Emak orang kat Taiping ni beli buku teks

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang terkedu tak terkata sedih sangat bila melihat video remaja perempuan Melayu sedang berbogel dengan selamba menipu emak tanpa ada perasaan bersalah. Dialog “Emak orang kat Taiping ni beli buku teks” menjadi viral dan tontonan di sosial media. Apa agaknya perasaan si ibu kalau dia menonton video penipuan anak dara dia yang sedang berbogel. Maaf tak sanggup aku nak tampal video bogel anak dara Melayu kat blog ini.

Kegagalan ibu bapa mendidik anak

Setiap daripada kita samada sudah mempunyai anak atau bakal mempunyai anak. Apa agaknya perasaan kalau anak kita menipu kia begini? Aku yakin pasti semua akan merasa kecewa tetapi siapa yang harus disalahkan anak atau ibu bapa??

video_remaja_melayu_tipu_ibu_beli_buku_teks

Kehidupan akhir zaman memang sangat mencabar. Fokus ibu bapa kepada mencari rezeki kekadang menyebabkan anak terbiar dan mengundang berbagai gejala negatif kemudian hari. Mengimbau kehidupan silam semasa kecil ibu bapa aku sibuk mencari rezeki untuk memberi sesuap nasi kepada keluarga serta menampung kos pendidikan sehingga pakaian bertahun tidak pernah bertukar. Hari ini ibu bapa sibuk mencari rezeki untuk bertukar fesyen tudung, bertukar model kereta dan gajet terbaru sehingga anak-anak terabai. Banyak kejadian di sekolah anak aku yuran pelajar berbulan tidak berbayar sedangkan ibu bapa memandu kereta boleh tahan mewah.

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Video gadis bogel tipu ibu beli buku teks ini hanya sekelumit daripada jutaan masalah anak-anak yang ada di Malaysia. Orang politik akan salah menyalah antara satu sama lain tanpa mereka menyedari bahawa mereka juga ibu bapa yang mempunyai masalah mendidik anak. Pendakwah-pendakwah tidak pernahkah terfikir bahawa sistem pendakwahan yang diamalkan sekarang mungkin kurang tepat sehingga tidak dapat membendung masalah keruntuhan akhlak masyarakat.

Buku Denaihati

Sangat sedih apabila rogol, dera, ketagihan dadah, membunuh, seks bebas, buang bayi dan bunuh diri sudah menjadi budaya orang Melayu. Setiap hari ada sahaja berita sedih yang terpapar di dada media perdana sehingga tak sanggup nak membaca. Lebih malang majoriti kes sedih ini berlaku di kalangan remaja Melayu.

Kegagalan remaja Melayu adalah refleksi kegagalan ibu bapa Melayu mendidik anak-anak menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Aku yang mempunyai anak bujang dan dara memang merasa gentar untuk mendidik mereka dalam dunia teknologi tanpa batas. Sebagai ibu bapa kita mesti berusaha mencari ilmu baru kaedah mendidik anak dengan sentiasa memohon bantuan dari ALLAH.

Cara Rasulullah didik anak

Rasulullah SAW telah mengajar kita bagaimana nak mendidik anak mengikut tahap umur. Cara Rasulullah SAW mendidik adalah cara yang terbaik yang mesti kita ikuti. Orang tua kita juga sudah memberi nasihat kalau sayangkan anak rotan-rotankan. Tahap paling penting  mendidik anak adalah ketika anak-anak masih kecil kerana apabila sudah remaja seperi remaja dalam video tipu ibu beli buku teks memang dah susah. Tak kan kita nak rotan mereka yang sudah remaja, silap-silap kita dirotan semula. Melentur buluh biar dari rebung bukan dah jadi batang buluh baru nak di lentur pasti patah. Asas paling penting untuk anak-anak adalah ilmu mengenal ALLAH dan Rasul. Tapi kalau ibu bapa tak kenal ALLAH dan Rasul macam mana anak nak kenal. Jangan sesekali salahkan anak-anak sebelum kita sempat cemin diri kita sendiri kalau dah ibu bapa kencing berdiri pasti anak kencing berlari.

Kongsikan pandangan rakan-rakan bagaimana cara terbaik mendidik anak-anak sekarang.


Spread the love

100 Comments

  1. sesungguhnya amatlah berat tanggungjawab sebagai ibu bapa,dan di situ terletak nya bagaimana cara ibu bapa menjadikan anak-anak sebagai yang terbaik dan berjaya,ibu bapa harus rapat dengan anak-anak,itu sangat penting..

  2. Jadi takut untuk menghadapi hari-hari mendatang.. Macam-macam difikiran.. Apa akan jadi pada anak-anak bila besar nanti? Macamana nak pastikan anak tak terikut dengan bisikan-bisikan jahat?

    Sebagai ibu bapa memang berat sangat tanggungjawab kita dalam membesarkan anak.. Jangan salahkan orang sekeliling bila terjadi perkara macam ni sebab pendidikan sebenarnya bermula dari rumah.. Tak boleh serahkan bulat-bulat tanggungjawab pada cikgu sekolah.. Itulah kesilapan terbesar didikan ibu bapa sekarang ini..
    Curahan rasa Moms Avenue @ ..5 Langkah Penjagaan Kulit Lelaki Yang Menarik Perhatian WanitaMy Profile

  3. menyedihkan sekali, sebagai orang tua harus menyempatkan mengajak bicara santai kepada anak, kebanyakan orang tua terlalu sibuk dengan pekerjaan sehingga tidak memperhatikan anaknya. Artikel ini mengingatkan saya agar lebih meningkatkan cara mendidik anak, terima kasih sudah berbagi
    Curahan rasa haidar @ ..Obat Herbal Untuk Diabetes Xamthone Plus SolusinyaMy Profile

  4. Simpati kawe bukan sahaja pada mak gadis tersebut tetapi gadis itu sendiri. Saya yakin jika fikirannya tidak dipesongkan dan jika dibesarkan dalam persekitaran yang lebih positif, dia tidak jadi begitu. Harap kita semua tidak judgmental terhadap insan2 yang kurang bernasib baik sebegini. Sebaliknya mereka yang mampu utk membantu dan keluarkan mereka dari kehidupan sebegini dapat melakukan sesuatu. My 5 cents.

  5. Ya ALLAH, minta dijauhkan dari anak-anak. Sekarang zaman teknologi. Anak-anak pula lebih pandai dari ibu bapa. Kita sebagai ibu bapa perlu bimbing, didik dan awasi kelakukan anak-anak biarpun bukan di depan mata setiap hari…tapi perlukan ruang untuk bersama anak dalam setiap masa.
    Curahan rasa ema @ ..Gelagat anak bila bersukanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!