Assalamualaikum dan Salamsejahtera, entri ini bukan nak membawa kekawan ke dunia politik sedang hangat di pasaran. Ramai yang membenci Kerajaan sehingga membenci semua agensi kerajaan seperti Tabung haji yang terlalu banyak jasa kepada umat Islam Malaysia. Itulah demokrasi mungkin apabila kerajaan baru memerintah kelak akan ada formula yang lebih bagus daripada Tabung Haji.
Terkini Dividen dan Bonus Tahung Haji 2016 di SINI
Entri kali ini adalah sambungan kepada kisah Cara duit bekerja untuk kita bukan sebaliknya yang telah mendapat maklumbalas yang sangat baik. Dalam entri tersebut aku mengambil contoh seandainya dividen yang dibayar oleh Tabung haji adalah 7 %. Pengurusan Tabung Haji telah mengumumkan dividen untuk tahun 2015 adalah 5% dengan tambahan bonus 3% untuk pencarum yang belum penunaikan haji untuk simpanan maksima RM9,980.
[box type=”shadow”]TIPS JANA INCOME KEDUA YG LUMAYAN
Tips jana income kedua dengan jual AISKRIM! Klik Sini
Panduan Pembuatan Dan Perniagaan BAKERI Dari Rumah. Klik Sini
Tips jana income dengan jual Air Balang Klik Sini[/box]
Jadi jom kita kira semula berdasarkan dividen 5% :
- Katalah kita melabur duit RM1 juta di Tabung Haji. Aku memilih Tabung Haji kerana simpanan di Tabung haji tak ada had seperti ASB maksima pelaburan hanya RM200 ribu dan dividen Tabung Haji sudah ditolak Zakat Pendapatan.
- Tabung Haji bayar dividen 5% untuk tahun 2015.
- Jumlah dividen yang diterima setahun adalah RM1 juta x 5% = RM50,000
- Jumlah dividen RM50,000 di bahagi dengan 12 bulan makna purata keuntungan sebulan adalah RM4,167.
- Seandainya kita melabur RM100,000 maka jumlah dividen adalah RM5,000 dengan purata keuntungan sebulan RM416.67.
- Seandainya kita melabur RM10,000 maka jumlah dividen adalah RM500 dengan purata keuntungan sebulan RM41.67.
- Seandainya kita melabur RM1,000 maka jumlah dividen adalah RM50 dengan purata keuntungan sebulan RM4.17
Sebesar mana pelaburan kita samada RM1 juta atau sekecil RM1,000 itu adalah atas kemampuan masing-masing. Yang paling PENTING sifat kita suka menyimpan untuk jangka masa panjang yang akan membantu kita untuk menjadi tetamu ALLAH menyempurnakan ibadah wajib haji dan juga simpanan dimasa susah.
[box type=”shadow”]Mohon Bantuan
Mohon seminit LIKE page kami yg penuh dengan ILMU utk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
[/box]
Menyimpan di Tabung haji RM1,000 nampak kecil tetapi cuba kita biarkan 20 tahun tanpa kita keluarkan berapa agaknya jumlah yang bakal terkumpul dengan purata dividen 5% setahun.
Tahun 1 : RM1000.00
Tahun 2 : RM1050.00
Tahun 3 : RM1102.50
Tahun 4 : RM1157.63
Tahun 5 : RM1215.51
Tahun 6 : RM1276.28
Tahun 7 : RM1340.10
Tahun 8 : RM1407.10
Tahun 9 : RM1477.46
Tahun 10 : RM1551.33
Tahun 11 : RM1628.89
Tahun 12 : RM1710.34
Tahun 13 : RM1795.86
Tahun 14 : RM1885.65
Tahun 15 : RM1979.93
Tahun 16 : RM2078.93
Tahun 17 : RM2182.87
Tahun 18 : RM2292.02
Tahun 19 : RM2406.62
Tahun 20 : RM2526.95
Daripada pengiraan ini dengan pelaburan :
- PelaburanRM1,000 tanpa dikeluarkan selama 20 tahun akan terkumpul menjadi RM2526.95.
- Jika pelaburan RM10,000 dalam tempoh 20 tahun akan menjadi RM25,269.50
- Sekiranya pelaburan sebanyak RM100,000 dalam tempoh 20 tahun akan menjadi RM252,695.00
- Sekiranya pelaburan sebanyak RM200,000 dalam tempoh 20 tahun akan menjadi RM505,390.00
- Sekiranya pelaburan sebanyak RM300,000 dalam tempoh 20 tahun akan menjadi RM758,085.00
- Sekiranya pelaburan sebanyak RM400,000 dalam tempoh 20 tahun akan menjadi RM1,010,780.00
Mungkin kita tidak mengetahui berapa ramai pak cik dan mak cik di kampung yang berstatus jutawan di Tabung haji dengan memulakan simpanan hanya RM10.00. Hari ini kita tanya pada diri kita sudah kita mula untuk melabur di Tabung Haji atau masih beralasan dengan berbagai alasan. Kita lebih rela memandu kereta mewah yang lansung tiada nilai dalam tempoh 20 tahun. Ramai juga memberi alasan tidak cukup duit untuk menyimpan sedang ada berbagai peluang terhidang di hadapan kita.
Kenapa tidak kita buang ego 3 – 4 tahun buat bisnis yang kita benci untuk mengumpul RM100,000.00 untuk disimpan di Tabung Haji. Bila sudah terkumpul RM100,000.00 dalam pelaburan Tabung Haji, tak nak bersusah payah kerja untuk pendapatan kedua pun tak apa.
ADA BERANI atau anda terus dibuai ketakutan yang bakal menjadi anda lebih takut apabila sudah berusia tua nanti.
