Bersyukur Walaupun Dalam Keadaan Susah Mahupun Senang

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kehidupan ini ibarat satu bentuk permusafiran ibadah bagi seorang hamba menuju Penciptanya.

Dalam perjalanan, kita terpaksa mendaki gunung-ganang yang sukar untuk ditempuhi, merentas lautan yang bergelora, taufan yang mengganas, dan melalui belantara yang tebal serta berduri.

Walau apa yang terjadi dalam hidup ini, lihatlah ia sesuatu yang mendamaikan jiwa meskipun perit yang kita rasakan.

Bersyukur bukan sahaja apabila diberi rezeki dan kurniaan daripada Allah, malah, setiap ujian yang mendatang, lazimi diri untuk terus bersyukur dan melafazkan Alhamdulillah.

Kita bangun dari atas katil, walaupun tak berapa empuk. Tapi ada orang bangun dari kaki lima jalanan.

Kita hidupkan enjin kereta tapi tak boleh. Bateri kong! Ada orang hilang kereta malam tadi kerana dicuri atau kemalangan.

Susah nak kejutkan anak bangun tidur. “Hish budak ni, apa nak jadi”. Tapi ada jiran waktu nak kejut anak bangun tidur, anaknya telah kembali bertemu Penciptanya.

Baca : 5 Cara Bersyukur Dengan Mudah

Kita sudah bosan bekerja kerana 1001 macam perkara tak kena di tempat kerja. Pagi ini ada bapa yang menyara keluarga dibuang kerja.

Kita rasa bosan dengan pasangan kita. Pagi ini ada orang yang telah kehilangan suami atau isteri.

Kita rasa jemu dengan makanan pagi yang disediakan pasangan. Kita komplain. Hari ini ada orang yang hanya boleh makan pakai tiub aje kerana kanser mulut.

Kita rasa pakaian kita tak cukup? Ada orang hanya ada 3 helai baju sahaja.

Kita rasa kecewa kerana kerja dah berpuluh tahun tapi masih tiada simpanan ataupun harta. Semalam ada orang meninggalkan dunia tanpa membawa apa-apa kecuali sehelai kain kapan.

Baca : ‘Ujian’ Yang Allah Beri Adalah Jalan Menuju Ke Syurga

Kita rasa tanggungjawab terlalu besar. Banyak sangat benda nak buat. Kita rasa rimas dengan expectation sekeliling terhadap kita. Malam tadi ada saudara kita yang dijemput Allah memohon untuk dihidupkan semula.

Syukurlah walau apa jua keadaan kita masih bernafas di bumi Allah ini. Alhamdulillah.

Dah baca sila share. Semoga bermanfaat 🙂


Spread the love

One Comment

  1. terlalu banyak yang perlu disyukuri. namun kadang-kadang kita alpa kerana terpengaruh dengan kemewahan orang kehendak nafsu. Mudah-mudahan dengan bersyukur kita akan dapat merasai lebih banyak nikmat.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!