Bagaimana meningkatkan jualan dengan pemasaran blog

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apa khabar rakan-rakan semua? Semoga berada dalam kesihatan yang terbaik. Perkongsian kali ini khusus untuk rakan-rakan yang ingin meningkatkan jualan perniagaan sendiri mahupun perniagaan kenalan yang lain.

Pemasaran melalui blog ini bukanlah perkara yang baru, ianya telah wujud sejak lama dahulu. Cuma bezanya, suatu masa dahulu, lebih ramai penulis blog di Malaysia yang hanya fokus pada penulisan dan minat semata-mata tanpa menghiraukan skop pemasaran yang mereka boleh lakukan.

Strategi pemasaran blog

Kelebihan pemasaran melalui blog

Antara kelebihan membuat pemasaran melalui blog ialah kita boleh mempengaruhi atau membina perhubungan yang baik dan untuk jangka masa yang panjang bersama bakal-bakal pelanggan atau dengan pelanggan sedia ada.

Penulisan yang teratur dan sistematik akan memberikan impak yang sangat bagus terutama kepada pemilik-pemilik perniagaan yang ingin memaksimakan kempen pemasaran online mereka.

Apabila perhubungan terbina dengan pembacaan melalui artikel ini, impak kepada kempen pemasaran yang dijalankan adalah sangat luar biasa.

strategi pemasaran online

Kredibiliti dan Proses Penjenamaan Hebat

Melalui penulisan artikel di blog juga, pemilik perniagaan dapat membina kredibiliti dan melakukan proses penjenamaan jangkan masa panjang yang kukuh. Perkara ini juga benar untuk rakan-rakan blogger yang menulis untuk kepuasan peribadi atau lain-lain tujuan.

Cuma kita perlu tahu bagaimana untuk meningkatkan kredibiliti melalui penulisan, apa yang perlu ditulis, apa yang tidak patut ditulis dan bila masa terbaik untuk penulisan itu diterbitkan.

Kelas Pemasaran Perniagaan Menggunakan Blog

Kelas Intensif WordPress For Business

Akademi Denaihati sudah lama bercuti daripada menganjurkan kelas terbuka sebelum ini. Hanya kelas-kelas tertutup yang dikelolakan atas kekangan masa.

Kali ini, Akademi Denaihati akan menganjurkan satu lagi kelas intensif WordPress For Business untuk memberi peluang lebih ramai pemilik perniagaan dan individu untuk mendalami cara terbaik untuk menguruskan blog menggunakan platform WordPress.

Kelas selama 2 hari ini akan mengajar anda perkara-perkara seperti:

  1. Asas laman sesawang, pemilihan domain, hosting dan platform yang ingin digunakan.
  2. Bagaimana memasang WordPress dari kosong
  3. Pemilihan theme yang sesuai
  4. Plugins dan widgets, apa yang diperlukan dan bagaimana menguruskannya.
  5. Bagaimana menulis artikel yang pertama
  6. Pengurusan gambar, audio dan video
  7. Teknik optimasi enjin carian (SEO) asas
  8. Teknik optimasi enjin carian (SEO) peringkat lanjutan
  9. Strategi dan perancangan penulisan
  10. Artikel dengan kata kunci evergreen
  11. Strategi mempromosikan blog baru
  12. Latihan praktikal menggunakan fungsi drag n drop page builder
  13. Keselamatan WordPress
  14. Bagaimana menyelenggara laman WordPress
  15. Perkara-perkara yang perlu dielakkan sebagai pengguna WordPress
  16. topik bonus : memasarkan perniagaan melalui blog
  17. dan perkongsian pengalaman menguruskan blog untuk perniagaan.

Daftar WordPress For Business

Kelas selama 2 hari ini akan mendedahkan seberapa banyak selok belok dan trik pengurusan WordPress. Pengalaman sejak 2006 menguruskan pelbagai jenis laman WordPress membolehkan anda menjimatkan masa lebih 10 tahun hanya untuk melalui pengalaman yang sama.

optimasi enjin carian google

BONUS Kelas WordPress For Business

Istimewa untuk tawaran kali ini, anda kan menerima PREMIUM SUPPORT selama 6 bulan, ini adalah perkhidmatan yang bernilai RM1800 jika diambil secara berasingan. Apa dia premium support? Sekiranya ada masalah dalam pemasangan theme, selenggara plugins dan laman, pihak kami akan memberikan PREMIUM Support ini kepada anda selama 6 bulan.

Selain itu, anda juga akan menerima General Support selama 24 bulan melalui group khas. Kami akan memberikan jalan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi, anda hanya perlu melakukan mengikut arahan yang diberikan.

Bantuan khidmat nasihat profesional selama 3 jam (bernilai RM450) untuk memastikan blog baru yang anda bina itu berdaya saing dan memberi impak yang baik dan positif.

Group support khas juga akan diwujudkan untuk perbincangan strategi jangka masa panjang dan pendek dan lain-lain perkara yang berkaitan.

Apa kata peserta Akademi Denaihati sebelum ini?

Salah seorang peserta Kelas Private Akademi Denaihati:

testimoni private class akademi denaihati

Berikut adalah beberapa video yang dirakam bersama bekas pelajar Akademi Denaihati.

Sudahkah anda bersedia untuk melebarkan sayap dalam pasaran online?

Sila klik gambar di bawah untuk ke halaman pendaftaran

Daftar WordPress For Business

87 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!