Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ingat lagi cabaran “Dulux Inspire Lebih Cerah Lebih Ceria” yang aku kongsi sebelum ini? Setelah mencuba sendiri mengecat menggunakan cat Dulux Inspire, terbukti Dulux Inspire sememangnya cat yang sangat berkualiti dan bermutu tinggi. Proses mengecat pun jadi lebih mudah. Dalam entri kali ni aku nak share sikit lah pengalaman mengecat menggunakan cat Dulux Inspire.
Untuk cabaran mengecat dengan Dulux Inspire, aku telah buat keputusan untuk mengecat ruang pejabat Denaihati Network di Shah Alam. Alhamdulillah kerja-kerja mengecat jadi lebih cepat siap dengan bantuan rakan-rakan Team Denaihati. Warna cat yang kami pilih adalah Cherries Jubilee dalam kategori warna merah. Abang Ensem cakap warna merah Arsenal. Maaflah untuk contest teka cat dulux tiada seorang pun meneka dengan tepat jadi tak ada pemenang untuk T-Shirt Blogger Denaihati.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/cat-dulux-inspire-unboxing.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/dulux-inspire-cat-buka.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/dulux-inspire-abang-ensem-eizil.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/dulux-inspire-cherries-jubilee.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/cat-dulux-inspire-warna-arsenal.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Agak susah juga nak buka penutup cat Dulux Inspire ni. Perlukan tangan yang gagah untuk buka penutup dia. Nasib baik ada Eizil yang gagah perkasa kalau Abangensem harapkan ensem je .. heee jangan marah. Walaupun kerja-kerja mengecat dibuat dalam bulan puasa, Alhamdulillah Team Denaihati semuanya kuat dan bertenaga serta penuh bersemangat untuk lakukan proses mengecat ruang pejabat Denaihati Network sempena Hari Raya Aidilfitri.
Sebelum kerja-kerja mengecat dimulakan kami ambil kesempatan untuk cipta seni kreatif tak terkalah menggunakan cat Dulux Inspire. Hehe. Jarang dapat peluang macam ni, jadi kami gunakan saat tu dengan sebaiknya. Jom tengok hasil kerja seni Team Denaihati.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/seni-cat-dulux-inspire.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/denaihati-dulux-inspire.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/dh-dulux-inspire.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/dh-denaihati-dulux-inspire.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/abangensem-denaihati-dulux-inspire.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/eizil-denaihati-dulux-inspire.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/shakiddo-denaihati-dulux-inspire.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/anarm-denaihati-dulux-inspire.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/denaihati-ilhamku-dulux-inspire.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/karya-seni-team-denaihati-dulux-inspire.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Peralatan Untuk Mengecat Rumah / Pejabat
Setelah semua ahli Team Denaihati selesai menghasilkan seni kreatif di dinding pejabat Denaihati Network menggunakan cat Dulux Inspire dan mengambil gambar, kerja-kerja mengecat pun dimulakan. Sebelum mengecat pastikan peralatan-peralatan untuk mengecat disediakan terlebih dahulu. Peralatan mengecat yang diperlukan ialah:
- Roller atau penggelek cat
- Berus cat
- Bekas roller (bekas penggelek cat)
- Batang penyapu atau kayu panjang untuk mengecat ruang tinggi
- Thinner untuk buang cat yang melekat
- Kertas surat khabar untuk alas lantai supaya tak kotor terkena tumpahan cat
- Cat Dulux Inspire (semestinya perlu ada)
Video bertapa mudahnya mengunakan cat Dulux Inspire
Gambar mengecat mudah dengan Dulux Inspire
Terdapat banyak pilihan cat di pasaran sekarang. Untuk dapatkan hasil yang kemas dan cantik, pilih cat yang bermutu untuk mengelakkan ia mudah berkulat. Disarankan guna cat Dulux Inspire kerana Cat Dalaman Dulux Inspire mempunyai Sebatian Organik Meruap (VOC) yang rendah serta kurang berbau. Ianya juga memberikan kemasan yang cantik dan licin selain mudah untuk disapukan.
Untuk Cat Luaran Dulux Inspire pula, ia memberikan kemasan kusam dengan kelegapan yang mencukupi untuk liputan cat yang luas serta ciri tahan alga dan kulat, tahan mengelupas dan juga tahan kotoran. Cat Dulux Inspire juga menampilkan Teknologi Chroma Brite yang membantu mengekalkannya nampak segar dan baru dengan lebih lama lagi.