Nota : Setiap pelaburan ada risikonya dan pelaburan di Tabung Haji sebagai contoh. Anda boleh melabur di potfolio lain yang menyediakan pulangan lebih tinggi dengan kadar risiko yang berbeza.
87 Comments
Ramai yang dapat manfaat dari menyimpan di dalam tahung haji. Banyak jasa tabung haji dalam membantu urusan rakyat Malaysia nak ke Tanah Suci.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Jutawan Aiskrim Adakah Ianya Mustahil
Alhamdulillah… Walaupun tak dapat banyak… Tapi jadilah… sekurang-kurangnya dah tolak duit zakat simpanan…
Curahan rasa Anuar @ ..Pemenang Contest SEO Pengalaman Bersama ONEXOX
Bagi pendapat saya… Kalau nak dibandingkan dengan ASB, Tabung Haji lebih bagus lagi…
Curahan rasa Anuar @ ..Pemenang Contest SEO Pengalaman Bersama ONEXOX
Sebab Dividen dan Bonus ASB belum ditolak dengan Zakat Simpanan sebanyak 2.5%…
Curahan rasa Anuar @ ..Pemenang Contest SEO Pengalaman Bersama ONEXOX
Betul tu. Tabung haji di uruskan semuanya. Jadi tak perlu nak fikir banyak lagi tentang perkara tersebut.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Jutawan Aiskrim Adakah Ianya Mustahil
ASB ni kalau boleh cuba elakkan. Banyak lagi intsrumen lain yang boleh dimanfaatkan.
Hukum Pelaburan ASB (updated) ~ http://goo.gl/XRBnYG
Curahan rasa Hidayah Abdul Kadir @ ..Ringgit Antara Paling Teruk Jatuh Di Asia
Semoga selalu lurus dan amanah dalam menjaga kepercayaan masyarakat, bukan sekedar menutup apa-apa yang tidak sesuai dengan TH..
Curahan rasa Aplikasi Toko Online @ ..Jual Aplikasi Online Shop Berbasis Android
Belum buka lagi akaun di TH tapi hajat di hati tu memang dah ada
Curahan rasa emalin mohd @ ..8 Kesan Bahaya Anemia Kepada Ibu Hamil Dan Bayi Dalam Kandungan
meski ku bukan yang pertama di hatimu tapi cinta ku terbaik untuk mu beibs
Apahal ni hujan tidak ribut tidak tiba-tiba terkomen macam ni. Macam-macam ada blogger ni kan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Jutawan Aiskrim Adakah Ianya Mustahil
berharap TH akan terus telus n amanah dan dipimpin oleh mereka yang terpercaya..
Curahan rasa Oja Samid @ ..Bahaya Sinar UV Matahari Yang Kita Perlu Tahu
Moga terus telus dan amanah..harap-harapnya bukan sekadar menutup apa-apa yang tidak ‘setel’ dalam TH..
Curahan rasa Hawa @ ..Dragon Fresh Yogurt
Huu..betul3. Biar telus dan berjasa kepada RAKYAT selaku pencarum.
Curahan rasa Khamsi Abdullah @ ..Rahsia Meletupkan Jualan Di Instagram Tanpa Menghadiri Seminar
Amin. Betul tu, harapan rakyat Malaysia agar pengurusan tabung haji sentiasa telus di dalam pengurusan mereka.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Jutawan Aiskrim Adakah Ianya Mustahil
sekarang ini harus bisa cepat tabung untuk haji tahun berikut nya…
Curahan rasa Borneo @ ..Contoh Kerja Sampingan Di Rumah Tanpa Modal Menguntungkan
Betul tu. Simpan cepat-cepat jika dimurahkan rezeki. Lepas ni jika di jemput Allah SWT insyallah mudah perjalananya.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Jutawan Aiskrim Adakah Ianya Mustahil
isu bonus dan dividen tabung haji ni awal pembuka tahun dah bikin panas. apapun syukur tabung haji masih lagi relevan untuk kita menyimpan bagi meneruskan ibadah haji.
Curahan rasa sharmien @ ..3 Petua Untuk Berjaya Detoks
semoga tidak ada yang korup uang untuk ibadah yang suci ini
Alhamdullilah masih istiqomah menyimpan di tabung haji sambil tu ditolak siap2 dengan zakat wang simpanan…
Curahan rasa Kereta Sewa @ ..Kereta Sewa 4×4 HILUX oleh Admin Kereta Sewa
Semoga apa yangberlaku di dalam TH tu akan selesai sebab TH antara badan yang menjadi kepercayaan rakyat malaysia
Curahan rasa Tutyrahiza @ ..21 Hari Cabaran Eat Clean dengan Fatin Ayuni
semoga ini bukan sebagai penutup kekorupan yang sedang dialami..alhamdulillah jika ditadbir dgn baik..yang elok kita puji..yang zalim kita tentang
Curahan rasa Belang tarung @ ..Perbezaan Maksud Blue Ray, WEBDL, DVDRips dan HDTV
takut juga seba sebelum diumumkan ni macam2 cerita pasal tabung haji ni..Alhamdulillah untuk bonus dan dividen tu.
Curahan rasa saps ibubapa @ ..SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan Peperiksaan
setakat ini, pelaburan yang menarik memang di Tabung Haji. Zakat dah dipotong, boleh pula berpeluang pergi haji, jadi memang terbaiklah
Curahan rasa Bisnes Online @ ..Buat Duit Dengan Simkad Telco Wafy Mobile Malaysia
pergh 8% punya dividen.. memang berbaloilah melabur dekat tabung haji .. lagi – lagi yang tengah menunggu angka giliran
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen Lazada kelima – Jom sertai Involve Asia
Comments are closed.