Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi mesti ramai yang dah merancang untuk makeover rumah seperti menukar jubin baru, menukar langsir baru, sofa baru, perabot baru, ubahsuai rumah, cat semula rumah dan sebagainya.
Sebut tentang cat rumah baru-baru ni Team Denaihati telah dijemput untuk majlis pelancaran Dewan Keluarga Harmoni di Kampung Lindungan, PJS 6 yang baru saja dicat semula menggunakan Dulux Inspire. Cat yang digunakan nampak sangat cantik dan kemas.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”350″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/produk-dulux-inspire.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”350″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/cw-goh-dulux-inspire-dewan-keluarga-harmoni.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Majlis pelancaran pada hari tu dirasmikan oleh Encik CW Goh, Pengarah Urusan Akzo Nobel Paints (Malaysia) Sdn. Bhd. – dahulunya dikenali sebagai ICI Paints (Malaysia) Sdn. Bhd.
Proses Mengecat Lebih Mudah dengan Dulux Inspire
Dengan Dulux Aspire bertambah naik seri Dewan Keluarga Harmoni Kampung Lindungan dan lebih cerah serta lebih ceria setelah siap dicat semula sehingga menimbulkan rasa berminat untuk menukar cat ruang pejabat Denaihati Network yang bakal menganjurkan majlis rumah terbuka hari raya.
Nak tahu sebab apa aku begitu semangat nak menukar cat ruang pejabat kerana Dulux Inspire bukan sahaja memberi nilai terbaik malah proses mengecat adalah lebih mudah. Dulux Inspire juga turut menampilkan Teknologi Chroma Brite yang membantu mengekalkan rumah untuk terus nampak segar dan baru dengan lebih lama lagi. Bertambah ensemlah pejabat Denaihati Network selepas ini.
Ceriakan Hari Raya dengan Dulux Inspire
Seperti kebiasan apabila menjelang Hari Raya ramai pemilik kediaman akan makeover rumah dengan mengecat semula rumah mereka dengan warna-warna yang trendy dan menarik bagi menerima kunjungan tetamu dan rakan-rakan. Antara kawan-kawan yang bakal mengecat baru rumah meraka adalah Kak Yanmie, Kak Sumijelly dan Puanbee. Sambutan Hari Raya Kak Yanmie dan Puanbee tahun ini pasti jadi lebih bermakna dengan keindahan dan keceriaan rumah yang dicat semula dengan Dulux Inspire. Paling best dengan Dulux Aspire mereka yang bukan pakar mengecat mancam aku inilah pun mampu mengecat untuk mencapai kemasan licin yang lebih cerah dan lebih ceria.
Dulux Inspire juga meliputi kawasan yang lebih luas dan memberi perlindungan yang lebih lama selain memiliki ciri-ciri penting cat yang bermutu tinggi untuk menjadikan kediaman lebih cantik lagi di hari raya nanti.
Pilihan Warna Dulux Inspire
Dulux Inspire menawarkan pilihan warna yang cantik dan terang dengan kemasan yang lembut licin pada nilai yang terbaik. Pada masa yang sama menawarkan standard bermutu tinggi yang sudah menjadi sebahagian daripada komitmen jenama Dulux.
Naik pening kepala nak memilih warna yang sesuai untuk ruang pejabat kami sebab Dulux Inspire terdapat dalam pilihan 22 warna yang sedia ada dan 192 warna POST (iaitu warna adunan mesin) dalam 8 kumpulan warna bagi memberikan pelbagai pilihan warna untuk menghiasi kediaman sempena musim perayaan.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”350″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/dulux-inspire-colour-catalogue.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”350″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/warna-dulux-01.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”350″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/warna-dulux-02.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Lagi satu keistimewaan Dulux Inspire tersedia dengan 2 jenis cat untuk kegunaan dalaman dan luaran. Cat Dalaman Dulux Inspire mempunyai Sebatian Organik Meruap (VOC) yang rendah serta kurang berbau dan memberikan kemasan yang cantik dan licin selain mudah untuk disapukan. Cat Luaran Dulux Inspire pula memberikan kemasan kusam dengan kelegapan yang mencukupi untuk liputan cat yang luas serta ciri tahan alga dan kulat, tahan menggelupas dan tahan kotoran.
