eUsahawan membantu usahawan mikro untuk membina perniagaan berdaya saing #YouCanDuit

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dalam keadaan ekonomi serba mencabar ini, banyak perkara yang perlu kita ambil kira termasuk perbelanjaan bulanan terutama sekiranya kita adalah seorang usahawan yang baru bertapak dalam dunia perniagaan yang mencabar ini.

Ini adalah antara perkara yang seringkali menghantui ramai individu yang ingin bermula berniaga. Ketakutan yang menyebabkan mereka akhirnya berhenti daripada mencapai cita-cita untuk mempunyai perniagaan ini.

Menyedari hakikat ini, pihak Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menyediakan satu lagi program di bawah kempen #YouCanDuit yang diberi nama eUsahawan.

ada gula ada semut - eUsahawan

Program eUsahawan

eUsahawan merupakan suatu inisiatif bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan usahawan mikro yang sedia ada serta orang awam yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Peserta akan menjalani kursus keusahawan digital jangka pendek di institusi kemahiran yang terpilih.

Program ini terbuka kepada semua usahawan mikro di Malaysia terutamanya kepada usahawan yang sudah mempunyai produk yang berpotensi untuk dipasarkan.

Latihan demi latihan akan diadakan dan perlu dihadiri oleh para peserta untuk menambah baik dan meningkatkan jualan perniagaan yang dijalankan.

Testimonial eUsahawan

Tonton video di bawah untuk sebahagian kisah kejayaan peserta program eUsahawan.

Bagaimana untuk menyertai program eUsahawan

Ketahui maklumat terkini berkenaan kursus eUsahawan yang ditawarkan di laman Facebook eUsahawanMY. Daftar sekarang untuk ketahui cara-cara menjana pendapatan digital yang lumayan.

Setakat ini program yang dianjurkan oleh pihak MDEC telah membantu ramai usahawan mikro untuk meningkatkan perniagaan yang mereka usahakan.

Kami akan kongsikan kisah-kisah kejayaan oleh peserta eUsahawan ini dalam artikel-artikel yang berlainan.

29 Comments

  1. Syarat nak turut serta e usahawan mestilah ada produk yang ingin dipasarkan. So far yang tebaru saya joint dia hanya hantar sms sekali untuk sahkan kedatangan ke program.

  2. Wah berita yang sangat bagus, terimakasih untuk informasinya sangat membantu. Kapan ya kira-kira ada latihan offlinenya.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!