Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, budget 2013 telah umumkan berbagai bantuan seperti BR1M, bonus untuk penjawat awam, bantuan pendidikan, boucar buku, rebet smartphone dan sebagainya hanya bantuan sementara. Harga barang pasti akan terus naik dengan pergolakan ekonomi dunia yang tak nampak bila akan berakhir. Jadi mulai sekarang kita hanya ada dua pilihan iaitu bagaimana nak tambah income sampingan atau mengurangkan belanja ikut kemampuan.
Ada pulak yang risau nak simpan emas fizikal. Bahaya tu nak simpan emas fizikal banyak-banyak kat rumah mana tahu jadi macam aku rumah kena pecah …. pasti putih mata tengok emas kena rampok. Ada caranya nak melabur dengan emas fizikal ni … macam mana caranya tu kenalah belajar. Agak-agak kalau Denaihati Network buat training pelaburan emas ada ke yang minat nak join?
Ramai juga yang bertanya pelaburan emas online seperti ECMC, RGCX dan VGMC. Jawapan aku, syarikat tersebut adalah syarikat tidak berlesen dan tidak dalam kawalan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Biasalah kawan-kawan akan datang cakap ini bagus itu hebat tapi akhirnya duit kita punya buat keputusan yang betul. Berani buat berani tanggung risiko jangan pulak kalau dah bermasalah akan menyalahkan orang lain.
Dalam pelaburan kita mesti bijak mengukur kemampuan diri sendiri jangan melabur melebih keupayaan kerana semua pelaburan ada risikonya. Banyak syarikat gergasi di Amerika pun boleh tutup setelah dilanda tsunami ekonomi inikan pulak syarikat yang biasa-biasa … tapi jangan pulak lansung tak melabur kerana terlalu takut dengan risiko.
Hidup ini pun penuh dengan risiko bukan sahaja pelaburan.
Emas pelaburan bijak yang perlukan ilmu. Jadi jangan berhenti mencari ilmu.
Joom tengok harga emas terkini
Prinsip pelaburan emas mudah je beli masa harga murah dan jual bila harga mahal. Blogger ini dah buat duit dengan emas fizikal. Kepada yang minat property boleh tanyan Blogger ini dan kepada yang minat jual beli saham boleh tanya Blogger ini. Apa pun bidang tak kisah janji RAJIN jangan MALAS tapi mengeloh dan salahkan orang sana sini … memanglah orang tak suka.
102 Comments
bukan pelaburan dah ni…. PELEBURAN…. hhohoho
Curahan rasa zack @ ..Alhamdulillah….Penat….
kenapa dinar dan dirham stabil,, karena terbuat dari emas,
Bila ketamakan menguasai diri, keputusan yang dibuat dengan begitu mudah singkat tanpa mengkaji dan meneliti terlebih dahulu.
Pelaburan perlu hati hati nanti jadi peleburan pulak nanti. Banyak syarikat emas dibuka 2 atau 3 tahun lepas. Jangan mudah diperdaya..
Curahan rasa Rem @ ..Rahsia Kekayaan Berganda
Amaran awal BNM dengan menyenaraikan 77 buah syarikat pelaburan yang tidak sah tidak diendahkan. Bila sudah diserba, baru pelabur kelam kabut! Hmm..
Curahan rasa anif @ ..Live Streaming – The UEFA Champions League – Arsenal vs Olympiakos
emas memang merupakan salah satu produk investasi yang lebih aman daripada produk investasi lainnya seperti saham dan properti. emas juga lebih liquid dan tahan terhadap inflasi.
Curahan rasa natural beauty @ ..Natural Herb For Vaginal Tightening
sikit2 lama2 jadi bukit …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..‘Korban’ projek lebuh raya
Kasihan customer geneva…emas yg ada pada mereka tu..siapa yg nak beli?
ya benar kalau tak ada ilmunya cuma modal uang saja tetap riskan
Curahan rasa munir ardi @ ..Champions League results Matchday 2. Wednesday 3rd Oktober 2012
takut nk join pasal emas ni sebenarnye..
salam..
setuju sangat tentang pelaburan emas ini
tetapi labur emas sebaiknya biarlah emas
fizikal sebab ada kesanya dalam hidup kita
kemudian hari 🙂
http://www.zulkbo.com/2012/06/soal-jawab-berkenaan-pelaburan-emas.html
Curahan rasa Bro Zulkbo @ ..Orang Makan Babi Kini Babi Pun Makan Orang
Nak try juga ni pelaburan emas. Betul juga komen tu, bagus setiap bulan, laburkan sedikit untuk beli emas. Dari 100% pendapatan, mungkin 5%-10% boleh la simpanan pelaburan emas.
Curahan rasa Naziman @ ..Blog Popular mesti ada kumpulan – Tip Blogging
cincin emas belah rotan? wah. idea tu pun menarik la… boleh juga gunapakai tu..
Curahan rasa boni kacak @ ..Nak Jadi Macam Hanis Zalikha
hm.. memang nak melabur emas cuma tak tau nak mula camne
Curahan rasa zool @ ..Presiden Persatuan Bolasepak Perlis hutang along
nanti boleh belajar dengan bro DH kot
Curahan rasa zool @ ..Pemandu teksi mogok
wah……beralih lagi di bisnis pasar emas….memang emas paling tepat untuk investasi jangka panjang,
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Apa Yang Anda Lakukan Jika Menerima Email Yahoo Loterry Award
Comments are closed.