Proses mengecat memang sangat mudah dengan Dulux Inspire. Untuk pastikan cat nampak kemas dan cantik, proses mengecat perlu dibuat dengan urutan dari atas ke bawah atau dari bawah ke atas untuk hasil yang lebih memuaskan.
Walaupun mengecat hari tu macam tak berapa betul caranya, sekejap atas bawah, sekejap kanan kiri, tapi cat Dulux Inspire tetap menampakkan hasil yang cantik kerana warnanya yang menyerlah membuatkan ianya nampak kemas, lebih cerah dan lebih ceria. Memang betul tak perlu kepakaran pun nak mengecat dinding dengan menggunakan cat dulux ini. Tak perlu nak bancuh dengan air atau sebagainya hanya perlu celup dan rol sahaja atas permukaan dinding.
3 lapisan cat perlu dibuat pada dinding yang dicat untuk nampak lebih cantik. Lapisan pertama cat seperti biasa dengan warna yang dipilih. Bila dah siap, biarkan cat tersebut kering. Lepas tu, cat lagi 2 lapisan untuk kemasan.
Mengecat menggunakan Dulux Inspire memang sangat mudah terutamanya bagi mereka yang bukan pakar dalam kerja-kerja mengecat. Nak basuh kesan cat yang terkena tangan pun senang. Hanya basuh menggunakan air, kesan cat sekejap saja boleh hilang. Itu kehebatan cat Dulux rupanya tak perlu pun guna thinner untuk membuang kesan cat di tangan atau di lantai.
Hasil Mengecat dengan Dulux Inspire
Rasa seronok dan teruja bila tengok dinding baru pejabat Denaihati Network yang telah siap dicat menggunakan cat Dulux Inspire. Ruang pejabat Denaihati Network sekarang ni nampak lebih cantik berbanding sebelum ni. Dalam suasana baru yang lebih ceria ini InsyaAllah akan bangkitkan lagi semangat menganjurkan lebih banyak kelas untuk blogger. Bukan saja kelas belajar buat blog, mungkin akan diadakan juga kelas-kelas lain yang boleh memberi manfaat kepada semua blogger.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/dinding-ofis-denaihati-network1.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/dinding-ofis-denaihati-network2.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/dinding-ofis-denaihati-network3.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Memilih Warna Cat Yang Sesuai – Dulux Colour Consultant
Bagi anda yang tak tahu nak pilih cat warna apa yang sesuai untuk menghias dinding rumah, di laman web Dulux.com.my ada disediakan tool untuk anda cuba sesuaikan warna cat dengan ruang yang ingin dicat. Boleh mengecat secara virtual pada gambar ruang dalam rumah dan luar rumah. Dengan cara ini, anda akan dapat buat pilihan warna yang sesuai untuk rumah anda.
Boleh pilih gambaran ruang yang ingin dicat sama ada bilik mandi, bilik tidur, ruang makan, dapur, ruang tamu dan juga bahagian luar rumah. Pilih gambaran ruang yang ingin dicat, pilih warna yang digemari dan tarik pilihan warna tersebut menggunakan mouse ke bahagian yang ingin dicat. Kemudian lihat hasilnya.
Sekiranya masih tak dapat buat keputusan untuk pilihan warna cat yang diinginkan, paling mudah anda boleh gunakan perkhidmatan Dulux Colour Consultant untuk bantu buat pilihan warna yang sesuai. Ini adalah perkhidmatan percuma oleh Dulux Malaysia untuk memberi khidmat nasihat kepada pelanggan.
Anda hanya perlu mengisi borang secara online di laman web Dulux.com.my dan menghantar gambar bilik atau dinding yang ingin dicat. Seterusnya pihak Dulux akan menghubungi anda dalam tempoh sekurang-kurangnya 5 hari bekerja dan akan memberi 2 cadangan warna yang disyorkan bagi memenuhi citarasa pelanggan mereka.
Peraduan Aksi Cerah & Ceria – Dulux Inspire Tawarkan Hadiah Menarik
Untuk makluman semua, Dulux Malaysia juga akan menganjurkan Peraduan Aksi Cerah & Ceria dengan hadiah yang sangat menarik untuk dimenangi. Contest ini akan berlangsung selama lebih kurang 4 minggu bermula dari 28 Ogos hingga 24 September 2013. Hadiah yang ditawarkan untuk contest Dulux Inspire ini adalah bernilai RM4,800. Menarik kan?
Untuk join contest anjuran Dulux Malaysia, apa yang perlu dibuat :
- Dapatkan lokasi trak bergerak Dulux Inspire di 4 kawasan iaitu Utara, Selatan, Pantai Timur dan Central (Lokasi trak akan diumumkan pada setiap hari di halaman FB Dulux Malaysia)
- Ambil gambar anda dengan aksi penuh ceria di dalam set bilik yang terdapat dalam trak bergerak Dulux Inspire.
