Arsenal kalah tapi bukan tewas

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bila keluar je status Arsenal di FB Denaihati pasti ada komen negatif yang diterima. Ramai Rakan Blogger yang sudah cop Denaihati dengan Arsenal. Dua orang Blogger penyokong tegar Liverpool, Shakiddo dan Melasting Bintang lagilah mengutuk sakan macamlah Liverpool tiap-tiap tahun dapat julang piala.

“Sorry tp say…selagi arsena wenger jadi jurulatih arsenal jgn haraplah nak dpt piala….heheh – Faizal Fredley

“Mengecat office dengan warna Arsenal, mengecat sambil berbaju Arsenal, itulah brader Denaihati si kipas-susah-mati Arsenal – Fakarepain

Aku tak kisah kena kutuk yang penting strategi blogging untuk menjadikan Arsenal sebagai niche blog ini telah berjaya menarik perhatian pembaca. Lagi banyak kontrovesi Arsenal lagi bagus .. lagi banyak Arsenal tewas lagi bagus untuk penjenamaan blog ini. Arsenal sudah tidak dapat dipisahkan dengan blog Denaihati. Punya fanatik sehingga cat ofis pun warna Arsenal.

Keputusan Arsenal vs Aston Villa

Memanglah ramai peminat Arsenal kecewa bila tewas perlawanan pertama BPL musim 2013/14 kepada Aston Villa walaupun telah mendahului pada minit ke enam hasil jaringan Giroud. Perlawanan Arsenal menentang Aston Villa di Stadium Emirates memang menarik tetapi dicemari oleh beberapa keputusan pengadil yang tidak menyebelahi Arsenal.

Arsenal vs Aston Villa

Tewas perlawanan pertama bukan berakhir perjuangan Arsenal kerana musim 2013/14 baru bermula lihat sahaja apa yang berlaku kepada Tottenham yang begitu cemerlang di awal musim 2012/13 tetapi merosot di akhir musim. Arsenal pula sebaliknya pada musim lepas dengan permulaan yang teruk tetapi berjaya mengakhiri dengan kejayaan tempat ke empat. Musim ini pasti Arsenal akan menjulang sekurang-sekurangnya satu piala dan berada top 4 bersama Chelsea, MU dan MC. Liverpool sorrylah kelas lain .. biasa Liverpool bersaing dengan Tottenham dan Everton je.

Fenerbahce vs Arsenal Play-off Champion League 2013/14

Arsenal akan bertandang ke Istanbul untuk menentang Fenerbahce untuk play-off Champion League 2013/14. Perlawanan ini sangat penting kerana setiap kelab yang layak ke Champion League akan menerima hadiah sebanyak Euro 40 juta. Jumlah hadiah yang besar menjadi rebutan semua pasukan besar dan sehingga kini Arsenal sudah layak sebanyak 15 kali berturut-turut dan malam ini penentuan untuk kali ke 16. Liverpool ada ke??

Live Streaming Fenerbahce vs Arsenal @ Goal

Live Fenerbahce vs Arsenal


 

Video Fenerbahce vs Arsenal :

 

Keputusan Fenerbahce vs Arsenal : 0 – 3

Keputusan pay-off kedua Arsenal vs Fenerbahce : 2 – 0

Keputusan Play-off Champions League 2013/14

[box type=”shadow”]Shakhter Karagandy vs Celtic : 2 – 0

FC Viktoria Plzen vs Nk Maribor : 3 – 1

Olympique Lyonnais vs Real Sociedad : 0 – 2

Pacos Ferreira vs Zenit : 1 – 4

PSV Eindhoven vs AC Milan : 1 – 1

Dinamo Zagreb vs Austria Wien : 0 – 2 (3 – 2)

Schalke 04 vs POAK : 1 – 1 (3 – 2)

Ludogorets vs Basel : 2 – 4 (0 – 2)

Steaue Bucaresti vs Legia Warszawa : 1 – 1 (2 – 2)[/box]

Keputusan BPL 2013/13 Week #2

[box type=”shadow”]Chelsea vs Aston Villa : 2 – 1[/box]

Kalau aku nak buat Kelab Blogger Arsenal ada ke yang berani nak mengaku penyokong Arsenal?

34 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!