Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Seperti yang kita tahu dan telah menjadi viral satu Malaysia adalah banyak kes di jalan raya yang melibatkan pemandu mabuk yang melanggar orang yang tidak bersalah dan menyebabkan kematian.
Malah cerita pemandu mabuk bukanlah cerita yang baru tetapi malapetaka yang sudah lama menghantui Malaysia.
Ini antara cerita sedih yang menyebabkan banyak air mata tumpah ke bumi.
Kerinduan berpanjangan yang tiada sudahnya. Jom sama-sama kita teliti cerita di bawah ini;
KANGAR : Seorang penunggang motosikal cedera termasuk retak tempurung kepala selepas dirempuh pemandu warga emas yang mabuk di Jalan Raja Syed Saffi, Bintong malam tadi.
KUALA LUMPUR : Seorang pembonceng motosikal maut manakala penunggangnya parah, apabila motosikal mereka dilanggar seorang pemandu yang dipercayai mabuk, di Kilometer 34.2 Lebuhraya Persekutuan menghala pusat bandar.
BUKIT MERTAJAM : Seorang pekerja kilang maut manakala isterinya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk dalam kejadian di Kilometer 140.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, di susur ke Perai di sini, awal pagi ini.
KUALA LUMPUR, 3 Mei – Seorang anggota polis yang sedang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 di Plaza Tol Kajang Selatan maut selepas dilanggar sebuah kenderaan Toyata Hilux dipandu seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol awal pagi tadi.
Seorang pemandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol merempuh sebelas kenderaan lain di kawasan parkir di Flat Taman Kota Pendamar 2.
SEREMBAN : Seorang pemandu kereta maut manakala tiga penunggang dan seorang pembonceng motosikal cedera selepas mereka dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol, secara melawan arus di kilometer 17.5 Lebuhraya Lekas.
KUANTAN – Satu lagi kes kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk dilaporkan berlaku sekitar jam 11.00 malam tadi.
Terbaharu melalui Facebook Fauzi Azizi Tular kemalangan yang membabitkan pacuan empat roda yang melanggar beberapa buah motosikal di Mardi, Jalan Kebun, Klang. Difahamkan pemandu berbangsa cina itu dalam keadaan mabuk ketika kemalangan itu berlaku.
GEORGE TOWN – Lelaki warga emas yang memandu dalam keadaan mabuk cuba melanggar anggota polis di sekatan jalan raya dalam kejadian berhampiran pusat beli-belah Queensbay, Bayan Baru.
Dan banyak lagi kes pemandu mabuk menyebabkan kemalangan hingga maut di merata Malaysia.
Hadith daripada Uthman RA secara mauquf:
اجْتَنِبُوا الْخَمْرَ فَإِنَّهَا أُمُّ الْخَبَائِثِ
Maksudnya: “Hendaklah kamu menjauhi arak kerana ia punca segala kejahatan dan kerosakan.”
[Riwayat al-Nasaie (8/315)]
Kalian mempunyai kuasa untuk mendesak Kerajaan melaksanakan undang-undang berat kepada pembunuh ini.
Mari kita gunakan kuasa kita. Sama-sama kita ambil pengajaran tentang kes-kes di atas. Dah pandai minum, janganlah sesuka hati nak memandu. Itu memang cari pasal sendiri namanya.
#memandumabukmembunuh
5 Comments
Kerajaan kena peruntukkan belanja supaya setiap polis trafik dan anggota JPJ memiliki alat pengesan alkohol. Setiap pemandu kena periksa macam periksa lesen memandu. Jangan bila kemalangan berlaku, baru mahu periksa pemandu itu minum atau tidak. Pemeriksaan tahap alkohol kena dibuat setiap hari terutama waktu malam dan hujung minggu. Ini waktu manusia banyak minum.
Curahan rasa ahmadyani @ ..6 Langkah Mudah Bagaimana Memulakan Bisnes Di Ebay
Kerajaan sudah bertukar, hukum masih belum dilaksanakan, undang undang belum dikuatkuasakan, pemerintah wajib ambil tindakan dengan segera.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Dropship Shopee Sebulan RM8 Ribu Tanpa Henti
Arak ibu segala kejahatan. Moga pindaan lebh ketat akan dilulus dan dikuatkuasa dlm masa terdekat.
semoga penguatkuasaan ke atas pemandu mabuk di jalan dapat diperhalusi dengan lebih tegas demi kesejahteraan hidup semua orang… termasuk pemabuk juga
Kerana nafsu badan binada, tetapi nafus bila dah di luar kawalan makanya peraturan letak di hujung kaki… keputusan yang dibuatpun dah tak seimbang
Comments are closed.