- Pergi ke halaman FB Dulux Malaysia dan klik contest app.
- Upload gambar yang telah diambil.
- Kongsikan dan dapatkan undi untuk menang (Pemenang ditentukan dengan 50% undian awam + 50% undian hakim)
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Dulux Malaysia di www.dulux.com.my atau layari Facebook Dulux Malaysia di Facebook.com/DuluxMalaysia. Boleh juga hubungi khidmat pelanggan Dulux Malaysia di talian bebas tol 1800-88-9338 (Isnin – Jumaat, 9am – 5pm).
59 Comments
kena mencari trak tu sebelum encik titan jumpa…
part silang kata tu kalau kekalkan disitu pasti lebih ceria…
Curahan rasa Saljuhumairah @ ..Jangan Beli Proton Suprima S.
Wah! gotong royong mengecat opis. bestnya! Ada contest Dulax lagi tu.
Pssttt.. warna merah bukan Arsenal jer ehhh… 😀
Curahan rasa Ismail N @ ..Burger Bakar At KK Burger Bakar
Mula-mula nak gelak dulu hakhak…
baca entri ok dah … agak serius pengisiannya… ada unsur-unsur promosi… tapi bila tengok gambar… kelakor…
sempat lagi main teka silang kata… ahkahakhka… kelakor lah kalian semua ni… tak tahan tang silangkata tu ahahahah…
Curahan rasa SilenceBlogz @ ..Tutorial Cara Buat Marquee Image | Gambar Bergerak | Scrolling Image
celah mana aku nak cari trak tu wehh..
haha
Curahan rasa titan @ ..Macam mana aku boleh terhabis bayar hutang PTPTN?
Lokasi trak akan diumumkan pada setiap hari di halaman FB Dulux Malaysia….
Curahan rasa Denaihati @ ..Dulux Inspire mudah dan menaikkan cerah ceria ruang
sekali pandang pink , tp sekali lagi pandang merah .. lawa la warna opis DH ni …
Hahaha…banyak nama boleh ada di bawah abang ensem yer..kahkahkah..kreatif lah korang ni..
Curahan rasa Hafizul @ ..Perbezaan Kita dan Nabi SAW Menyambut Hari Raya
Ini sangat interesting. mcm mcm color ada tu.
Curahan rasa Fyzal @ ..World’s Tallest Lego Tower 2013 By Delaware Students
woowwww…merah menyala….. ada ‘ong’ …..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Cara Selesaikan Masalah URL Restricted by Robots.txt
Tau tak pe .. Heeee
Deluxe memang cat pilihan saya….memang pilihan warna juga lebih menarik,…
Curahan rasa daddydee @ ..Blogger Sebagai Kerjaya
Jadi cerah ceria tuh kantor Denaihati Network…
Tapi, kenapa ya Denaihati memilih warna merah bukan warna hijau? 🙂
Bang Dadan teman-teman team DH pilih warna merah kerana katanya DH suka team Arsenal
kelas gambar mengecat Chelsea vs Arsenal tuuuu..hee
wah..contest..contest..
boleh dicuba
Curahan rasa cikgu naman @ ..20 Ipad Mini Untuk Dimenangi dalam Snap, Post & Win
kebetulan aku mmg nak cat rumah nih, kaler jingga rasanya sesuai dgn perabot rumah aku. Belum beli lagi dan tak pasti nak guna cat brand apa dan yg mana.
Curahan rasa encikarman @ ..Gambar Pasar Siti Khadijah Kota Bharu – Jalan-jalan Raya
wah makin cerialah pejabat DH sekarang nih yer…
Curahan rasa papa mifz @ ..Jom Peluk Saya
cantik gak kaler ni…makin mengaumlah team dh lepas ni!
nak kena alert..kot2 tiba2 nampak trak dulux =)
Curahan rasa hafizmd @ ..4 Cara Kuruskan Badan Yang Korang Jangan Buat!
yang pasal tools tu nampak menarik sebab kita boleh test warna yg kita suka dan cuba, selepas puas hati leh beli dikedai terus, serius menarik
Curahan rasa Juan @ ..Resepi Bihun Sup Ayam Sedap Johor
memang sangat menarik, simulasi ruang yang nak dicat sebelum buat pilihan terakhir.
Curahan rasa Denaihati @ ..Dulux Inspire mudah dan menaikkan cerah ceria ruang
Comments are closed.