Macam mana agaknya wajah ruang dalaman selepas menggunakan cat Dulux Inspire ini? Pasti pejabat Denaihati Network akan lebh cerah dan lebih ceria selepas ini. Nantikan entri kesinambungan yang akan dikongsikan selepas selesai kerja-kerja mengecat. Rasa sangat teruja! Terbayang muka Abang Ensem, Anarm dan Shakkido yang penuh dengan cat Dulux Aspire … heeeee.
Kalau Kak Yanmie memilih warna Horizon Blue, Kak Sumijelly pilih Glistering Sea dan Puanbee memilih Mardi Grass, Rakan Blogger tekalah apa warna cat pilihan kami? Tekaan warna paling tepat akan mendapat sehelai t-shirt Denaihati. Nak pilih warna klik Warna Dulux Aspire.
Kepada Rakan Blogger yang terfikir nak makeover rumah tu apa lagi jangan lupa pada Dulux Inspire yang anda boleh dapatkan di kedai-kedai Dulux yang terpilih dalam kedua-dua rangkaian cat luaran dan dalaman dengan pek bersaiz 1 liter, 5 liter dan 18 liter.
Untuk maklumat lanjut tentang Dulux Inspire, sila layari laman web rasmi Dulux Malaysia di www.dulux.com.my (ada promosi hari raya) atau layari Facebook Dulux Malaysia di Facebook.com/DuluxMalaysia.
67 Comments
English Apple pilihan denaihati..akak pun masih lagi tercari-cari untuk cat rumah akak
muja agak baby blue,, sebab muja suka baby blue,, wakakkaa
dulux memang cat yang di percayai , acik pilih caribbean water
Curahan rasa aku penghibur @ ..Segelintir Masyarakat Menjadikan Kemalangan Sebagai Bahan Tontonan, Umpatan Daripada Menolong
Di Indonesia, Dulux juga merupakan cat yang banyak dipilih.
Saya rasa pilihan warna Bro DH adalah Mirage DSMCG2060
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Tips Mengatasi Bau Mulut Saat Berpuasa
Dulux memang terbaik, cat berkualiti dan warnanya menarik perhatian bak kata warna yang hidup 🙂
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Menang Promosi Kontes
teka teka ni tak berapa nak pandai..so malas nak teka..erm..rumah sendiri pun takde lagi..tengok je la cat yang best best tu kan..:D
Curahan rasa reezluv @ ..Bagaimana Ping Di WordPress?
Saya rasa bro akan pilih warna Apple White DSPGC25074 sebab warna ni menarik
Curahan rasa wazy @ ..Jom Sertai Konvensyen Usahawan Muslim 2013
Memang menarik rumahku kalau dpat mengecat…
Curahan rasa hafiz @ ..Sup Ikan Merah dan Udang Goreng Kunyit
baru tercari2 jenis cat apa nak beli… dah jumpe!
bertuahnyaa dapat cat raya… 🙂 maybe rona hijau juga kot tekaan saya
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Diari Ramadhan 1: Menjelang Ramadhan, Ramadhan hari pertama hingga ketiga
memang berhajat nak cat dinding rumah dalam masa terdekat ni…. InsyaAllah…. ada rezeki tgk la 2 3 hari lagi nak gi beli cat dan memang sejak seminggu lepas duk survey cat jenama Dulux Inspire ni sejak tengok iklan kat tv…….
Ermmm…rasanya team Denaihati pilih cat warna Hijau kot…. mungkin kode Hang Time, Leaping Lizards, Margarita, Lime Fizz, Spring Dew ke?? Kalau nak pilih kode hijau mmg banyak.. Naik juling mata tengok, semua warna cantik2 belaka…. Tapi confirm kot Denaihati akan pilih warna hijau sebab sama warna dengan logo Denaihati tu…. Agak je….
Wah, meriahnya…ramai yang tukar cat. Apalah warna pilihan Denaihati ya?
English Apple tu nampak cantik. Mungkin warna itu kot?
Curahan rasa Kak Long Mawar Merah @ ..Cara memproses sutera
Saya teka DH akan pilih warna MIRAGE , Kod : DSMCG2060 sebab ia bersesuaian dengan warna hijau tema blog Denaihati ni..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Saya Menang Grand Prize RM20k
kene la cat rumah… ramai sgt tangan conteng sana sini kat dnding umah ni…….hik3
apa boleh buat duduk rumah sewa. Kalau rumah sendiri boleh juga…..
Comments are closed.