012
Suka dengan warna hitam-hijaunya
Curahan rasa Dawaihati @ ..Menyikapi Pergantian Tahun
den baru tau pasal aplikasi evernote nih…huhu
Curahan rasa papa mifz @ ..Resepi Sambal Penyet Tempe
Terbaru gak ni bagi saya la. Macam menarik tapi kena baca review2 dr penulis blog it gak ni.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Cuti-Cuti Malaysia : Kuala Lumpur
Perlu belajar dulu untuk menggunakannya, tahunya juga baru sekarang
Curahan rasa Dadan @ ..Kontes iPhone 5 Gadget Impian
nanti kalau sudah punya bisa belajar menggunakanya Kang dadan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tips Menjaga Kesehatan Ibu Hamil
Hehehe, belum kepikiran juga untuk membelinya Mas Ferry
Curahan rasa Dadan @ ..Harapan Blogger di Tahun Baru 2013
kemajuan teknologi benar-benar telah menyulap segalanya menjadi mudah
Curahan rasa penowo @ ..Cara Promosi Online Gratis
klo memiliki ini, jadi harus belajar dulau untuk menegtahuinya,,,
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Windows Blue Penerus Windows 8 Akan Diliris Pertengahan Tahun 2013
wahh..kalau dapat satu ni..memang bestlahh..
Curahan rasa ohcikgu @ ..Menang hadiah contest-contest tahun 2012
Terpegun anak murid nanti..hehe
Curahan rasa hafizmd @ ..Edisi Blogger:Ucapan Selamat Tahun Baru 2013
Semoga suatu saat nanti bisa memilikinya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Menghilangkan Rasa Cemburu
Nampak pengusaha-pengusaha gadget terkini terus berusaha utk mencari jalan mengantikan buku tradisional kepada digital book. Utk org2 mcm kawe, tetap lebih selesa menyelak kertas dan menulis menggunakan pen dakwat dari barang2 cam tu. Then again, lain org, terutamanya golongan mungkin punyai citaasa dan pendapat berbeza.
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..The Rock Shop: Hard Rock Café Is in KK
Comments are closed.