Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bagi rakan blogger yang menggunakan gadget mudah alih seperti iPhone, iPad, Windows Phone, Android dan BlackBerry mungkin tahu tentang aplikasi Evernote, satu aplikasi yang berfungsi untuk mencatat teks ringkas sebagai nota untuk diri sendiri, petikan daripada laman web yang kita ingin simpan atau kandungan email yang diterima yang ingin diingati.
28 Nov 2012, hari Rabu lepas team Denaihati telah ke event Evernote x Moleskine di mana dalam event tersebut diterangkan fungsi aplikasi Evernote, kebaikan dan kelebihan menggunakan Evernote, perkongsian dari pengguna aplikasi Evernote dan pengenalan Evernote Smart Notebook oleh Moleskine yang baru masuk pasaran Malaysia.
Evernote Smart Notebook oleh Moleskine merupakan buku nota kertas pertama yang direka khusus untuk menukar nota fizikal menjadi bentuk digital ke akaun Evernote. Nota-nota berbentuk teks, lukisan dan sebagainya boleh dimuatkan ke dalam aplikasi Evernote secara digital dengan hanya mengambil gambar nota yang dibuat di Evernote Smart Notebook menggunakan fungsi kamera yang ada pada aplikasi Evernote.
Nota dari Evernote Smart Notebook yang dimuatkan ke dalam aplikasi Evernote boleh ditag dan disusun secara automatik menggunakan Smart Stickers pelbagai warna yang disertakan sekali dan Evernote akan mengenalpasti setiap nota mengikut jenis Stickers yang digunakan. Ini memudahkan pengguna mencari, berkongsi dan melihat nota-nota yang telah dibuat di aplikasi Evernote.
Cara menggunakan Evernote Smart Notebook oleh Moleskine boleh tengok di laman web evernote.com/getting_started/moleskine.
Harga Evernote Smart Notebook di Malaysia
Untuk pasaran Malaysia, Evernote Smart Notebook disediakan dalam 2 jenis iaitu bersaiz besar pada harga RM76 dan bersaiz poket (kecil) pada harga RM103. Evernote Smart Notebook ni boleh didapatkan di kedai buku Cziplee Books & Stationery atau boleh juga melalui online di laman web www.moleskineasia.com.
Setiap pembelian Evernote Smart Notebook didatangkan dengan kupon penebusan untuk dapatkan Evernote Premium secara percuma selama 3 bulan. Evernote Premium memberikan kuota muat naik bulanan yang lebih besar, lebih pilihan perkongsian, nota secara offline dan banyak lagi. Boleh baca kelebihan menggunakan Evernote Premium.
55 Comments
saya gunakan aplikasi ni untuk macbook air… tapi masih berfikir untuk upgrade… masih lagi versi percuma…
nampak macam bagus jer untuk produktiviti…
Curahan rasa hisham @ ..Kata-kata Hikmah (Kesusahan) | Saifulislam.com
bila la nak merasa dapat pakai gadget canggih2 gitu..kena kerja gigih lagi ni..
Curahan rasa pipoq @ ..1.3 juta dalam masa tiga hari
zaman sekarang dah semakin mudah dan compact ..tak macam zaman kita dulu-dulu
Curahan rasa syarih @ ..Mudahnya Membina Slide Presentation Secara Online.
Semakin canggih saja teknologi belakangan ini
Mengenal lagi satu macam benda semacam evernote ini
wa… best ni… trm kasih denaihati ats email ini. Boleh saya buat panduan dlm assignment sy 🙂
Curahan rasa ieta @ ..TAKDE ENTRI LAGI…
ooh, ada jgk notebook camnie ea..mcm best jer.
Curahan rasa syu90 @ ..iPhone 5 gadget impian
uish…macam2 dah sekarang ni… makin canggih teknologi..
Curahan rasa boni kacak @ ..Terima Kasih Kepada Dua Awek Jelita Ni
huh x terkejar dh teknologi sekarang ni
tapi kena ambil tau jg sikit
Curahan rasa auc @ ..Contest Bersama Cik Tom dan Exabytes
kat mana ada jual ni? leh sambar satu nih..
Curahan rasa titan @ ..Susah juga ganti tayar kereta Saga ni..
baru sy thu aplikasi nih ..
memandgkan sy bkn pguna gajet2 canggih yg disebutkan di atas..maka x mustahil sy x mengetahui aplikasi ni ..
tp mmg bgus aplikasi ni .. hrga pn berpatutan ..
Baru mengetahui evernote disini, sebelumnya tak pernah mendengar applikasi ini
Curahan rasa Dawaihati @ ..Kelebihan dan Kekurangan Kontes iPhone 5 Gadget Impian
Memang canggih. Buat masa ini saya selalu snap nota di whiteboard mengunakan telefon bimbit dan kemudian upload ke dalam box.net. Apabila hendak retrieve cuma perlu pergi box.net untuk view secara online.
wow..canggih dan harga berpatutan..boleh singgah Cziplee kajang ni
Curahan rasa cikgu naman @ ..Kesan² Positif Contest Gadget Impian
karena saya tidak pernah guna smartphone atau semacamnya, makanya baeu tahu tentang aplikasi Evernote ini
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Happy Holidays From Google – Selamat Natal Dari Google
Baru tahu tentang aplikasi ini
Curahan rasa fauziah @ ..Happy Holidays From Google – Selamat Natal Dari Google
samalah…saya pun baru tahu saja..ingatkan sejenis laptop..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Comments are closed.