Majlis Ceria Aidilfitri Denaihati Network & Adi Putra 2016
Assalamualaikum
dan salam sejahtera
Alhamdulillah Majlis Ceria Aidilfitri Denaihati Network & Adi Putra 2016 berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada lebih 300 jemputan yg tidak putus datang bermula jam 1 pm sehingga ke jam 6 pm. Syukur majlis Denaihati Network sentiasa meriah dan ramai dengan izin ALLAH.
Terima kasih kepada Dato Hussam (CEO Kumpulan Media Karangkraf) & isteri, rakan-rakan blogger, follower sosial media Denaihati, keluarga, rakan Jemaah Bisnis Denaihati, rakan niaga, wakil-wakil syarikat, peminat setia Adi Putra, sahabat-sahabat lama dan Denaihati FC ???? atas kehadiran Majlis Ceria Aidilfitri Denaihati Network 2016. Yang datang dari Indonesia, Johor Bahru, Penang dan berbagai lokasi dekat dan jauh, memang rasa terharu dengan sambutan.
Tahniah kepada team Denaihati Network & urus setia yg telah menguruskan majlis dengan lancar sejak beberapa minggu yg lalu sehingga majlis tamat.
Jutaan maaf kerana ada sebahagian kecil yg datang untuk bertemu pelakon kesayangan Adi Putra tetapi atas perkembangan semasa beliau tidak dapat bersama. Semuga beliau tabah dan dipermudahkan ALLAH untuk menguruskan isu terkini yg sedang berlaku. Sebagai sahabat dan peminat setia pasti kita mendoakan yang terbaik kepada beliau. Esok lusa pasti kita pula diuji ALLAH.
Terima kasih juga kepada semua penaja dan pihak yg terlibat secara langsung dan tak langsung antaranya :
Venue – @casaombak/@ombakcreative
Cake-@PJinspired
Photographer [email protected]_photography
Photobooth – @Glamboxphotobooth
Cookies – @nurrulhadanah
Cheese Tart-@TheBakeGallery
Cake- @PJinspired
Flowers/Roses – @elinhilmi
Lucky Draw-@KuHaniSupprise
Lucky Draw-@Moderndoorgift
Lucky Draw-@TrippleM
Lucky Draw – @MikaCollectionz
Lucky Draw-@Kaww_official
Lucky Draw- @ciciwi_
Lucky Draw -@mamazieza
Sekali lagi kami mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Bertemu di acara yang lain pada November 2016.
#DHNRaya
#SelfieDHNRaya





















